Muntah Dan cirit birit

Kandungan sy dah masuk 35week. Sepanjang pregnant ni ada masalah Hb low Dan sy baru saja cucuk ubat cosmofer di kk. Lepas 2hari dari cucuk tu sy muntah2 dah cirit birit. Sekarang nak makan apa pun tak boleh mesti muntah. Sehari sebelum muntah tu sy jugak Ada panaskan lauk sardin semalam. Jadi tak pasti sy kena keracunan makanan atau effect ubat tersebut. Soalan saya, saya patut terus ke hospital atau check dulu Di klinik swasta ye? Klu ke hospital Ada kemungkinan kena warded tak?

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Sekarang cirit birit dan muntah lagi tak? Kalau masih, terus ke hospital. Warded atau tidak bergantung pada penilaian semasa.