Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Excited to become a mum 1st time in 6years waiting❤
36weekday5
Alhamdullilah..sy slmt melahirkan bby girl berat 2.9kg pd 26/10 jam 17.58pm secara czer..sy terpksa czer sbb tekanan darah tinggi..doakn sy dpt membesarkan anak sy dgn baik sebaiknyaa yer..❤❤❤
punca dan cara merawat???
Nk tny la sy asik sakit pala belah kanan je..klo yg ada pengalaman leh terangkan asbabnya? #24weeks
sharing is caring ❤
Berpantang sendiri? Tak ada masalah pun. Saya kongsikan cara berpantang yang tak menyusahkan diri dan orang lain. Dan yang paling penting, sesuai untuk rakyat marhaen yang tak ada kemampuan kewangan nak berpantang cara orang kaya. Mengandung, bersalin dan berpantang adalah suatu perkara yang normal untuk wanita. Kerana itulah satu-satunya cara manusia untuk membiak. Kekangan budaya yang membuatkan ia suatu benda yang menyusahkan dan meremehkan sehingga langsung tak masuk akal. 1. Berurut dan bertungku HANYALAH UNTUK memanjakan diri. Tak wajib. Harga yang dikenakan tukang urut bukan murah. Saya tak pernah menyarankan pada pesakit saya untuk mengambil tukang urut. 3 hari berurut RM300 - RM500. Tu boleh tampung makanan berkhasiat untuk satu keluarga. Kalau mampu silakan la. Tapi bukan untuk sengkak la, angkat rahim sampai ke langit la. Bukan. Hanya untuk relaks. 2. Makan minum seperti biasa. Ikut sukatan Suku karbohidrat Suku protein Separuh sayur dan buah Tak ada pantang larang makan minum yang tak berasas yang diwarisi dari nenek moyang kita yang tak dapat akses kepada makanan berkhasiat macam kita sekarang. Ayam, ikan, daging, telur, udang, sotong, kerang semua boleh lah nak makan. Kalau sebelum ni tak ada alahan pada makanan tu semua, dalam berpantang lepas bersalin pun samalah. Tak ada istilah ikan gatal la bagai. Luka cepat sembuh dengan protein sebab protein gunanya untuk membaiki sel-sel yang rosak. Luka yang bernanah adalah disebabkan jangkitan bakteria. Bukan sebab makanan. Tolong tanam fakta tu dalam kepala dan turunkan ilmu yang betul kepada generasi akan datang. Sayur dan buah makan ikut porsi yang KKM cakap tu. Tak ada istilah sayur menjalar tak boleh la. Sayur buah tu ada vitamin, mineral dan serat yang sangat penting untuk kita sembuh cepat dan sihat. Sesetengah sayur dan buah susah sikit nak dihadam oleh bakteria di usus dan menghasilkan gas. Tu saja. Tak ada masalah pun. Apa pun yang kita makan akan dicernakan dalam sistem digestif. Makan lah tembikai ke, nenas ke, apa sekali pun, dengan kadar sederhana. Pening kepala saya, kenapalah pelik sangat budaya bangsa saya ni. Saya fahamlah nenek moyang kita dulu tak ada ilmu sains. Mereka turunkan petua semua berdasarkan pemerhatian saja. Tapi kita ni yang belajar sains kat sekolah dari darjah 1, kenapa masih di takuk lama? Makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan bilis tu TAK BERKHASIAT! Protein mana? Dapat karbohidrat dan kandungan garam tinggi saja! Masakan cara bakar, rebus, singgang, stim tu memang lebih baik dari goreng dengan minyak banyak, tapi kan, kenapa nak menipu diri sendiri? Masa 42 hari tulah masakannya begitu? Yang beratus hari lagi tu? Amalkan la cara masakan tu seumur hayat. Yang kelakar, pantang belum pun habis, dah merancang nak makan apa nanti dan senarai tu tak ada pun makanan yang sihat. Haih la. Menipu diri sendiri lagi. Makan dalam pantang untuk mereka yang bersalin normal atau Caesarean SAMA. Tak ada beza. Sebenarnya cara makan yang sama mesti diamalkan sepanjang hayat. Bukan hanya 42 hari. 3. Minum air yang cukup. Tak kiralah sejuk ke panas ke suam ke. Bani pantang tegar sangat alergik dengan ais. Kasihan betul. Agaknya kan mereka tak pernah dengar kot tempat kat dunia yang ada musim panas yang sangat terik macam kat Arab tu. Agaknya kan kalau mereka berpantang kat situ, tahan ke dengan berstokin, berbaju tebal, tak ada pendingin hawa atau kipas dan minum air panas? Air kosong tak kiralah suhunya apa kalorinya 0. Kajian menunjukkan kalau minum air sejuk, kita akan minum lebih banyak berbanding air suam kalau lepas aktiviti fizikal. Matahari panas lit lit suruh minum air panas dah kenapa. Tapi milo cicah biskut tu pula yang dibanggakan mereka tu, hanya penuh dengan gula dan gula. Lepas tu berat badan tak turun-turun, dok salahkan tak pantang. Padahal yang dia makan tu kalorinya dah berapa. Air takkan menyebabkan urat kembang. Atau becak kat vagina. Tu momokan yang tak logik. Sudahlah tu. Jangan dengar cakap mereka yang suruh minum air dengan sudu. Air pun air herba apa entah. Tu mendera namanya! Nak suruh mak-mak ni dehidrasi agaknya! 4. Sihat dalaman tu adalah mitos yang saya tak faham. Apa maksud? Rahim kecut sendiri secara normalnya dalam masa 4 ke 6 minggu lepas bersalin. Tak payah nak buat apa-apa. Jamu dan maajun semua tu adalah produk sampah yang dijaja untuk menjatuhkan maruah wanita. Tak ambil kononnya nanti peranakan jatuh, buncit abdomen, faraj longgar, semua tu hanyalah mitos yang meletakkan wanita semata-mata sebagai objek seksual lelaki. Untuk mengelakkan tombong. Senaman Kegel. Habis cerita. Silakan bangun berjalan dan bergerak masa dalam pantang. Terbaring saja tu meninggikan risiko darah beku di kaki. Darah beku di kaki yang terserpih dan masuk ke saluran darah pulmonari adalah salah satu sebab kematian mak dalam pantang. Jangan bagi banyak alasan. Buatlah kerja rumah tu selagi mampu. 5. Belajar tentang perubahan fizikal pada diri yang berlaku. Sekiranya ada simptom seperti demam menggigil, pergilah ke klinik. Dapatkan nasihat doktor. Bukan panggil makcik bawang mana entah yang mulalah buat diagnosis sendiri. Dia tu tak sudah dok salahkan tak pantang padahal mak tu rupanya ada jangkitan kuman. Pandai dia dari doktor. 6. Berbengkung bukan untuk bagi abdomen kempis. Tu kena bersenam. Ianya hanya sebagai sokongan pada postur badan. Itu saja. Berpilis, tak mandi berhari-hari, sanggul rambut ketat-ketat dan tinggi-tinggi tu semua perkara sia-sia. Nak buat juga silakan lah. Tapi tulah busuk la kalau tak basuh rambut kan. Tak adanya air masuk ikut kepala, kulit kita ni bukan span nak serap air. 7. Suplemen lepas bersalin? Tak payah kecuali doktor yang bukan cap ayam nasihatkan. Set bersalin yang harga beratus RM? Tu lagilah tak payah. Sampah saja. Makanan yang lengkap nutrisi, segar dan cukup jumlahnya dah terbaik dah tu. Makanan yang asal takkan boleh diganti oleh pil, jus, kapsul atau seangkatan dengannya. Tak payah nak stres pasal berpantang ni. Hidup macam biasa dengan sedikit limitasi. Raikan kehadiran orang baru dalam keluarga kita. Abaikan segala tohmahan makcik bawang. Kita dah bertahun belajar sains kan, maka dah tiba masanya kita jadi bijak, cerdik dan pandai.
22week day2
Hai mommy.. Nk tny bila leh std scan jntina bby yer? Dkt area cheras @ yg berdekatan ada x? Dan harga yg ditawarkan xmhl sgt..?
GDM 21weeksday2
Sok jpe pakar permakanan..hrp dpt la ambil ilmu wlpn cpt lupa skg ni..sblom preggy kita join group permakanan da 3bulan pn tp bila preggy ni jd blur nk kawal mkn ? Pelupa 2 normal ke?
misi mncari tmpt bersalin ?
Assalammualaikum..hai mommy✌ Nak tny sape pnh bersalin dkt HUKM? Nk tny kos die mcm ne ye..tq❤
18weeks Day4
Harini bacaan gula 4.9 Tghri mkn nsi naik 11.1 Ptg mkn buah jambu 7.2 Mlm ni kul8 lak..
18weeks day1
Nak tny la mommy2 dlm ni..lengkuas tajam kex..boleh mkn ke..sbb teringin nk buat smbl tahun kna gna lengkuas byk..ke buat tp xyah mkn lengkuas 2..
10week 1st bby ✌
how to know pregnant boy @ girl
9week n my 1st bby
sy nk tny knp sy xde alahan seperti yg org pregg?sy cnsume Anmum utk thn skit lapa sgt sbb sy xde alahan selain naik selera mkn saja ?