raya dah nak dekat.
memandangkan raya dah nak dekat, saya ada 1 cerita nak kongsi dengan semua. beberapa hari yang lepas, suami saya dan saya ada berlaku sedikit pertengkaran. berkenaan pulang beraya. tahun 2022 (raya mengejut) turn kampung saya. saya beraya di kampung saya pada 1/2 hari raya. raya ke 3 saya pulang ke kampung suami. tahun 2023, turn kampung suami. raya kedua keluarga saya buat kenduri besar besaran dan mengajak keluarga suami sekali. tetapi keluarga suami tidak hadirkan diri, saya pun tak pergi sebab turn saya di kampung suami. saya ajak suami untuk pulang ke kampung saya masa raya ke 3, tapi pak mertua tak benarkan sebab katanya tahun itu adalah turn suami. saya ikutkan sahaja. 7 hari beraya di kampung suami. sekadar duduk ii sahaja tiada beraya kemana mana. tahun ni turn kampung saya, saya kata dengan suami, saya akan habiskan masa di kampung saya dan tak akan pulang ke kampung suami untuk tahun ni, kerana tahun ni ada lah turn saya. suami hanya diam. bila suami beritahu kepada mertua yang kami tak akan pulang beraya di sana, pakmertua mula bising dan kata suami saya juga punya keluarga. saya kata saya tetap dengan keputusan saya, bermula perbalahan antara kami untuk pulang beraya. adoi pening sis 😂