Sesi Tanya Pakar Bersama Ms Simranjit Kaur, Pantai Hospital Cheras

Hi Ibu-ibu di TAP! Saya tahu ramai di antara anda yang keliru dengan cara untuk banyakkan susu badan. Ada juga yang tidak pasti sama ada nak “direct-feeding” ataupun “exclusive-pumping” kan? Selain itu, ada juga yang ingin tahu bahawa antara kedua-dua ni mana lebih elok? Atau perlu buat kedua-duanya sekali? Terutamanya kepada yang baru menjadi ibu, rasa sedih apabila susu-drop walaupun dah cuba macam-macam cara. Ibu - ibu sekalian, teknik penyusuan susu ibu amat penting untuk kita pelajari supaya kita tidak mudah putus asa. Jika anda ingin tahu cara untuk banyakkan susu badan dan adakah lebih elok untuk “direct-feeding” atau “exclusive-pumping”, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanyakan semua persoalan anda bersama Ms. Simranjit Kaur, International Board of Certified Lactation Consultant (IBCLC) dari Pantai Hospital Cheras pada 14 Disember 2022, hari Rabu. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Ms Simranjit Kaur, Pantai Hospital Cheras
37 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

hai ms, saya nak tanya , saya dah pump susu banyak dalam peti tu . kenapa susu yang dah pump 10 hari lepas bila panas kan baby macam tak berminat nak minum . kalau yang pump pagi tu beri dia minum okay je dia isap . adakah baby demand nak yang fresh je tak suka yang lama 😅 . . 2. kalau susu foremilk dan hindmilk bercampur dalam 1 pack susu yang disimpan boleh buat baby kenyang tak kalau hindmilk lebih banyak dari foremilk . sebb jadi kebiasaan saya pagi2 breast bengkak . baru nak pump susu ..

Đọc thêm
2y trước

2) Dont worry about foremilk and hindmilk. Should be enough for baby

hi doc. saya ada masalah kurang air susu badan. baby baru lahir, dia menyusu sampai 3 jam tak puas² lagi. saya terpaksa beli susu formula untuk cover air susu badan yg tak cukup. sekarang anak dah nak masuk sebulan, saya masih beri susu badan dan susu formula secara selang seli. macam mana caranya saya boleh banyakkan susu badan ya? saya nak stop susu formula. tapi bila pam tak dapat sampai 1oz. dah beri susu badan setiap malam, tapi masih tak cukup.

Đọc thêm
2y trước

Hi Puan, Puan kena latch on demand. Bilamasa puan bagi formula, Puan pump. Biar badan faham yang Puan still nak susu. Lebih banyak kali Puan kosongkan breast, lagi cepat badan faham untuk lebihkan susu. Ini ialah step pertama dan paling penting. Demand and supply. Then Puan minum air 2-3 Liter/sehari, try power pumping, positive mindset, try milk producing food Macam oats, nuts, fish, spinach, Milo, fennel seed etc

Hai Doc nak tanya saya selalu menyusukan bayi saya berumur 5 bulan direct feed tapi baru2 ni masa cucuk 4 bulan berat baby x naik sampai 1kg saya ada tanya Doc di KK perlu ke campur susu tepung tapi Doc cakapbx perlu sebab berat bayi saya naik 700gm cuma x cukup 1kg. Dan Doc pesan utk saya teruskan penyusuan bayi... Boleh x saya nak tahu kenapa ye berat badan bayi saya x naik walaupun saya exclusive bf... Atau pemakanan saya yg x seimbang ye... Mohon pencerahan Doc

Đọc thêm

Hai puan .. nak tanya ap supplement/Vitc yg sesuai utk anak sy yaa ? Anak sering kali masuk hospital sebab berjangkit dgn spupunya dan bdx2 lain di taska .. stiap kali msuk hosp mesti anak kne same je radang paru2 .. bile kena ank batuk teruk dan mcm sesak nafas smpai dadanya berlekuk .. ada x pape penyelesai yg boleh sy bntu immuun smule bdn anak sy spye xsakit2 daa ? Trutama skli kne lg pnyakit virus ny ..

Đọc thêm

Doc, saya nak tanya.. bayi saya ada masalah tongue tie.. jadi susah dia nak menyusu.. bibir atas akan masuk ke dalam.. saya dah refer dengan doktor, mereka kata tunggu bayi umur sebulan barulah mereka boleh proceed gunting tongue tie dia.. jadi persoalan saya, macam mana saya nak atasi masalah penyusuan pada bayi saya yg mengalami masalah tongue tie sebelum pakar proceed utk gunting tongue tie dia?

Đọc thêm

Hello Ms. Saya mengalami masalah oversupply sejak bayi masih newborn. Baby direct feeding and menyusu ikut demand. Sekarang bayi sudah berumur 9 bulan. Baru2 ni bayi selsema dan sukar menyusu menyebabkan breast saya bengkak dan berlaku clogged duct dan sangat menyakitkan sehingga saya demam. Bagaimana untuk mengurangkan penghasilan susu. Saya tak pump dan hanya menyusu ikut demand bayi sahaja.

Đọc thêm

boleh beri guideline cara untu start menyusu once dah bersalin step by step? from skin to skin, marmet, direct feeding, brp lama kena pam each or both breast, tuam with thermal pad, level pam or stimulation mode yg patut diguna masa mula mengepam in case dipisahkan dgn baby dulu slps bersalin etc. tq

Đọc thêm
2y trước

Yes betul. Marmet je first few days

Hi Ms.. nak tnya, mmg bila anak dh umur 10months ke atas, susu kita akan drop ke? Sy rasa anak sy skrg minum dlm 5oz utk waktu pagi n bila petang dlm 3.5oz to 4oz. Kadang2 kalau pump bila waktu petang, dpt sikit je. Around 3oz utk both breast. Normal ke Ms? And anak sy refuse susu formula. Sy dh try byk kan bagi dia makan but still depends pada mood dia.. tq Ms

Đọc thêm
2y trước

Ok baik. Tqvm Ms ☺️

Hai doc nak tanya, macam mana nak ajar anak back to bottle ya? Masa 20hari pertama dia dah nyusu botol, lepastu saya df pulak sebab dia kerap nyusu tak sempat nak pump. And now dia asyik tolak je botol. Keliru puting agaknya. Ni skg Dah try biar dia tak menyusu supaya terima botol tapi tak sampai hati. kadang hulur botol tapi dia uwek uwek pulak. Risau tengok

Đọc thêm
Thành viên VIP

Hi, weekdays (waktu bekerja) saya akan pam dlm 2-3 jam sekali, weekend atau cuti sy direct feeding sahaja. Tetapi, pada hari pertama bekerja selepas weekend atau cuti, bila sy pam akan dpt sedikit shj. hari kedua dan seterusnya lebih byk. so soalan sy, mana lebih bagus dari segi pengeluaran susu, direct feed atau pam?

Đọc thêm
2y trước

Direct feed of course ade advantage compared to pumping Sebab ia follow demand baby and badan pun faham antibody, vitamin ape yang baby perlu and will produce accordingly.