Hospital swasta dan kerajaan
Hi mommy , nak tanya pandangan uolls. Bersalin kat hospital mana yang okay? Good in service . Area kajang , bangi , putrajaya. #firstmom #pleasehelp #bantusharing #hospital
Saya dua kali bersalin kat hosp kajang je. Yg first normal, second czer. Both saya rasa best, selesa dan puas hati. Layanan mungkinlah tak mcm kat hospital swasta, tp still saya rasa puas hati sgt. Pakar pun ramai. Tiap kali round, mmg pakar pun akan dtg check. Makanan pun sedap je kat tekak saya, dpt ramai kawan baru. Nurse pun okay je. Masa saya lepas czer haritu, saya mmg tak larat nak bangun. Kesan bius lambat hilang. Nurse dtg few times jugak utk tukarkan pad sampailah saya boleh bangun sendiri gi toilet. Setakat pengalaman saya, takde la kena marah dgn nurse. Siap gurau² lg ada. Plus, bil mmg mesra poket. Saya czer + anak kena tahan nicu dua tiga kali pun (sbb rebound jaundice), lebih kurang rm500 je total² semua. Czer pun alhamdulillah jahitan sgt kemas dan cantik. Anak kat dlm nicu pun dijaga elok. Waktu menyusu, tukar pampers semua dijaga. Rasanya depends la pada sis. Kalau jenis yg tak cerewet, boleh duduk dlm wad ramai², okay je kat government pun. Tp kalau sis expect utk dpt layanan sepenuhnya n ada bajet lebih, pilihlah swasta. Saya selalu fikir, kita duk hospital ni sekejap je. Tak lama mana pun. Nak betul² selesa, mmg tunggu balik rumah la.
Đọc thêmIkut bajet masing2. In term of hospitality, swasta memang the best lah sebab kita bayar. Semua ikut kita 🤪.. kerajaan pun ada je yang mesra pelanggan. Bajet pulak kena consider kos wad, rawatan bersalin kalau normal harga lain, czer lain, vacuum lain, kalau baby kuning tinggi kena tahan wad lagi. Usually swasta 3 hari 2 malam. Tengok atas pakej yg disediakan n mesra poket. Also to consider hospital tu mesra baby / breastfeed. Meaning support ibu after bersalin utk bg susu badan instead of promote susu bottle instantly Kalau prefer swasta, sy pernah bersalin di colombia asia cheras. Alhamdulillah servis puas hati. Banyak juga diskaun if baby bersalin sana. Andorra pun sangat tiptop. Dari A-Z tiptop. Islamik
Đọc thêmHi mommy ☺️ actually sume tu depend pd mommy daddy, ikut keselesaan pocket sendiri. Mcm sy both bersalin private tp 2tmp yg berbeza, & lg 1 sy mmg nk doc perempuan. Yg sulung bersalin Czer di Perak, private klinik thn 2016 cost RM7k plus. Service mmg bagus. Yg 2nd bersalin Czer kt Andorra thn 2021 cost dlm RM14k. Service mmg bagus, layanan A-Z tp tu la nk buat monthly checkup amik masa lama. My friend bersalin kt Ohana, according to her kt sane ada instalment payment, tp kne check with the hospital. Overall, mommy kne survey btul2.
Đọc thêmSaya dua orang anak bersalin di hospital ampang. Alhamdulillah ok. Cuma masa 1st baby terkial kial sikit takde siapa yang ajar. Masa nak menyusu pun terkial kial. Nurse tak ajarkan pun. Cakap sikit sikit je betul atau tak. Tambahan pulak susu kurang masa tu, lagilah stress. Anak memang kita kena jaga sendiri. Kalau nak pergi tandas minta tolong jiran sebelah katil tengok tengokkan. Kalini bersalin anak ketiga saya booking andorra. Nak merasa pulak hospital swasta. Bagi saya kalau ada duit lebih pergi je swasta. Layanan insha allah bagus.
Đọc thêmsy 1st bersalin kt hospital wanita dan kanak2 KL. husband soh gi swasta tp sy xnk sbb sy nk dia guna duit tu tuk confinement lady sebulan 🤣 Alhamdulillah keputusan sy tepat. hospital sgtlah bagus layanannya.. nurse2 smua baek2 dan caring sgt2 serta facility yg sgn bersih dan selesa spi sy ingat sy kt spital swasta 😂 dok dlm 4 ari 3 mlm bill kene dlm rm400 lbh jek sbb sy amik ward class 2...
Đọc thêmIkut kemampuan masing-masing. Ada yang okay dengan gov, ada yang okay dengan swasta. Personally saya suka swasta. Memang dah plan awal nak bersalin swasta sebelum pregnant lagi. Antara 3 area tu, awak cari yang betul betul dekat dengan rumah. Ini penting. Awak dah berapa week? Boleh bincang dengan suami.
Đọc thêmikut poket. kalau nak mesra poket, gov hosp. gov hosp skrg semua bagus dah sbb silap sikit org boleh report SISPAA. tp kalau ada duit lebih, boleh ke pvt. lebih selesa & layanan confirmed lah bagus sbb kita bayar mahal kan. kalau nk bajet ok2, boleh ke Pantai hosp. starting from 1.9k tak silap.
Recently bersalin anak kedua secara normal di hospital putrajaya. 2 hari 1 malam. Very pleasant experience. Doktor + nurse baik. Makanan pun sedap. Masa dalam LR, sy mintak gas je. Masa jahit tu terasa jugak sakitnye. Bil tak pasti sebab guna GL. Bukan FPP.
dont go to kpj ampang.. ad bbrp kes berlaku atas kcuaian pihak hosp.tmasuk baby sy... kluar2 je ada tanda luka kt lutut nya... x de yg mngaku dan smpi hr ni sy x diber permohonan maaf dr pihak hosp. dan sy bkn sorg yg terkena.. just dont go there
Kpj ampang puteri? Dgn Doktor apaa yee?
Kalau ada bajet, better pergi swasta. Beri laluan orang biasa dapatkan rawatan hospital kerajaan. Cari hospital berdekatan rumah lagi better. Selamat bersalin