HB makin rendahh tak naik2
Salam semua, saya dari awal2 pregnant HB sya mmg rendah. Bacaan 10.6 masa permulaan buka buku. Skg sy dah 16w, saya dah tukar 2-3 kali ubat iron sbb tak masuk. Skg sy makan iberet & ubat ni je okay dgn sy sebab sy tak muntah. Tapi kelmarin sy baru je dari klinik check darah & HB saya makin turun sampai 9.6 dah sekarang😭😭😭😭 sy betul2 buntu taktau laa mcm mna. Sy tak pernah skip makan ubat, sy makan awal pagi masa bangun tido & jarakkan slma 2 jam baru makan . Sy ada minum jugak susu utk ibu hamil - similac mom & sy rsa sesuai sebab bantu masalah sembelit saya . Cuma sy tak pasti kenapa HB saya makin turun😢😢 risau jugak ni .. bantu sy sbb sy first mom sy taktau sgt 🙏🙏#SeriusTanya #ingintahu #firstmom
Ada doctor India tu bgtau. Tips kalau makan ubat tambah darah. Sebelum makan ubat dan selepas makan ubat jangan minum apa2 produk Susu. Sbb yg tu lambatkan penyerapan ubat tambah darah. kena jarakkan at least 2-3 jam sblum ambil ubat dengan selepas ambil ubat. Produk yg mmgandungi susu je kena jarakkan. Paling senang, makan ubat sebelum tido, at least 2-3 jam sebelum tido. minum dgn air oren boleh. Banykkan makan sayur. Cuba tgok dekat TT tips makan ubat tambah darah. sya ikut doctor tu je, smpai sekarang Hb ok dulu 12 sekarang 13. Sya smpai sekarang tkda minum apa2 susu. Kalau perlu calcium, boleh makan vitamin calcium .
Đọc thêmhai saya pun hb low dari anak first ,skrg tgah preg yg ke3 , hb dalam 9-10 mcmtu, tp masa preg yg 1st n 2nd lg teruk tak pernah sampai 9😅 baru ni 2w bturut saya amalkn kurma paling kurang 3biji sehari ,selalunya lebih ,lepastu masa app alhmdulillah naik 11, ubat pulak maltofer 3biji sehari (yg lain takleh masuk) so nurse ckp teruskn je mkn kurma tu sebb takda gdm, so kalau puan takda gdm boleh la try,, kena makan setiap pagi org ptg, jgn malam, saya masa 7m penah jugak drip cosmofer, naik 11 pastu drop smula😂 saya doakan moga urusan ibu2 semua dalam ni dipermudahkan hingga hari kelahiran nti😍
Đọc thêmSaya pun HB kejap naik kejap drop tapi awak jangan risau , mungkin pemakanan kita yang membuatkan HB kita drop dan berat badan tak naik, saya kalau checkup HB low berat tak naik nurse bising jugak , nurse suggest saya makan makanan yang boleh naikkan HB macam buah delima atau boleh minum susu ibu mengandung , saya try minum susu anmum materna alhamdulilah Dari minggu ke minggu checkup bacaan HB saya cantik berat pun Naik ,awak boleh lah try minum susu anmum materna dan jangan risau susu anmum materna ni tiada gula tambahan
Đọc thêmsy mmg ada masalah hb low dr awal pregnant sampai skrg. skrg sy trimester ketiga. dh check x ada thalesmia. akak2 sy pun masalah sama tiap kali pregnant. hb low. hb sy x pernah lebih 11 sepanjang mengandung. mkn mcm2 dh. jus delima,kerang,daging,ikan,air limau. skrg sy mkn iberet 2 biji sekali dgn vit c utk bantu serap iberet tu. hb still x lebih 11 tp baby sy x kecil. besar elok normal ikut graph. jadi dr ckp x apa lah. asalkan baby membesar sihat. sbb x tahu nk buat apa lagi dah.
Đọc thêmSy dr awal pregnant, hb mmg low. Mcm2 dah mkn, hb tetap tak naik. Zincofer makan tak boleh, mkn maltofer 3biji sekali mkn pun tetap tak naik. Tak penah naik sampai 11 pun. Dok main 9 ke 10 mcm tu jela. Doctor suspect thalasemia, cuma belum confirm. Tgh tggu result dna analysia. Haritu sbb dah rendah sgt, sy kena drip cosmofer. Sampai skang 36week, hb sy tetap maintain gitu 10lebih tak naik2. Sy pun sampai malas dah nak makan ubat. 😂
Đọc thêmSis ada anemia / thalasemia ke? Kalau ada, mmg biasanya bacaan dia lebih kurg gitu je. Janji bacaan hb tu tak di bawah 9, tu dah kira ok.. Mcm saya yg mmg thalasemia carrier ni, doc nasihatkan amek iberet sebelah mlm sebelum tidur instead of pagi. Mmg iberet tu je yg sesuai utk ibu thalasemia sbb kndungan iron dia tinggi. Dlm masa yg sama, boleh amalkan jus oren & makanan yg tinggi iron juga. Take care ye sis, jgn stress2. ☺️
Đọc thêmMasa anak first HB sy pun 9 je bila masuk 5 bulan. Tapi alhamdulillah last2 okay. Second preg ni sy selalu minum fresh orange n telur ayam n telur puyuh. Tak sure la sbb tu ke. Alhamdulillah HB sy maintain atas 11. Bahaya HB rendah ni. Akak ipar kata dia syak anak sulung autistic sbb HB dia rendah sgt masa lahirkan anak dia. Wallahualam. Kalau boleh jaga semua betul2. Semoga dapat elakkan benda2 tak elok drpd anak kita.
Đọc thêmHye, sy pun sme, mse bukak buku pink hb tinggi 12.9 tp smpai 2nd trimester hb mkin trun 11.3 nurse selalu bising. Dia kata cra pemakanan mungkin xbtul itu sbb trun. Sbb sy suka mnum teh. Sis ada mnum teh or bnda2 berkafein x? Nurse nasihat kn sy mkn buah betik nd jambu batu utk naikkn hb. So mari la sme2 kita cube naikkn hb kita. Stress jga hb rndah sbb kita risau kn ank dlm kandungan.
Đọc thêmHai sis , saya pun mula2 hb 18 pastu masuk 16w turun ke 10.7 , then sy tukar cara makan ubat dari KK , zincofer makan sebelum tidur dan makan jambu batu , sekarang da 30w, checkup naik ke 14.2 . Takda amalkan apa2 makanan lain selain jambu batu , tk tahu la kalau sbb itu membantu tp mmg skrg xambil sebarang caffein .
Đọc thêmCuba mkn buah naga (half) dgn kurma (at least 2 biji) sehari..susu low fat 2 gelas sehari. sy amalkan ni,hb sy dr 9 naik ke 11 ke atas. dulu selalu kena bebel dgn nurse.. lepas tu terus bagus dah result. sis try InShaaAllah.. buah naga tu nnt anak lahir bibir anak akan jd kemerahan cantik sgt