Stress tktau nk luah kt siapa

Korg prnh tk kt tmpat saya, suami tkbackup bini , tpi lebihkan pndapat mak n kakak dia, smpai die sisihkan bini sndiri,bt bini sndiri mcm org luar, sy disurh bt keje kt dapur oleh suami , tpi sy ada anak kcik bru sebulan, suami suruh anak berdikari ltak kt luar utk tidur sndiri sdgkan dia kecik lgi baby, sy sedih sngt , dhla nk dkat raya ni, die tkfhm perasaan saya,dgn tkdpt nk raya family sndiri,suami lngsung tkcara mkn minum sy,#bantujawab #bantusharing syy nk blik rumah parents sy lps raya ni doakan ya, klu bole nk stay trus

24 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Ada masa suami ni takleh fikir... Tahun lepas saya tak pregnant lgi time raya, kami duduk berjiran dgn keluarga suami tpi seharian raya kene ikut belah suami padahal hri2 jumpa dah.. Saya kejap je jumpa family saya.. Saya luah dgn suami tpi suami mcm marah.. Lama2 bnda tu jdi pertengkaran besar sampai saya hilang kawalan menjerit 😅 sebab instead of dengar, dia pilih untuk marah .. Bila saya mngamuk tu baru dia sedar silap dia.. Tahun ni jadi lgi tpi isu tmpt berpantang. Kakak dia sibuk nak jaga saya berpantang n saya dh kata tk selesa tapi dia degil. Saya emergency czer tapi sblom tu saya dh duduk wad 4 hari untuk normal delivery, bukaan dh smpai 5cm. Saya hadap sakit sorg2 lama.. Saya mnta nk pantang selesa tkde gangguan org luar.. Sbb dh mental sangat. Dia degil, letak juga saya kt rumah kakak dia.. Saya tk pernah carut suami, hritu first time saya maki hamun dia.. Saya WhatsApp family saya mnta ambik.. Tk mnta izin suami 😅jangan tiru cmni still dosa.. Lepas balik rumah family saya tenang dh. Tpi saya minta maaf kt suami dh n suami pon mnta maaf.. Saya anggap semua yg berlaku ni proses mengenal.. Tpi tetap kecewa bila org yg patut jaga saya lebihkan orang luar walaupon "org luar" tu bgi saya sorg jeh. Untuk dia tu family dia. Tapi sejak ada anak memang lebih sensetif hubungan pon rasa mcm makin renggang.. Tktau la, berat betul ujian nk jaga perkahwinan dlm masa yg sama ada ank kecil ni... Semoga yang baik shaja untuk kita semua

Đọc thêm

saya pernah berada di situasi lebih kurang mcm ni.. 5 tahun lepas, anak pertama, suami hanya pentingkan ibu bapa dia bahkan ketika saya baru seminggu dah bersalin, keluarga suami tunjuk muka masam sebab tak buat kerja dapur ditambah dgn suami yg pukul 5am dah keluar dari rumah sbb tergilakan perempuan simpanan dia. kali ni tgh hamil anak ke-2, suami masih suka berfoya² dan hanya pentingkan ibu bapa dia.. dari segi pendapat, kewangan dan segalanya hanya ibu bapa yg dia utamakan hingga anak pertama jatuh sakit hanya dibiarkan saya yg tgh pregnant uruskan bersendirian. akhirnya sampai pada satu tahap dimana saya rasa CUKUP dan saya minta bercerai, saya meminta suami utk kembali pada org tuanya kerana dia belum layak memegang tanggungjawab sebagai seorg suami dan ayah kepada anak² saya. walaupun suami taknak bercerai tetapi saya lebih memilih untuk menyayangi diri dan anak² tanpa pedulikan dia lagi. bila dah tawar hati ni baru nampak perubahan pada suami. dari dulu hingga kini, saya tidak meluah pada sesiapa dan ini pertama kali saya ceritakan disini sekadar berharap kita sebagai ibu menjadi wanita yang kuat utk anak².. sayangi diri dan anak².. bersabar itu tidak salah tetapi biarlah kesabaran ada batasan..

Đọc thêm

baby baru sebulan awak dalam pantang kan? kata kat suami kala tak boleh nak jaga bini elok2 dalam pantang hantar awak balik rmh mak. ni process recovery awak. kalau saya jadi awak saya pentingkan kesihatan saya dan anak saya. kalau laki takleh nak hantar awak call adik beradik suruh ambik. payah la dapat suami tade timba rasa ni. bini dalam pantabg suruh buat kerja patut dia la buat kerja. kalau lebih dengar cakap mak dgn kakak sampai tade common sense nak pikir apa yg baik untuk anak bini rasanya baik awak sendiri je pikir apaa terbaik utk awak. utamakan kesihatan awak. makan minum awak kena cukup. anak newborn mana boleh tinggal2 mcm tu je sis. dalam pantang ni crucial time buat awak dan baby. ni la masa nak recovery, masa nak adapt fasa baru and masa utk awak dan baby bonding. saya bagi satu ayat dekat sis maaf kalau kasar tapi sis simpan elok2 ayat ni, biar laki kita bodoh tade otak pikir mana baik buruk tapi jangan kita yg bodoh sis. memang kena taat tapi kalau suami tu pun menganiaya bini takleh juga. jaga diri jaga anak elok2 sis. maaf ya sy geram baca. 🤣🤣🤣

Đọc thêm
8mo trước

kan..ada masa plk nk confess kt sini bagai..angkat kaki je lah..kol lah mak ayah adik beradik sepupu sepapat sume suh dtg ambik dia ..adoii..stress betul baca..

Kalau baru kawen, pandai2 lah tunjuk perangai sebenar kat suami mana yang kita tak suka, mana yang kita patut taat, mana satu peraturan n prinsip diri sendiri. Walaupun berkait dgn keluarga mertua. Kalau x tunjuk semua tu n menonong ikut segala benda, hadaplah sampai ke anak cucu lah macam tu. Saya awal2 kahwin sy dh bgtau suami apa y sy boleh ikut ckp dia n apa prinsip sy(selagi tak langgar hukum islam) n sy nak dia hormati prinsip sy. Saya nk dia bergaul dgn keluarga sy sama mcm sy bergaul baik dgn keluarga dia, semua permintaan n syarat2 dr pihak sy, saya terus terang masa seminggu awal perkahwinan kami. Sama juga dlm jaga anak. Mula2 dpt anak jgn semua benda buat sorang2. Paksa suami buat sama2 wpun dia taknak. Alhamdulillah bila dia dah terbiasa, semua harmoni.

Đọc thêm

dh tu,sis dgr ke ckp laki biar ank tdo kt luar tu?cmni lah sis..Allah bg Kita AKAL utk berfikir mne yg betul mne yg x betul..kalau x betul sampai memudaratkan ank n diri sis,sis pegi ikut jgk, makna nya sis ni x brp nk cerdik lah..rse budak sek ren pun blh pikir betul ke tak ape yg laki sis tu srh buat..raya ni panjang lg ye sis..sis nk balik umh org tua sis tu bila?nk tunggu sampai sis mental ke?mintk maaf lah kalau kasar,tp sy mmg geram dgn manusia mcm laki sis tu,tp lg geram kalau sis x cerdik pegi dgr ckp dia..

Đọc thêm

ank baru sebulan, kita ni sbgai newmom pun xckup tdo , xckup rehat, sy rasa baik awk trus trg dgn suami, bincang elok2, smpai satu tahap kita pun penat kalau smua bnde kita nk buat, buat mana yg mampu je awk, sbb awk punya priority skrg anak, kalau dpt mtua dn fmly yg memahami yg ade common sense mesti suruh rehatlaa xpyh buat kerja rumah 😊 jaga anakk dan jadi suami perlu lah membantu isteri dgn kje rumah. pls la jd lelaki yg bertggungjwb bukan tahu buat anak je, kena la jaga anak tu !! ok sis dahh bg pendapat

Đọc thêm

fikirkan tentang diri sendiri & baby, itu lebih baik dlm tempoh berpantang..dlm keadaan recovery if stress or apa, yg kena hadap adalah kita sendiri..boleh meroyan, sblm sampai tahap tu baik bgth parents / adik beradik tlg ambik then balik umah parents sendiri..biarkan apa yg org lain cakap sbb bkn mereka yg berada dlm situasi awk skrg..suami yg benar² cintakan isterinya tdk akan berkelakuan begini..semoga Allah permudahkan urusan awk..sekian

Đọc thêm
Influencer của TAP

awak masih dalam pantang maksudnya belum sihat. baby pun tak reti jaga diri, tak reti tidur sendiri lagi. apa yg suami awak suruh tu dikira benda2 yg memudaratkan diri awak & anak, jadi tak perlu ikut. tak derhaka tak berdosa pun kalau tak ikut. in fact dia yg berdosa sebab fail sebagai seorang ketua & penjaga keluarga, cuba bawa mudarat pada isteri & anak sendiri.

Đọc thêm

Maaf bukan nak menghasut tapi kalau saya berada di tempat awk, saya pilih diri dan anak dulu. Lebih baik rumah family sendiri, cari ketenangan jiwa. Tak stress, selesa sikit daripada dalam fasa anak perlu ibu ni org yg paling dekat dgn kita tak tolong kita. Kita kena tahu dan tolong diri sendiri dulu. Semoga terus kuat mommy, kita mommy ni kuat. Hug dari jauh ❤️

Đọc thêm

buat biasa je.. ikutlah mana yg kita selesa, kalau org tak faham kita bg faham walau terpaksa melenting, tak payah nak pendam sampai mental. kalau sampai tahap kita cederakan diri tetap kita jugak yg akan dipersalahkan.. yg penting lepas melenting still minta maaf okay la tu kira masing² faham dan terima proses belajar main peranan .. 😊

Đọc thêm