Pelvis Dilated (Buah Pinggang Baby Bengkak)

Hi mommies! Pernah tak, baby dalam kandungan doc scan ada kes ni? Now I dah 24 weeks, and dapat tau baby ada pelvis dilated ? Bahaya tak? Punca kenapa ya?

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Dengan perkembangan teknologi ‘ultrasound’, hidronefrosis kini boleh dikesan semasa dalam kandungan. Jika Hidronefrosis Antenatal dikesan awal, rawatan bayi selepas kelahiran boleh dirancang dengan lebih awal. Di kes- kes yang telah di kesan, 90% kes dikesan selepas kandungan berusia 18 minggu dan 95% selepas kandungan berusia 22 minggu. Kejadian hidronefrosis antenatal adalah 1 bagi setiap 150-170 kelahiran hidup, lebih lazimnya di kalangan keluarga yang mempunyai sejarah penyakit buah pinggang dari lahir. Ia boleh melibatkan sebelah atau kedua-dua belah buah pinggang. Dua faktor penting penyebab berlakunya bengkakan ialah sumbatan pada saluran urinari atau pengaliran refluk air kencing dari pundi kencing ke saluran kencing semasa proses kencing. Faktor penyebab lain termasuk sebagai ciri-ciri sindrom genetik, sistem urinari yang berganda atau penyumbatan di pangkal pundi kencing (posterior urethral valve).

Đọc thêm