Ibu kandung toxic

Mak saya besarkan anak2 lelaki dia jadi pemalas. Tak berdisiplin. Dan ZERO common sense. Manakala anak perempuan dikerah buat semua benda, dituntut berkorban masa , tenaga , dan duit . Anak lelaki dia semua tinggal bangun , makan , tidur. Tak perlu buat apa2. Konon semua benda kerja org perempuan. Yg kami adik beradik perempuan ni dgn sibuk nak pegi keja, penat balik keja, sibuk urus suami dan anak, kena buat extra kerja lg masakkan dan hidangkan dan basuhkan pinggan mangkuk utk si pemalas. Ada masa sy tak larat masak dan buat itu ini , suami sy pulak jadi mangsa jadi babu. Pelik. Anak lelaki dia, boleh bagi banyak alasan tak boleh buat itu ini. Anak lelaki orang lain (menantu dia), dibuat babu pulak. Bila sy tegur anak2 lelaki kesayangan mak sy ni, mesti jadi gaduh. Mak sy tak pernah cuba terima apa sy cakap dan sentiasa back up anak2 lelaki dia biar pun terang lagi bersuluh anak lelaki dia ni semua serba tak boleh. Mak sy ni enabler kepada sikap pemalas dan tiada common sense anak2 lelaki dia. Bila nak sewa rumah nak tinggal asing, ayah pula merajuk. Dan menyindir. Ayah pun toxic. Sejenis yg semua duit kena bagi kat dia. Cth mcm, kalau nak bawa anak makan luar, dia akan cakap “banyak duit. Baik buat isi dapur duit tu”. Padahal dlm setahun berapa kali ja bawa anak makan kat mamak. Pastu kalau nak menyewa , sindir lagi “banyak duit. Duit tu drpd buat bayar sewa baik bagi mak ayah” . Padahal kita dlm sempit2 yg takda org nak tolong pun tetap hulur duit. Nak bunuh diri kdg tp mcmna. Demi anak terpaksa teruskan hidup hadap mak ayah mcmni. Selain dr tu, mak saya jenis suuuuukaaaaaaa berburuk sangka dgn semua orang dan banyak tabur fitnah. Kalau tegur , dia akan ckp kita anak derhaka . Pastu dia nangis dan buat kami rasa mcm kami ni akan masuk neraka sbb buat dia nangis. Semuanya sbb kami tegur sikap tuduh menuduh fitnah memfitnah dan berburuk sangka dia tu. Dan , mak sy suka adu domba antara kami adik beradik. Depan yg sulung , burukkan yg bongsu . Depan yg bongsu , burukkan si angah . Mcm tu . Nasib kami adik beradik dah pandai luah sesama sendiri skrg utk elak salah faham dan elak masam muka . Dan, kita tak boleh cakap kita penat ke takde duit ke. Habis buruk kita dikata dan disindir kalau ckp mcm tu. Sejenis tak paham orang. Nak difahami je tp tak letak diri sendiri kat tempat orang lain. Suami sy dah lain2 dah dgn sy. Mcm tak happy dah dgn sy. Kdg risau kalau satu hari nt suami guna ni semua sbgai alasan utk tinggalkan sy. Tolong la share kat sy kalau parents awak pun toxic so sy tak rasa sendirian sgt hadapi dunia ni sbgai anak yg malang. Geram aku!

24 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Awak. Kisah hidup kita lebih kurang. Parents saya pon mcm parents awak. Tp toksik lebih kepada ayah. Mak tu tukang turut je. Da kawin lama kn, terikut la da xtau mne betul mana xbetul. Anak laki dy jd raja dekat rumah ni. Makan pakai semua org uruskan. Bila xde mknn org siapkan dy akan merungut maki hamun yg pompuan. Yg anak2 pompuan semua keluar bekerja. Anak laki tu pon kje tp utk hidup dy jela. Anak pompuan lain kje semua kne bg kt mak ayah n belanja rumah je. Saya sorang je yang da berkahwin n dduk rumah lain. Lega sikit. Masa baru2 kawin duduk sekali sampai penah bergaduh ayah dgn suami saya sbb ayah nk suami saya pon ikot telunjuk dia. Saya xtahan dah, nekad keluar rumag jugak. Nasihat saya, demi jaga hubungan awak suami isteri, better cari rumah lain. Kita da kawin ada kehidupan masing2, lantakkn je dorang nk terasa ke perli ke. Kalau saya xpedulik dah sbb da penat sgt. Dari kecik layankn kerenah toksik dorang. Adek2 saya yg belum kawin duit habis utk rumah je. Sian dorang. Bila xbg ayah akan perli2 cakap sesen pon tak hulur. Makan luar atau tapau mkn pon akan jeling2. Masak pon ikot tekak dia je. Selera anak2 dy tak pernah peduli pon suka ke tak. Yg penting tekak dy puas. Belum lg mintak belikn itu ini😌 Awak bukan sorang je tau. Saya rasa ramai lg yg ada parents toksik mcm kita. Kita kne kuat, sabar, n doakan yang baik2 je utk parents kita. Saya selalu nasihat adik2 “kita jaga syurga kita(mak), biar dia jaga syurga dia(ayah)”. Semoga dapatlah kita syurga nnti. Amin🤲🏻

Đọc thêm

Mmg wujud keluarga sendiri toxic bukan setakat org luar atau kenalan kita yg lain toxic. Apa yg saya boleh nasihat sis, sis sudah berkahwin kena utamakan suami. Demi kesihatan mental dan kesejahteraan rumah tangga sis, sis kena pindah keluar dari rumah family sis. Pilih rumah sewa yg dekat dgn tempat kerja sis dan suami. Kalau ada anak hantar anak ke pengasuh atau taska, cari yg under jkm dan ada cctv utk pantau keselamatan dan kebajikan anak. Family sis? Selepas sis pindah keluar dari rumah, buat sementara waktu berhubung dgn mereka atas urusan penting sahaja. Selebihnya sis tak perlu layan lebih. Sis kena belajar utamakan kesihatan mental sis. Saya nampak sis burnout sangat. Doa yg baik2 utk keluarga kecil sis. Semoga urusan sis dipermudahkan. Sis kuat utk hadapi ujian ni, Allah tidak akan membebankan hamba-Nya dgn ujian yg dia tak mampu. ❤️🫂

Đọc thêm

sekarang syurga awak adalah suami awak.ibu awak syurga dia dekat ayah awak.tangjawab awak bila dah kawen utk suami dan anak².tgjawab ayah awak yg menyara ibu awak dan anak² yg masih bujang.tiap bulan hulur je duit seikhlas hati.ada lebih,bg lebih.tak ada lebih,bg setakat yg mampu.duduk menyewa sendiri dgn anak² dan syurga awak itu lebih baik.tak perlu takut andai mak ayah awak derhaka kan awak sbg anak.selagi suami awak tak derhaka kan awak sebagai seorg isteri.. insya Allah, awak masih masuk syurga berkat doa dan bahagia dari suami awak.semoga yg baik baik utk awak, suami dan anak².ini pendapat saya untuk awak.yg baik datang dari Allah.yang buruk dtg dari saya.maaf andai kata kata saya ada yg melukai hati awak.

Đọc thêm

entahla macam lebih kurang mak saya , mak ayah saya dah cerai & mak saya dah kawin lain . tinggal bapak saya jela single father . saya stay dengan ayah . mak saya jenis suka buruk sangka dengan ayah saya cakap itu ini semua ayah buat tak kena dekat mata dia . saya tegur la mak saya kenapa nak kena buruk sangka kan ? saya pulak kena marah balik di kata nya pulak mentang mentang saya stay dengan ayah nak hina hina dia , saya macam lahhh 😅😅 and lagi satu bapak tiri saya pulak sejenis suka menjahanamkan barang orang . bila saya cakap dekat mak saya , saya ni pulak kena marah balik kata takpayah sebok hal dia . terus saya dah malas nak amik tau lagi . bukan nak derhaka tapi kalau kita masuk campur + jadi gaduh takut ter derhaka betul betul pulak

Đọc thêm

dulu sebelum kahwin lebih mcm ni la yg sy rse.. anak lelaki di manja2kan.. anak perempuan silap sikit terus kena.. terus judge.. kita keje menangung keluarga belakang kita dikutuk2.. kaalau betul pun anak ni tersilap langkah jgn la menyebarkan kebencian pada adik beradik lain, tgur la elok2.. ni xde ribut x de hujan balik kena pukul... da la penat balik keje.. tapi Alhmdulilah Sy dapat suami baik lepas kahwin rse suami lindungi Sy Dan anak2.. Dan prepsepsi family beerubah Dan lebih menghormati Sy.. awak ikut la suami awak.. tggl jauh dgn family awk.. dah jauh nnti baru keadaan lebih baik.. syurga awak kat suami

Đọc thêm

sy takde kat tempat awak. tapi sy harap awak boleh terima nasihat ni. keluar rumah tu sekarang. abaikan je org nk merajuk ke taknak contact ke abaikan semua tu.. pikir perasaan fmily kecil awk dlu. skrg ada suami yg faham awk.. please hargai dia.. awk nk ke klau nnty dia tinggal awk sebab semua benda ni.. kluarga awk akan ada dgn awk ke? takde.. dpt hinaan lagi ada laa . so better berambus dri rumah tu hidup bahagia dgn suami .

Đọc thêm
3t trước

Setuju sangat !

saya tk hadap apa yg awak hadap tapi dulu saya dduk rumah mertua jugak, nak pindah mertua tak bagi. sama lah alasan mertua, "baik duduk sini, bagi kami duit atau korang simpan duit tu". saya geram. senyap² saya cari rumah sewa yg murah. simpan duit deposit. cukup masa angkat kaki blah. diorng nak bebel. tahan je kejap masa nak angkut barang tu. lepastu saya aman dduk rumah sewa sendiri. TOLONG PINDAH DARI RUMAH TU. SEBELUM AWAK N SUAMI PULAK YANG BERCERAI.

Đọc thêm

Saya geram baca and nasihat saya keluar sis dari rumah tu. Parents awak nak cakap apa biarkan sebab awk tu dah berkahwin memang kena duduk rumah sendiri. Awk sekarang kena jaga hubungan dengan suami and anak awk . Jangan menyesal kemudian hari sis just sebab awk nak jaga hati mak ayah awak . Pasal mak ayah tu bulan2 boleh bagi duit belanja . Kalau dorang merungut bagi sikit je abaikan je asal awk dah bagi . Ada istilah ya “parents derhaka dekat anak” 🙂‍↔️

Đọc thêm
Influencer của TAP

Kalau saya di tempat puan, saya pedulikan sindiran parents yg kita nak pindah rumah. Penat kan layan diorang. Ajak je suami pindah. Keras kan hati tu. Berapa kepala nak tanggung kan? Please, keluar drpd rumah tu. Tak derhaka pun keluar drpd rumah tu. Dah mereka ni awak gelar toxic, bila dlm proses keluar rumah, diam seribu bahasa. Jangan lawan. Jangan provoke. terus berbakti dgn parents dlm masa sama tegas dgn mereka jika perangai masih toxic.

Đọc thêm

pindah je lah.. kan dalam islam pon nk dgr kata ibu bapa tu berpada.. bukan semua kena ikut... yg baik yg betul ikut, yg toxic ni abaikan je.. nt depa sakit, pegi la bawak hosp, ziarah... itu lah tanggungjawab awak.. bukan bela depa.. unless depa xda anak yg jaga depa n depa xmampu nk hidup sendiri mcm lumpuh ilang ingatan tu ye la kita jaga.. skrg sihat walafiat siap package syaitonn tu xyah layan. yg kna bela depa tu ayah awak..

Đọc thêm