49 Các câu trả lời

sy berpantang sendiri dari zaman anak sulung dan no 2. Yg penting ada org yg sudi jaga kita x apalah tanpa CL pun. Sy bertuah sbb ibu dan suami sy sudi jaga, masakkan bubur utk sy, basuhkan pakaian, sapu lantai, dan sama2 bantu uruskan anak. Tp kalau stakat bertungku sy buat sendiri je. Tiru je tutorial kat youtube. bertangkas x buat sbb sy bersalin czer. bengkung pulak bli jenis modern pakai sendiri. Ramping jugak. Berurut xde. Just kalau lenguh sy mintak jela husband urutkan. Alhamdulillah sihat dan gembira je sampai habis pantang

Sama. Saya pun bersalin czer. Suami jaga.. selama saya cuti bersalin dia belikan atau masakkan makanan pantang.. mujur la suami nak jaga juga..

Betul apa yg smua komen,jgn cncel ,fkir baik2 kita lgi kenal mertua kita mcm mana,mcm sy dduk dgn mertua sejak khwin sbb suami ank bongsu dia,mse first ank slung hri tu sy brpntang umh mama sy,sbb kita lg slesa dkt sana ,mama kita fhm kita mcm mana.. n second ni pun tunggu masa nk poo brpntng jgk umh mama,abaikan je ap dia ckp ,sy ni mcm2 ipar ckp brpntang sini la mudah ad suami ap ,tp sy abaikan je ,yg pnting kita brsalin ni nk rehat bdan ni mental ap smua ,dh penat berjuang .. baik awk fkir baik2 jgn cncel …

jangan dengar cakap MIL ! Diri awak , awak yg decide. please sis teruskan hire CL! saya masa tunggu Hari dah cari dh CL tapi suami cakap x yah. pantang rumah mak .. walau upah CL sy kata sy nak guna duit sdndiri tapi suami x setuju. last2 aku yg handle semua sorang. sebab suami outstation masa bby umur 14 hari. mental sis. dengan trauma bersalin. anak nangis. now saya berjaya diagnosis depression n makan ubat😂😂😂 padan muka diri sendiri. diri awak, awak sendiri yg tau!

Contact balik Cl tu. JANGAN CANCEL okay? 🤍 Mak mertua puan mesti dah lupa betapa penatnya jaga orang pantang. Baru je dengar makcik saya, baru lepas jaga anaknya pantang (anak sendiri), mengaduu seloroh dekat saya, “ya Allahh penatnya makteh..”. Ha padahal bukan tua mana makcik saya tu tau. Dia kata, ha korang ni kalau mengandung, kumpul la duit awal2, panggil CL mai jaga. Moga dimudahkan urusan dan dilembutkan hati mertua puan tu.

TapFluencer

Jangan cancel CL. Tahan je bebelan tu. Bagi tau siap2 CL yg mak mertua gitu, jangan amik hati. Bagi tau mak mertua, mak tengok cucu je.. Mak kan dah alami pengalaman jaga anak2 mak, kami nak bagi mak rehat & fokus perniagaan dan enjoy kehidupan mak. Balik drpd kedai, mak tengoklah cucu. Kami pun nak peluang jaga anak sendiri kan... Nak rasa susah payah jaga anak. Nak belajar. Cakap elok2 dgn harmoni. Kasi komunikasi berkesan mak dan anak.

Dia sangat susah dibawa berbincang 😊 takpe.. saya dijaga oleh suami selama seminggu full day, lagi sebulan baki dia jaga separuh hari.. ☺️ Walaupun penjagaan dia tak perfect sangat alhamdulillah dalam pantang saya ok je.. Mak mentua jenguk jugak la kadang-kadang mandikan bayi 😅 tapi bukan nak jaga saya pun haha

Teruskan niat sis nak book CL. For sure sis dan hus dah servey sehabis baik sblm booking kannn. Yg hadap dikemudian hari sis dan suami. Bg apa2 alasan yg logik kat mil. Tetap pd pendirian sis. Jgn mcm sy ya. Time pantang walaupun mil ada semua sy buat sendiri. Dah kita pulak nk fikir kena mskkan utk 2org. Walaupun sy tau niat baik tp kalau boleh pantang ni tak nak la pressure benda2 yg kecik2. 😅.

Saya Pernah pantang ngn mentua. Lagi jenis org tua modern ni. Dia mmg leh masak kan kita. Tp anak? Takkan dia nak ngadap setiap masa. Dorg kejap nak kluar rumah jln2. Bila pulak kita nk rehat. Lepas tu kita yg mental sndiri. Lagi2 anak first. Tgah pantang. Kdg ank bising pun kita rasa dah menyirap. FOR ur mental health. Trus kan amik CL. Sy pregnant yg kedua. Mmg trus booking CL. Tp takde la smpai 21 hri. 10 hri je.

Even ada CL, masih rasa tak larat. Urut, bertungku & mandi herba semasa ada CL sangat membantu untuk pulihkan badan.. sebab fungsi ada CL untuk bagi badan rehat sekejap..dia boleh tolong mandikan baby, tungku baby.. kita sempat lah nak breakfast pagi tu.. lunch pun dia masakkan.. kita sempat lah nak mandi lama2 sikit nak recharge badan bagi segar.. even mak saya ada kat rumah sekali, still tak sempat nak tengokkan

bila baca je pasal mak mertua sibuk nak jaga masa berpantang.. saya jadi serik.. tak payah la percaya ckp mertua tu.. saya sendiri rasa menyesal dgan perangai mak mertua.. mula² beria.. last² lepas tgn.. kena urus dgn suami sendiri je.. plan nak berpantang sampai 3 bulan.. terus tak jadi.. sebulan je.. lepas tu saya cau balik rumah sendiri . berpantang sendiri . lagi puas hati..

Teruskan je dgn CL awak, xpyh cancel. Time pantang ni, emosi sendiri tu lebih utama tambah plk first mom. Mak mentua ni tak sama dengan mak sendiri. Baik beringat lebih sikit, dan awak lagi kenal macam mana mak mentua awak. Ada CL nak mengatur itu ini pun mudah daripada pantang dengan mak mentua. Tambah kalau yg veteren ni, itu takboleh ini takboleh, last2 kita yg mental semdiri.

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan