Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Preggers
Labour room penuh.
Nak mintak doa dari sahabat2 semua dalam ni. Doakan saya selamat bersalin ya. Sebab tengah2 sakit ni nurse suruh tahan pulak. Tak bagi banyak berjalan. Disebabkan labour room penuh. Nurse takut terberanak atas katil wab je. 😭 Kita menahan sakit ni Nauzubillah. Darah dah turun tapi terpaksa tahan dulu. 😭 Allah...
Keluar hospital.
Saya nak tanya disini siapa yang tahu atau ada pengalaman ke. Boleh tak ye kalau kita nak discharge dari hospital waris kita tu adalah pakcik kita? Sebab lahirkan anak tak sah taraf keluarga tak tahu pun. Mohon bantu berikan sedikit jawaban. Terima kasih.
Serah Diri.
Assalamualaikum mummy2 semua...doakan saya selamat bersalin ye 8/6 dah kena serah diri dihospital. Semoga Allah lancarkan masa nak bersalin nanti. Dah 40weeks anak tak ada tanda2 nak keluar lagi. Risau cemas sebab anak first takda pengalaman.
Hospital Swasta.
Assalamualaikum...saya nak bertanya lah disini.. kalau nak bersalin dihospital swasta kos berapa ye untuk bersalin normal atau pun czer? Siapa tahu tolong jawab.. terima kasih..😊
Serah diri
Saya nak tanya. Masa nak bersalin nanti kalau kena serah diri maknanya apa? Kena operate ke atau bersalin normal?
Puting tak tersembul.
Hi mummy2 semua. Nak luah sikit.. sedihlah saya menunggu hari je ni nak bersalin. Tapi bila tengok payudara sendiri rasa sedih je. Payudara saya puting dia tak tersembul. Saya risau dan sedih. Nanti masa dalam wab Macam mana nak bagi anak isap susu kalau puting ibu dia tak tersembul. Takut jugak nurse bising2 ke. Sebab anak first. Mohon mummy2 semua beri saya semangat atau cadangan ke untuk saya tak rasa down.. 😔😔😔
Waris Kita.
Hi mummy2 nak tanya lah. Kalau kita dah berumur 24 tahun perlu kan waris ke untuk keluar hospital masa sudah bersalin nanti? Sebab saya sedang mengandung kan anak yang tidak sah taraf. Family tak tahu pun. Mohon jawaban. T.kasih.
Anak tidak sah taraf.
Assalamualaikum..saya ingin bertanya disini. Saya sekarang berumur 24 tahun. Sedang menunggu hari nak bersalin sahaja ni. Kalau kita bersalin nanti nak keluar hospital perlu ke ada waris? Sebab family tak tahu siapa pregnant selama ni. Saya simpan sorang2 je. Adakah pihak hospital akan call family atau JKM? Mohon bantuan dan penjelasan. Terima kasih.
Celah kangkang rasa ngeri.
Hi mummy2 comel semua. Nak tanyalah kalau celah kangkang kita dah rasa ngeri2 itu petanda nak dekat bersalin ke? Sebab saya dah masuk 37weeks 1hari. Anak first. Rasa nervous pulak ni.
Puting ibu tak timbul.
Assalamualaikum... Hi mummy2 semua. Saya disini ingin bertanya. Ada ke siapa2 disini macam saya jenis puting tetek tak berapa nak timbul sgt dan perlu ke kita buat urutan bagi timbul kan puting tetek tu atau nanti lepas bersalin dia akan timbul dengan sendirinya? Risau fikir takut baby nak menyusu nanti masa berpantang susah sebab puting tak mau tersembul sgt. Mohon pencerahan siapa ada pengalaman. Saya anak first ni jadi kurang tahu. Sekarang menunggu hari je ni nak bersalin. 🤲🥲