Unwanted pregnancy

Hi .. masa bersalin ank first emergency czer skang dia dh 8bln.. sy dlm dilema nk teruskn pregnancy 2nd ni sbb sy pergi klinik swasta dia suruh teruskn kandungan tp dia tk check details pn keadaan sy time tu .. selain tu jgk sy sgt trauma dgn apa sy hadapi oleh org2 ketika pregnancy dn bersalin dn ada masalah rumahtangga yg membuatkn 100x sy fikir nk mengandung 😕.. maaf sy mmg tk kuat nk hadap dn blm sesabar sprti isteri2 lain

13 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

hi awak, boleh cuba baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g ni. doctor ada state juga sebab2 yg membenarkan mengugurkan kandungan. if kandungan itu membahayakan nyawa ibu dn anak. awak ada ambik perancang apa2 tak? mungkin doctor tengok awak keadaan awak okay, then doctor suruh proceed. teruskan kandungan awak, if awak rasa tak mampu, cari family yg mmg nak baby. jgn gugurkan kandungan awak. ramai mommy dkt luar sana yg masih menanti zuriat. Waalaikumsalam. TAK BOLEH PUAN. Sengaja menggugurkan kandungan tanpa sebab perubatan itu HARAM, dari segi kedua-dua hukum ugama Islam dan juga dari segi Undang-undang Malaysia, dan doktor yang bersubahat menjalankan procedure menggugurkan kandungan tanpa sebab perubatan boleh dipenjarakan. Apakah sebab perubatan yang membenarkan doktor pakar O&G menjalani procedure pengguguran? 1) Jika ibu hamil ada masalah kesihatan yang serious seperti masalah fungsi jantung lemah, masalah fungsi injap jantung, kegagalan buah pinggang, cancer yang aktif, tekanan yang tinggi di dalam paru-paru seperti pulmonary hypertension. 2) Jika ibu hamil ada masalah kesihatan mental yang serious, dan ini perlukan penilaian dari pakar Psychiatry dan persetujuan pakar Paychiatry dulu sebelum Pakar O&G dibenarkan menjalankan prosedur pengguguran. 3) Jika janin di dalam kandungan ada kecacatan serious yang tak boleh diselamatkan, dan meneruskan kehamilan ini boleh memudaratkan kesihatan ibu. Apa yang Puan Boleh Buat, ialah meneruskan kehamilan Puan di hospital kerajaan yang membiayai penjagaan kesihatan Puan sampai sudah bersalin, dan memberikan anak Puan sebagai anak angkat kepada pasangan suami-isteri yang tidak mempunyai anak. Apa yang Puan Boleh Buat, ialah dapatkan kaedah merancang keluarga yang lebih berkesan untuk Puan selepas sudah bersalin, seperti alat IUCD di dalam rahim atau susuk implant, sebab kedua-dua kaedah ini hukumnya HARUS di dalam Islam untuk pasangan suami isteri yang ada kekangan ekonomi dan dibenarkan oleh Undang-Undang Malaysia. Sekiranya Puan ada masalah kesihatan yang serious termasuk masalah kesihatan mental, sila ke klinik kesihatan dan minta rujukan ke Jabatan O&G untuk mendapatkan penilaian kesihatan oleh pakar. Jangan sangka kalau anda buat hubungan kelamin anda tak akan tersangkut. Jika anda tak bersedia untuk kehamilan, anda gunakanlah kaedah merancang keluarga yang lebih berkesan dari pil perancang. Ingat tau: 1) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah pullout atau pancut diluar, di dalam masa satu tahun, 250 orang akan hamil juga. 2) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah condom, di dalam masa satu tahun, 180 orang akan hamil juga. 3) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah pil perancang keluarga, di dalam masa satu tahun, 90 orang akan hamil juga. 4) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah suntikan depo-provera m, di dalam masa satu tahun, 60 orang akan hamil juga. 5) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah alat IUCD di dalam rahim, di dalam masa satu tahun, hanya 8 orang akan hamil. 6) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah alat Mirena IntraUterineSystem berhormon di dalam rahim, di dalam masa satu tahun, hanya 2 orang akan hamil. 7) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah susuk implant berhormon, di dalam masa satu tahun, hanya 0.5 orang akan hamil, iaitu 1 dalam 2000 pengguna. Apa yang anda perlu tahu, semua kaedah merancang keluarga adalah harus di dalam Islam untuk kesihatan dan kebahagiaan keluarga, sebab ia boleh reverse, tidak menyebabkan pemandulan, dan anda boleh subur semula setelah berhenti menggunakannya. Tetapi anda mesti ingat kesuburan anda bergantung kepada usia anda. Kalau anda menggunakan kaedah merancang keluarga dari umur 30 tahun sehingga umur 37 tahun dan kemudian berhenti menggunakan kaedah merancang keluarga pada usia 37 tahun, kesuburan anda tidak lah sebaik semasa anda berumur 30 tahun, jadi jangan tuduh kaedah merancang keluarga itu penyebab anda kurang subur, sedangkan anda sudah berusia lebih tua dari dulu. Sekian, terimakasih Dr Imelda Balchin Consultant Specialist in Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Marathon Runner

Đọc thêm
Influencer của TAP

takut nak bg pendapat nanti org kata sy terpaling good, byk pengalaman, memandai2 tunjuk bagus. tp setahu sy kalau sis takda masalah kesihatan yg teruk sampai boleh bahayakan nyawa sis jika teruskan mengandung, mmg doktor takkan cadang utk abort. cadangan sy, sis bincang dulu dgn suami mcm mana. sbb ramai juga sy baca dlm ni, anak jarak rapat boleh besarkan bersama. struggle sikit tp inshallah sis boleh. kalau sis mmg tak mampu nk hadap masalah rumahtangga tu dah, sis kena make sure sis ada pendapatan yg cukup utk besarkan dua anak lepasni. minta nasihat org terdekat ya, kalau perlu sis pergi kaunseling. sis sorang dulu pun takpe. sekurang2nya sis ada tempat yg betul nak meluah. sy doakan semuanya dipermudahkan.

Đọc thêm
12mo trước

oh sy igt Pn Lily ni jenis tegas n garang, rupanya dlm hati ada taman juga hehe . fhm2. kdg intonasi berbeza...mgkin cara org baca tu xsama dgn apa yg kita hantar. . 😁

kita hanya berusaha, Allah tentukan takdirnya. Kalau sis dh mkn pil perancang, tak mustahil boleh lekat jugak sbb ia x jamin 100%. Post czer pregnancy mmg high risk. Tp sis, pepun ingat semuanya dtg dr Allah. Berpeganglah padaNya. Dia juga yg beri "unwanted pregnancy" itu. Pasti ada hikmah disebaliknya. Pasti ada rezeki tersembunyi. Ucapkan Alhamdulillah, berlapang dada dan fokus pd perkara yg positif. InsyaAllah tiada yg mustahil bg Allah. high rish cemana pun kalau Allah kata selamat, selamat! Bykkan berdoa padaNya, bykkan mengadu kepadaNya

Đọc thêm

pergi dulu kk. check keadaan puan. dalam rahim puan adalah nyawa. bukan senang puan nak cakap puan tak ready, puan trauma. puan boleh bagi seribu satu alasan tak kuat nak hadap dan tak sabar. tapi puan kena paham, ini adalah nyawa. dan puan bermain dengan nyawa. sy tak nak kecam, cuma nak puan fikir secara waras.

Đọc thêm

Kawan saya first baby bersalin czer. Masa anak sulung dia ngamngam setahun dia mengandung lagi sekali. Tapi alhamdulillah baby no 2 dia bersalin normal. Ni tak menjawab soalan tapi saya nak share je. Semoga puan tabah ya benda dah berlaku dah pun. Lepas ni boleh request kat dr untuk pakai implanon lps bersalin

Đọc thêm

sy pun mengalami perkara y sama. cuma anak 1st dh 1tahun 8 bulan. baru² ni cek upt +ve. sy n suami belum bersedia n terkejut bila dapat keputusan ni. xready dr sudut nk ada 2nd child n kewangan walaupun bukanlah tllu susah. kami sama² bekerja cuma xde simpanan masa depan. ada masa fikir nak gugurkan dlu kandungan ni

Đọc thêm
12mo trước

Minta maaf cakap. Tapi berdosa untuk gugurkan kndungan sebab takut miskin. “Firman Allah dalam Surah Al-Isra' ayat 31: Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan, Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.”

Be positive sis.semangat🥰.sy pn lalui benda yg sama..mmg down,xde smngt,takut n bnyk lgi..Emgncy czer jugak..tpi dh 3th berlalu la.1st czer.bby blm setahun dh pregy blk..2nd syukur blh lh bslin normal..semangat ya..jgn down..1st sokongan dan dorongan suami tu sgt penting🥰🥰

Ade baiknye sis luahkn pada knalan rapat... yg palg pentg dscuss dgn husband dlu tentg ape yg sis rse & ape tindakan yg slanjutnya.. klu sis post kt sni rsau dpt kecaman nant sis lg stress.. ape pun jgn amek kputusan tyme tgh serabut ye.. semoga dpermudahkan urusan..

puan..jgn la gugurkan😌..sy yg TTC (alhamdulillah dh preg) rasa bkn mudah nk conceive..tak apa, masalah org, tu masalah depa.puan n suami lain, xboleh samakan dgn psgn lain ..rezeki Allah nk bg..tak apa..janin pun dah terjadi kan..tak boleh nak patah balik dh

akak saya pun macam sis..baby dia baru 8 bulan lepastu dia positive pulak tapi bila first baby czer second baby pun doktor akan suruh czer juga sebab takut rahim pecah..terus je sis..semoga sis kuat..baby dan sis pun sihat..Aamiin

12mo trước

risau juga la kan sbp bekas czer pun blm pulih sepenuhnya.. tp rezeki hehe