Bayi 1 tahun berkahak

Hi mommies, boleh tak share petua mcm mana nak hilang kan kahak baby 1 tahun. dah pergi klinik ubat semua dia taknak makan. bila bagi makan ubat habis semua isi perut dia muntahkan. dah try bancuh dengan susu pun dia tahu dia tknk minum susu tu. pergi klinik ambik neb pun nangis2 jerit 1 klinik. tak tahu nak buat mcm mana lagi. dh try air rendaman epsom dgn lemon, spray sterimar, bakar bawang putih. ada lagi tak yang saya boleh cuba petua untuk hilangkan kahak.

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Kena usaha kan juga untuk buang kahak anak tu. Faham anak menangis tu tapi lebih baik dia nangis sebab kita suap ubat daripada anak menangis kesakitan. Awak kena trick juga anak untuk makan ubat. Doktor kata kalau biar lama nanti boleh jadi infection and lead to pneumonia. Pantau sama warna kahak anak. Kalau dah bertukar warna hijau means perlukan rawatan sama ada doctor prescribe ubat or neb. Ada buat tepukan percussion tak? Tepuk ni penting kena buat. Cara lain yang awak buat tu betul dah. Teruskan. Satu lagi cara through pemakanan - Elakkan gandum, kentang, coklat, makanan yang berminyak - Kalau anak minum susu formula, check balik takut alah dengan susu tu. - Buat sup singo pear - Kalau ada perokok/vaper dalam rumah, sila jauhkan perokok/vaper dan asap rokok/vape daripada anak. Apa2 pun perlu rujuk doktor kalau berlanjutan.

Đọc thêm