Jamu semasa pantang

Ibu2 mmg ada amalkan makan jamu utk dalaman ke smasa pantang? Sy jnis xmnat nk mkn ubt. Ada tak mommy yang lepas bersalin tak amalkan apa2 jamu pn tp still sihat ketat sendat mcm biasa?? Org2 tua sllu bising nnti longgar la apa la xcntik lah. Suami xpuas lah. Sbb sy fully bf so tu yg xinterested sgt

14 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Berpantang sendiri? Tak ada masalah pun. Saya kongsikan cara berpantang yang tak menyusahkan diri dan orang lain. Dan yang paling penting, sesuai untuk rakyat marhaen yang tak ada kemampuan kewangan nak berpantang cara orang kaya. Mengandung, bersalin dan berpantang adalah suatu perkara yang normal untuk wanita. Kerana itulah satu-satunya cara manusia untuk membiak. Kekangan budaya yang membuatkan ia suatu benda yang menyusahkan dan meremehkan sehingga langsung tak masuk akal. 1. Berurut dan bertungku HANYALAH UNTUK memanjakan diri. Tak wajib. Harga yang dikenakan tukang urut bukan murah. Saya tak pernah menyarankan pada pesakit saya untuk mengambil tukang urut. 3 hari berurut RM300 - RM500. Tu boleh tampung makanan berkhasiat untuk satu keluarga. Kalau mampu silakan la. Tapi bukan untuk sengkak la, angkat rahim sampai ke langit la. Bukan. Hanya untuk relaks. 2. Makan minum seperti biasa. Ikut sukatan Suku karbohidrat Suku protein Separuh sayur dan buah Tak ada pantang larang makan minum yang tak berasas yang diwarisi dari nenek moyang kita yang tak dapat akses kepada makanan berkhasiat macam kita sekarang. Ayam, ikan, daging, telur, udang, sotong, kerang semua boleh lah nak makan. Kalau sebelum ni tak ada alahan pada makanan tu semua, dalam berpantang lepas bersalin pun samalah. Tak ada istilah ikan gatal la bagai. Luka cepat sembuh dengan protein sebab protein gunanya untuk membaiki sel-sel yang rosak. Luka yang bernanah adalah disebabkan jangkitan bakteria. Bukan sebab makanan. Tolong tanam fakta tu dalam kepala dan turunkan ilmu yang betul kepada generasi akan datang. Sayur dan buah makan ikut porsi yang KKM cakap tu. Tak ada istilah sayur menjalar tak boleh la. Sayur buah tu ada vitamin, mineral dan serat yang sangat penting untuk kita sembuh cepat dan sihat. Sesetengah sayur dan buah susah sikit nak dihadam oleh bakteria di usus dan menghasilkan gas. Tu saja. Tak ada masalah pun. Apa pun yang kita makan akan dicernakan dalam sistem digestif. Makan lah tembikai ke, nenas ke, apa sekali pun, dengan kadar sederhana. Pening kepala saya, kenapalah pelik sangat budaya bangsa saya ni. Saya fahamlah nenek moyang kita dulu tak ada ilmu sains. Mereka turunkan petua semua berdasarkan pemerhatian saja. Tapi kita ni yang belajar sains kat sekolah dari darjah 1, kenapa masih di takuk lama? Makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan bilis tu TAK BERKHASIAT! Protein mana? Dapat karbohidrat dan kandungan garam tinggi saja! Masakan cara bakar, rebus, singgang, stim tu memang lebih baik dari goreng dengan minyak banyak, tapi kan, kenapa nak menipu diri sendiri? Masa 42 hari tulah masakannya begitu? Yang beratus hari lagi tu? Amalkan la cara masakan tu seumur hayat. Yang kelakar, pantang belum pun habis, dah merancang nak makan apa nanti dan senarai tu tak ada pun makanan yang sihat. Haih la. Menipu diri sendiri lagi. Makan dalam pantang untuk mereka yang bersalin normal atau Caesarean SAMA. Tak ada beza. Sebenarnya cara makan yang sama mesti diamalkan sepanjang hayat. Bukan hanya 42 hari. 3. Minum air yang cukup. Tak kiralah sejuk ke panas ke suam ke. Bani pantang tegar sangat alergik dengan ais. Kasihan betul. Agaknya kan mereka tak pernah dengar kot tempat kat dunia yang ada musim panas yang sangat terik macam kat Arab tu. Agaknya kan kalau mereka berpantang kat situ, tahan ke dengan berstokin, berbaju tebal, tak ada pendingin hawa atau kipas dan minum air panas? Air kosong tak kiralah suhunya apa kalorinya 0. Kajian menunjukkan kalau minum air sejuk, kita akan minum lebih banyak berbanding air suam kalau lepas aktiviti fizikal. Matahari panas lit lit suruh minum air panas dah kenapa. Tapi milo cicah biskut tu pula yang dibanggakan mereka tu, hanya penuh dengan gula dan gula. Lepas tu berat badan tak turun-turun, dok salahkan tak pantang. Padahal yang dia makan tu kalorinya dah berapa. Air takkan menyebabkan urat kembang. Atau becak kat vagina. Tu momokan yang tak logik. Sudahlah tu. Jangan dengar cakap mereka yang suruh minum air dengan sudu. Air pun air herba apa entah. Tu mendera namanya! Nak suruh mak-mak ni dehidrasi agaknya! 4. Sihat dalaman tu adalah mitos yang saya tak faham. Apa maksud? Rahim kecut sendiri secara normalnya dalam masa 4 ke 6 minggu lepas bersalin. Tak payah nak buat apa-apa. Jamu dan maajun semua tu adalah produk sampah yang dijaja untuk menjatuhkan maruah wanita. Tak ambil kononnya nanti peranakan jatuh, buncit abdomen, faraj longgar, semua tu hanyalah mitos yang meletakkan wanita semata-mata sebagai objek seksual lelaki. Untuk mengelakkan tombong. Senaman Kegel. Habis cerita. Silakan bangun berjalan dan bergerak masa dalam pantang. Terbaring saja tu meninggikan risiko darah beku di kaki. Darah beku di kaki yang terserpih dan masuk ke saluran darah pulmonari adalah salah satu sebab kematian mak dalam pantang. Jangan bagi banyak alasan. Buatlah kerja rumah tu selagi mampu. 5. Belajar tentang perubahan fizikal pada diri yang berlaku. Sekiranya ada simptom seperti demam menggigil, pergilah ke klinik. Dapatkan nasihat doktor. Bukan panggil makcik bawang mana entah yang mulalah buat diagnosis sendiri. Dia tu tak sudah dok salahkan tak pantang padahal mak tu rupanya ada jangkitan kuman. Pandai dia dari doktor. 6. Berbengkung bukan untuk bagi abdomen kempis. Tu kena bersenam. Ianya hanya sebagai sokongan pada postur badan. Itu saja. Berpilis, tak mandi berhari-hari, sanggul rambut ketat-ketat dan tinggi-tinggi tu semua perkara sia-sia. Nak buat juga silakan lah. Tapi tulah busuk la kalau tak basuh rambut kan. Tak adanya air masuk ikut kepala, kulit kita ni bukan span nak serap air. 7. Suplemen lepas bersalin? Tak payah kecuali doktor yang bukan cap ayam nasihatkan. Set bersalin yang harga beratus RM? Tu lagilah tak payah. Sampah saja. Makanan yang lengkap nutrisi, segar dan cukup jumlahnya dah terbaik dah tu. Makanan yang asal takkan boleh diganti oleh pil, jus, kapsul atau seangkatan dengannya. Tak payah nak stres pasal berpantang ni. Hidup macam biasa dengan sedikit limitasi. Raikan kehadiran orang baru dalam keluarga kita. Abaikan segala tohmahan makcik bawang. Kita dah bertahun belajar sains kan, maka dah tiba masanya kita jadi bijak, cerdik dan pandai.

Đọc thêm
6y trước

❤❤❤

Sy buat mengurut je, sbab badan kite lepas bersalin letih sis. Letih sgt2. Jd urut tu penting sbab nak bg badan segar. Pastu nak tolong rahim terletak elok dgn cepat. Nurse tempat sy pon galakkan pegi berurut. Nt org tu dtg rumah tlg urutkan. Lagi satu, bile urut badan, susu badan mmg banyak mencurah2. Tu yg best. Dgn mandi air daun kayu. Wangi n segar je rase. Kalo bertungku tu, sy buat x sampai 10 kali sbab saya malas, pastu tungku tu panas. Sy x suka berpeluh haha. Lagi pon nurse ckp rahim sy dh okay, so sy skip la tungku hehe. Kalo jamu pulak, mak sy bg option suh makan tp kitorg xtau nak cari jamu ape, sampai skrg pon x makan jamu. Lagi pon kesian nt baby sbab sy bf, kang panas pulak dye nt. 😇

Đọc thêm
6y trước

Ouh. Tq sis sharing 😉

Saya tak pernah makan jamu wpun bersalin dah 2 org,maybe sbb dua2 czer,cuma penah try jamu org yg mengurut buat,mkn dlm 2 biji mcm tu bibir saya bengkak...so p cek doc kata saya allergik,trus saya buang jamu tu...pasni kalau mengandung lagi confirm saya tak ambil,sekarang tgh berpantang sbb anak gugur 8 mggu,saya makan makanan berkhasiat,sayur2 dan buah oren...yg saya tahu kita rajin2 exercise insya Allah badan kita sihat

Đọc thêm

Saya x mkn jamu apapun sis bersalin ank nombor 3 ni. Emergency czer + ank prolong jaundice.. Takut nk mkn jamu ,bengkung, apapun sume x leh.. Even halia pun xleh..muram durjana n rasa keyakinan diri menurun.. Frustlah.. Urut pun lepas 2minggu.. Mkn pil2 vitamin hosp bagi n mkn mknn sunah jer. Tpi sya mkn jamu mancur masa bersalin nombor 1 n 2.. Buat panas2kan bdn..

Đọc thêm

yg sy thu laa, jamu memng kena mkn sis.. utk dalaman kita juga.. sy pon tk suka mkn ubt 😅 tpi masa dlm pantang memng mkn.. tpi bby sy tk bf dye formula je... tpi lau bby sis bf.. baik jgn mkn jamu.. sbb jamu pns sis.. sian bby.. nurse pon ade ckp. lau bby bf jgn mkn jamu.. yg penting bengkung, tungku... ade cara lain gk nk ketat.. sy lupe nama nye sis

Đọc thêm

Mak sy dah warning awal2 pantang nti no jamu no urut2, no tangas dan seangkatan dengannya. Mak saya cakap masa pantang ni jaga makan betul2 and guna ubat yg hospital bg da mencukupi. Urut2 msa pantang bahaya. Badan kita pandai fix sendiri sistem dia. Kalau nak jugak urut, tungku semua tu, buat pas abes pantang. Tp jamu2 mak sy still prohibit. 😅

Đọc thêm
6y trước

Ouh yeke. Lain plk dgn mak sy. Sllu suruh makan tp bby bru habis kuning blm brani nk mkn

Saya ta ambik jamu mengetatkn..saya ambik jamu buang darah beku sahaja..itupun utk 3hari sahaja..selebihnya amalkan makan sayuran dan sup2 utk elak sembelit, dihidrasi dan lemah badan..

https://youtu.be/lm8V950ZYBA boleh rajin2 tgok tanya dr imelda mgulas ttg pantang selepas bsalin sgt2 byk input & ilmu lebih2 lagi buat kaum wanita ☺️

Fungsi jamu hanya utk merosakkan buah pingang je sis.. Jgn la obses dgn jamu..kita perempuan kena pakai badan lama.. jgn terpedaya dgn iklan jamu jamu ni.

Kena rajin buat kegel exercise dan jaga makan - balanced diet (pernah bc dlm post prof imelda)