Baby start makan

Hi mommies, sy ada soalan..bila baby blh start makan and minum ye..baby saya sdh 5 bln lebih start minum air kosong sikit2..and apa makanan yg ibu2 bg utk baby ?

12 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Mai nak habaq lagi sekali. JANGAN BERI BAYI MINUM AIR MASAK SEBELUM USIA 6 BULAN. Saya nak beritahu anda semua sebab-sebabnya. Silalah share beramai-ramai, semoga semua ibu mertua masing-masing mendapat ilmu pengetahuan ini dan tidak memudaratkan cucu sendiri. Masalahnya ialah kalau kata ‘JANGAN’ tanpa memberitahu sebabnya, ramai orang tak dengar nasihat. Kita mesti mengetahui dan memberitahu sebab di sebalik semua nasihat yang disampaikan untuk membantu masyarakat berfikir dan menerima nasihat yang terbaik dari yang ahli di dalam bidang. Pertama: Badan bayi tak sama dengan badan orang dewasa. Kandungan air di dalam badan bayi memang pun lebih tinggi dari kandungan air di dalam badan orang dewasa. Lebih kurang 55% berat badan orang dewasa ialah air, tetapi 75% berat badan bayi ialah air. Maka bayi tidak perlu minum air seperti orang dewasa. Kedua: Kandungan susu ibu ialah 88% air dan rendah garam. Susu ibu mengandungi semua keperluan air dan garam untuk bayi manusia. Susu ibu manusia ialah kurniaan Allah yang terbaik untuk bayi manusia. Tak perlu lagi tambah apa-apa air masak untuk bayi sebelum usia 6 bulan yang belum lagi boleh makan. Saya menasihatkan ibu-ibu jangan beri susu lembu asli atau susu kambing asli kepada bayi sebelum usia 1 tahun sebagai pengganti susu ibu atau pengganti susu formula, sebab kandungan garam yang terlalu tinggi di dalam susu lembu asli atau susu kambing asli, selain dari mengandungi protein susu yang lebih susah dihadamkan oleh perut bayi manusia. Susu formula yang dirumuskan khas untuk bayi lebih baik lagi dari susu lembu asli atau susu kambing asli untuk bayi sebelum usia 1 tahun, sebab susu formula sudah dikurangkan garam, lebih air dan mengandungi protein yang lebih senang dihadamkan oleh perut bayi manusia. Saya juga menasihatkan ibu-ibu jangan beri air masak kepada bayi sebab ini boleh menyebabkan terlalu banyak air dan kekurangan garam di dalam darah bayi, iaitu WATER INTOXICATION. Ketiga: Perut bayi sangatlah kecil dan tak boleh minum banyak-banyak sekaligus. Dia boleh ambil sedikit saja pada satu masa, sebab itulah cepat lapar semula. Sebab itulah bayi perlu minum susu ibu sedikit-sedikit tetapi dengan KERAP. Bayi perlukan protein susu ibu dan khasiat di dalam susu ibu untuk membesar. Di dalam air masak tidak ada apa-apa khasiat, tiada zat dan tiada protein. Jika anda penuhkan perut bayi dengan air masak, dia akan tak lalu minum susu ibu sebab perut dia sudah dipenuhkan dengan air. Ini boleh menyebabkan bayi kekurangan nutrisi penting untuk membesar dengan sihat. Keempat: Untuk payudara ibu membuat susu dengan banyak, ini memerlukan stimulasi dari bayi. Lebih banyak kali ibu menyusukan bayi, maka ada lebih stimulasi untuk payudara ibu membuat lebih susu mengikut keperluan dan permintaan bayi. Inilah dinamakan supply by demand. Jika anda dah bagi air masak kepada bayi dan bayi dah kenyang dengan air, maka bayi tidak akan mahu menyusu, akibatnya ialah payudara ibu pun akan tidak membuat banyak susu dan susu ibu akan berkurangan. Kelima: Bayi belum boleh makan, maka tidak telan kandungan garam yang tinggi di dalam makanan seperti orang dewasa. Makanan pejal mengandungi kandungan garam semulajadi yang lebih tinggi dari susu ibu. Selepas orang dewasa makan, mestilah minum air secukupnya supaya darah manusia dewasa tidak menjadi terlalu pekat dengan garam. Kalau tak minum air, orang dewasa akan rasa kehausan sebab kepekatan garam di dalam darah orang dewasa dikesan oleh otak yang kemudian akan signal kepada anda rasa kehausan supaya anda mencari air untuk diminum. Maka bayi yang belum makan tak haus macam orang dewasa. Kandungan garam di dalam susu manusia itu sangat rendah, lebih rendah lagi dari susu lembu. Maka bayi tak perlu lagi tambah minum air seperti orang dewasa yang makan makanan pejal. Selagi bayi belum makan, iaitu sebelum usia 6 bulan, bayi tak perlu minum air masak. Keenam: Buah pinggang bayi sangatlah kecil, belum lagi matang dan belum boleh lagi berfungsi seperti buah pinggang orang dewasa. Buah pinggang bayi tak boleh tapis terlalu banyak air untuk membuat banyak air kencing seperti orang dewasa. Jika orang dewasa minum banyak air maka lebih banyak air ditapis keluar sebagai air kencing. Tetapi buah pinggang bayi belum lagi boleh berfungsi sepenuhnya. Buah pinggang bayi tak boleh proses terlalu banyak air. Akibatnya ialah jika anda beri bayi minum air masak, darah bayi akan menjadi cair sebab terlalu banyak air berkumpul di dalam darah dan tidak dibuang oleh buah pinggang. Inilah dinamakan WATER INTOXICATION. ——————————————————————— Apakah komplikasi WATER INTOXICATION? Bila kepekatan garam di dalam darah menjadi terlalu rendah atau cair, iaitu hyponatremia, sel-sel badan tidak boleh berfungsi, termasuklah sel otak, sel otot dan sel jantung. Akibat WATER INTOXICATION ialah: Sawan, kelemahan badan, muntah berlebihan, kerosakan otak, coma dan kematian. Orang dewasa pun boleh dapat WATER INTOXICATION, sawan dan kematian jika minum 6 litre air sekaligus, tetapi bayi yang baru lahir boleh dapat WATER INTOXICATION jika diberikan minum air masak walaupun hanya sedikit. Kalau nak bancuh susu formula pun, ada arahan penting mengikut sukatannya. Jangan sengaja bancuh susu formula dengan terlebih air. Jangan cairkan susu formula sebab ini juga boleh menyebabkan WATER INTOXICATION kepada bayi. Pesanan saya yang terakhir, apa yang bagus untuk anda, jika diambil dengan berlebihan boleh menjadi racun. The dose makes the poison. Jadi jika anda tahu sudah ada cukup air untuk keperluan bayi di dalam susu ibu, anda tidak akan sumbat air masak di dalam mulut bayi. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda. Kongsikanlah ilmu ini beramai-ramai untuk kesihatan bayi-bayi kita. Terimakasih. Dr Imelda Balchin Professor (clinical) KPJ University College Pakar Perunding Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine MSc in Public Health

Đọc thêm
Post reply image

awak dah dpt kebenaran dr doctor ka? utk anak start makan. Jangan ikot orang. okay utk anak org tak semestinya akan okay utk anak kita. melainkan mmg doctor yg advise anak dh boleh start mkn itu baru betul. Gali ilmu tentang pemakanan bayi. 1) Jenis2 texture makan bayi. 2) Method apa yg awak nak kenalkan utk bayi awak. kalau kata nk guna keadah BLW kena tahu cara potongan size mknn ikot usia bayi makan. 3) kena belajar tentang perbezaan gag reflex dgn tercekik. kalau baby ada gag adalah normal. 4) Normal tak permulaan baby makan 2@3suap. awal2 ni kita nak ajar baby utk kenal rasa mknn. jangan sebab terlalu nk baby mkn awal kita paksa. baby boleh trauma. air masak pon xboleh bagi lagi. organ dalam baby belom matang sepenuh nya. yg ikhlas😊. sekadar pesanan.

Đọc thêm

Info pemakanan bayi ada dalam buku kesihatan anak. Boleh rujuk situ. Solid food & water intake diperkenalkan bila baby berusia 6 bulan. Untuk baby yang makan sebelum 6 bulan, itu atas kebenaran daripada paed dan ada solid food guidance daripada paed. Apa2 keputusan terus rujuk dengan doktor ya. Jangan buat keputusan sendiri atau ikut tunjuk ajar daripada bukan yang arif. Sekadar pesanan 😊

Đọc thêm

bagi makan cukup 6 bulan. boleh bagi bubur kosong blend. caranya ambik beras dalam 3 sudu basuh beras mcm biasa. masukkn air dlm kuali dan masukkn beras . masak smpai betul2 lembut/lembik. lepas siap msk blh blend. lebihan bubur tu blh simpan dalam peti ais bahagian chiller tahan 3 hari ☺️

sy ccuk bb 5 bulan aritu..misi Suh mulakan mkn bila masuk tarikh umo bb 6 bln.biasa permulaan y ank lepas2 sy bg bubur kosong dlu dlm bbrp hari n lepas tu baru campur cam ayam or sayur

Tanya doktor boleh mula makan dan minum air masak tak. Anak saya mula makan dan minum air masak masa 5 bulan setengah atas saranan doktor.

sis, xlama pun nk tunggu 6bulan tu. nnt bagi la anak makan apa2 yg sis nak. 5bulan jgn bg apa2 lg slagi takdek kebenaran drpd doktor.

5 bulan jgn bagi apa2 selain susu sis..6 bln blh tu pon x d galakkkan air kosong..blh lihat panduan dlm buku bayi

6 bln bru bley bg mkn bubur kosg halus & puree buah/syur.. air masak pn bru bley bg..

5m? susu sahaja, susu susu dan susu