Sesi Tanya Pakar Bersama Ms Simranjit Kaur, Pantai Hospital Cheras

Hi Ibu-ibu di TAP! Saya tahu ramai di antara anda yang keliru dengan cara untuk banyakkan susu badan. Ada juga yang tidak pasti sama ada nak “direct-feeding” ataupun “exclusive-pumping” kan? Selain itu, ada juga yang ingin tahu bahawa antara kedua-dua ni mana lebih elok? Atau perlu buat kedua-duanya sekali? Terutamanya kepada yang baru menjadi ibu, rasa sedih apabila susu-drop walaupun dah cuba macam-macam cara. Ibu - ibu sekalian, teknik penyusuan susu ibu amat penting untuk kita pelajari supaya kita tidak mudah putus asa. Jika anda ingin tahu cara untuk banyakkan susu badan dan adakah lebih elok untuk “direct-feeding” atau “exclusive-pumping”, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanyakan semua persoalan anda bersama Ms. Simranjit Kaur, International Board of Certified Lactation Consultant (IBCLC) dari Pantai Hospital Cheras pada 14 Disember 2022, hari Rabu. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Ms Simranjit Kaur, Pantai Hospital Cheras
37 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Hi doctor mcm ne nk tau susu ibu cukup dan byk sbb kdg2 sy pam 1 breast dpt 1.5 - 2oz (usually 50ml). adakah pengeluaran susu secara pam n direct berbeza? adakah susu yg dibekukan akn berubah rasa n khasiat? sebab ank sy tidak gemar minum susu yg dibekukan tetapi bila susu fresh baru pam dia minum ok

Đọc thêm
2y trước

Hi, 1) direct biasanye baby boleh keluarkan lebih banyak susu compared to pump. Asalkan berat badan baby naik, wet diapers cukup, then baby cukup susu 2)susu beku rasanya akan lain, Macam metallic taste so that’s why some babies reject. Puan boleh Cuba mix dgn fresh milk and offer baby. Next time Puan terus freeze selepas pump, then rasa dia kurang metallic taste. Metallic taste tu sebab enzyme reaction.

Anak sy tak nak direct-feeding. Mcm2 cara ajar dia tetap taknak. Jadinya sy pum utk bg anak susu, sekali pam mmg boleh dpt 10-12 oz. Bila 3 minggu berpantang, sy kene bengkak susu sampai demam. Susu terus drop. Mcm mana cara sy nak pam lagi bnykkn susu tp tak bg anak dieect feeding?

2y trước

Hi, Kalau Puan nak pump untuk lebihkan susu boleh. Kerapkan pump 2-3 jam sekali. Power pumping. Try 1-2 minggu. Bila puan demam, breast pun “Tak sihat” so susu akan drop tapi bila Puan dah baik, kerapkan pump untuk signal body Puan nak lebihkan susu.

hi ms, baby sy 1 bulan 11 hari. saya bagu susu fm dgn susu badan, tapi skrg dia tak nak df dgn saya. kalau pump dapat 2oz je utk nak bagi baby. kalau bagi dlm botol dia ok.. df feeding dia akan menangis atau melawan.. kena buat cara mcm mana ye sbb ni first baby.

Hai ms, sy direct feed baby sejak lahir. Skrg dh hr ke-50 baby. Sy sering perasan baby cpt tersedak kalo nyusu la miss. Lps tu kdg baby nyusu ngamuk². Nk kata susu xde. Kdg sampai basah baju or bengkak breast sy. Sy pam susu kalo breast dh bengkak tp x selalu.

hi doc, susu badan saya sangt kurang awal2 beranak, so terpaksa topup susu formula , and currently baby saya dh xnk bf, dia banyak minum botol, so when dia bnyak mnum botol, susu saya makin drop eventho dh pump, apakah cara utk bgi baby back kpda bf ?

2y trước

okay, fham doc..thanks

Tempoh menyusu ideal bagi bayi lelaki 3 bln berapa lama? kerana ank sy menyusu 10mnt je.. normal ke? ank sy xbngun malam utk menyusu adakah akn menjejaskan pembesaran bayi? tidak menyusu dr 12pg smpi 6pg adakah akn menjejaskan penghasilan susu?

😴😴😴😴😴😴👯👯👯👯👯👯👱👯👯👯👯💇💇💇💇💇💇💆💇💇💇💇💇💇💇💇💇💇💇💇👱👱👱👱👱👱👱💆👼👼👼💆💆💆💂💂

Post reply image

Hi doctor, sya nk tnya..normal ke baby xbrapa pandai latch on nipple..kdg2 senang sya sumbat je trus dia dpt sedut..kdg2 dia sedut terkluar balik...dan klo sya cuba sumbat..melalak dia cm kne dera...

2y trước

huhu, tq doctor

hai doc..saya nak tanya..jika kita pernah lahirkan anak pramatang..adakah besar kemungkinan..bila kita mengandung untuk kali kedua n seterusnya akan berlaku juga lahir bayi pramatang??

hi.. saya nak tanya 1)untuk baby 3bulan brp oz untuk sehari baby kena minum ya if beri susu pump? 2)pada waktu bila yang paling sesuai pump susu untuk mendapatkan hasil yang banyak?

2y trước

terima kasih doc