Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Hospital

Hi Ibu-ibu semua! Anda rasa tak semasa mengandung ni, emosi macam tidak stabil? Ya kita tahu tu semua hormones mengandung kan, tapi pernah tak anda terfikir bagaimana nak kekalkan kesihatan mental semasa hamil? Atau pernah tak ibu rasa macam stres sangat sebab dah la tengah mengandung tapi banyak kerja di pejabat? Rasa seperti suami pun tak faham apa kita tengah alami? Tapi kesian dia asyik kena tempias dengan ketidakstabilan kita. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang tips untuk kekal kesihatan mental semasa mengandung dan cara untuk mengatasi stres dan kemurungan bersama Dr Fairuz Nazri bt Abd Rahman, MBChB (Glasgow), DrPsych (UKM), AdvMChAdolPsych (UKM) Associate Professor Consultant Child & Adolescent Psychiatrist Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit in UKM Children's Specialist Hospital, Psychiatry Department pada 26 September 2022, hari Isnin. Penting tau ibu-ibu untuk kekal positif semasa hamil, kerana ia dapat memberi kesan pada kandungan kita. Jangan lepaskan ATE kali ini! *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Hospital
33 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Mengandung dengan pelbagai risk dan komplikasi kali ni, di uji kesihatan juga yang tak menentu. Jaga anak2 lain yang sedang aktif. Saya tak dapat lari dari stress dan rasa down yg teramat.

2y trước

Buat sekadar yang boleh. Mungkin bertemu pakar dan mendapatkan rujukan kesihatan mental dapat membantu dan meringankan beban stress puan.

dr. sye mengandung ada kencing manis dan darah tggi saya insulin siang 18 3x...malam sekali 20. selepas insulin kenapa perut saya rasa tak sedap dan sebu shj.

2y trước

Waalaikumussalam, mohon maaf ini bukan bidang saya dan sebaiknya ditanyakan kepada pakar endokrin.

salam dktor.. sy bru 2week lbih la pregnant, tp ari nie kuar mcm drah haid DA ka normal @ sy kna pegi klnik periksa.. tiba2 wt sy rasa tkut dktor..

Influencer của TAP

Salam Dr Fairuz Bagaimana ingin mengatasi stress semasa hamil dan semasa berpantang? Boleh doc beri cara untuk mengawal emosi? Terima kasih

Đọc thêm
2y trước

Waalaikumussalam. Ada beberapa cara relaksasi seperti deep breathing, progressive muscular relaxation dan imagery yang mungkin sesuai untuk puan. Buat kerja setakat yang terdaya sahaja, kita tidak boleh mencapai kesempurnaan dalam semua perkara. Mengawal emosi juga suatu kemahiran yang mengambil masa untuk dipupuk, umpamanya mengenali dan menerima diri sendiri, tidak perlu mengubah orang lain, respond dan bukan react dan macam-macam lagi. Banyakkan praktis dan jangan berputus asa jika membuat kesilapan.

Salam nak tanye klo kite batuk ketika hamil boleh ke kite makan ubat batuk or gula-2 batuk tuh ?? Mohon penjelasan doc🙂

assalamu alaikum doc.. sy mengandung 5 mggu.. tp tiada alahan kcuali rsa penat dan mengantuk yg teramat.. normal ka?

2y trước

Waalaikumussalam, keadaan mengandung memerlukan banyak tenaga dan rehat jadi merasa penat dan mengantuk itu perkara normal. Dapatkan tidur yang secukupnya kerana bila sudah bersalin nanti kita tidak akan cukup tidur dibuatnya dengan kerenah baby

assalamualaikum.. waktu bila sesuai utk buka buku pink. maksudnye berape minggu? terima kasih

salam sejahtera doktor bagaimana kita nak menenangkan diri sendiri apabila kita dah mulai stress?

2y trước

Waalaikumussalam. Ada beberapa cara relaksasi seperti deep breathing, progressive muscular relaxation dan imagery yang mungkin sesuai untuk puan. Buat kerja setakat yang terdaya sahaja, kita tidak boleh mencapai kesempurnaan dalam semua perkara.

halo..nak tnya,knpa sya ada kluar mcm drah coklat ? sya bru 26week

2y trước

Waalaikumussalam, mohon maaf ini bukan bidang saya dan sebaiknya ditanyakan kepada pakar obstetrik

Salam Dr FAIRUZ, apa symptoms yang kira post natal depression?

2y trước

Terima kasih pada yg menyoal dan jawapan