Nak bercerai bila anak umur 13 tahun
Kenapa lah Allah tarik nyawa ayah sy dulu bukan mak sy? Sy tahu sy x patut ckp mcm ni, seolah-olah sy x redha. Tp sy stress dan depressed dgn perangai suami. Walaupun skrg umur dh 33, ayah meninggal 20 tahun lepas masa umur sy 13, dan sy pun dah beranak 2, ada masa bila sy down dgn sikap suami, sy rasa alangkah bagusnya kalau ayah masih hidup lg. Sy lebih rapat dgn ayah berbanding mak. Kalau ayah masih ada, tentu sy ada tempat untuk mengadu. Mak sy pelik sikit, dia tak boleh hidup tanpa lelaki berbanding tak boleh hidup tanpa anak2. Panjang kalau sy nak cerita psl mak sy ni. Kalau ayah masih ada, sy nak call ayah dan tanya "Ayah berbuka apa hari ni?". Lepas tu sy nak mengadu nasib sy kat ayah. Mesti ayah sanggup tlg jagakan anak2 sy kalau sy bercerai. Sy cuma xde support system yg baik utk sy bercerai skrg. Sy xde tmpt mengadu, cuma ada bantal utk menangis. Sy depressed. Sy mmg pernah didiagnos oleh pakar psikologi yg sy ada long-term depression. Tp sy mls nak pergi follow up psl sy rasa leceh. Cara terbaik utk kurangkan depression sy adlh dgn bercerita. Tp kalau sy bercerita kat adik beradik dan rakan sekerja, dah tentu dorg suruh sy bercerai cepat2 n mcm membuka aib suami pulak kan. So sy tulis kat sini je lah sekadar nak mengurangkan tekanan dlm kepala sy ni. Sy mmg nak sgt bercerai. Tp sy kerja shift. Sabtu ahad pun kerja. Kalau sy bercerai, xde org nak jaga anak2 sy kalau sy kerja sampai malam n sabtu ahad. Jadi sy rasa sy akan bercerai lepas anak kedua sy berumur 13 tahun. Sy akan hantar dua2 anak sy masuk asrama. Kalau dorg balik cuti hujung minggu, at least dorg dh boleh jaga diri sendiri. Sy xnk pun kawin baru lepas cerai bcz i myself know I cant be a good wife. Dan sy tahu takkan ada lelaki yg nak galas tanggungjawab tlg jaga & besarkan anak2 lelaki lain. Bagi sy hidup berkeluarga ni cuma sbb at least kita tak mati dlm rumah sorg2. Tp sy rasa, takpelah kalau sy mati dlm rumah sorg2 pun. Hidup sendiri tanpa suami yg baran n toxic mesti lg happy. Antara sy dan suami sy, entah sapelah yg akan meninggal dulu. Entah esok lusa, entah lambert lg. Semoga anak2 sy baik2 shj sekiranya sy dan suami bercerai nnti. Sy rasa sy nekad kot nak bercerai lg 12 tahun. Tgok lah nnti mcm mn kot lah suami dh blh diharap n x menyakitkan hati dh waktu tu. Sy rasa itu masa n jln yg terbaik utk mental sy. Lps cerai, x perlulah sy keluar duit pasang implanon setiap 3 tahun. Sy tahu klu bercerai mmg akan struggle financially. Skrg ni pun sy struggle, financially and mentally, utk membesarkn anak2 sy. Mental dgn perangai suami yg baran. At least kalau bercerai masa anak umur 13, lagi 12 tahun je sy kena hadap perangai suami. Tak kuasa lah nak hadap perangai dia sampai berpuluh-puluh tahun, sakit jiwa dibuatnya. Dahlah baran, pemalas, tak berduit, suara mcm petir, suka mrh anak teruk2 atas kesalahan kecik, marah utk mendidik lain ye dgn marah sbb dia gagal kawal sikap baran dia. Biarlah mak bapak n adik beradik dia yg hadap perangai dia, knp sy pulak yg kena hadap, dh mcm diorg buang anak lelaki dorg ni kat sy utk sy handle. 🙄 Cukuplah sy dah hidup susah sblm sy kawin, bila dh kawin, kualiti hidup sy makin teruk sbb kena support kewangan suami. Ada masa sy rasa penat sgt, sy rasa nak mati, sampai sy menangis sorang2 waktu anak2 tgh tidur. Tp tu lah, amalan x cukup lg, takut lah pulak nak mati. Td masa pergi beli bazar, sy duduk tunggu dlm kereta. Sy nampak ada bangla/india tolak basikal yg ada gerabak yg penuh dgn besi buruk tgh2 panas. Sy rasa kesian tengok dia, andaikata dia bangla, sudahlah dia tinggalkan negara dia, dtg sini kena buat kerja mcm tu pulak. Sy terfikir betapa kecilnya ujian2 yg saya hadapi selama ni kalau nak dibandingkan dgn dia. Dulu sy paling susah pun tahap sy cari duit2 syiling kat jalan yg org tercicir utk cukupkan buat jd tambang bas utk pergi kerja part time masa cuti sem. Tak tau lah knp sengkek sgt waktu tu. Ujian sy cuma sy kena bekerja dlm bidang yg sy x suka n kena support kewangan suami bila dia dah pokai xde duit nak mkn. 🙄 Rensek. Masa bercinta dulu dia siap belanja sy satu family mkn. Dah kawin lain pulak ceritanya. Rasa mcm, "Tipah tertipu, bang". Hah, mcm tu lah lebih kurang. Ada tak sesiapa kat sini yg pernah terfikir mcm sy? Nak bercerai masa anak umur 13 tahun, sbb blh hntr anak masuk sekolah asrama / anak dh bleh jaga diri. Kalau ada, adakah selepas anak anda dh masuk 13 tahun anda jadi bercerai atau sampai ke sudah x jadi bercerai sbb asyik termengandung walaupun dh pakai perancang? #sharing
seorang ibu ❣️