Merancang baby 1st

Hye mommy sya baru dpt bby yg prtama. Hari tu p kk, nurse tnya sma ada sya nak mrancang sndiri. Sya jwb ya, nak mrancng sndiri. And then nurse ckp ok mcm tu je. Mmg mcm tu je ka?

12 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Hari ini chek nak bagi pesanan kepada semua suami-suami. Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘tarik keluar dan pancut di luar’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 500 orang isteri akan mengandung juga. Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘kondom’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 360 orang isteri akan mengandung juga. Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘pil perancang keluarga’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 180 orang isteri akan mengandung juga. Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘suntikan depo-provera setiap 3 bulan’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 120 orang isteri akan mengandung juga. Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘alat di dalam rahim intrauterine contraceptive device atau IUCD’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 16 orang isteri akan mengandung juga. Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘Alat di dalam rahim berhormon atau Intrauterine system atau IUS’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 4 orang isteri akan mengandung juga. Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘susuk implant’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 1 orang isteri saja mengandung. Jadi hari ini, chek nak anda semua fikirkan dan berbincang dengan isteri masing-masing, jika anda mengandung esok, adakah isteri anda akan menangis dan datang mencari saya untuk meminta menggugurkan kandungan atau adakah anda akan redha dan terima kehamilan itu? Kemudian chek nak anda semua ambil tahu apakah kaedah merancang keluarga yang anda dan isteri sedang gunakan sekarang. Anda juga perlu tahu, menggugurkan kandungan itu bukan kaedah merancang keluarga, tetapi membunuh anak. Jadi, jika anda rasa anda dan isteri belum bersedia untuk hamil esok, dan akan menangis-nangis mencari doktor untuk permintaan menggugurkan kandungan, chek nak nasihatkan cuba usahakan kaedah merancang keluarga yang paling berkesan hari ini. Anda juga perlu tahu, selagi isteri anda belum menopos dan masih lagi ada haid, maka masih boleh mengandung, walaupun usia sudah mencecah 40-an. Umur 44 tahun tu, kebanyakan wanita belum menopos lagi tau. Bila tiada haid selama 12 bulan untuk wanita berumur 50 tahun ke atas, baru boleh kata dah menopos dan boleh berhenti kaedah merancang keluarga. Bila tiada haid selama 24 bulan untuk wanita dibawah umur 50 tahun, baru boleh kata dah menopos dan boleh berhenti kaedah merancang keluarga. Secara purata, usia menopos ialah 51 tahun. Jika tak pasti dah menopos atau tidak, sila berjumpa dengan doktor, toksah tanya kat sini tau, pasai chek tak balik rumah semalam sampai pukul 3 pagi dan dapat balik rumah 5 jam saja, laa ni kena start kerja dah, chek tak boleh duduk kat dalam media sosial untuk menjawab apa-apa sebab kerja doktor yang REAL hat kerja hospital tau, bukan doktor virtual. Merancang keluarga itu lebih baik dari menggugurkan, dari segi kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan emosi isteri anda. Jangan lupa, menggugurkan kandungan itu haram kecuali jika ada masalah perubatan tetapi menggunakan kaedah menrancang keluarga itu harus. Sila baca di link ini https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1847-irsyad-al-fatwa-ke-146-hukum-merancang-keluarga-kerana-berpendapatan-rendah Jadi chek nak anda semua pikiaq hari ni, bincang bersama isteri anda hari ni, dan jadilah suami yang penyayang. Sekian, terimakasih Prof Dr Imelda Balchin Pakar Obstetrics & Gynaecology Ingat tau, toksah tanya soalan di ruang komen, chek nak buat dua Shirodkar cerclage hari ini untuk ibu-ibu hamil yang datang menangis kat chek sebab pernah kehilangan anak sebab pernah terbersalin terlalu pramatang. Chek sebuk. Chek ada banyak kerja menyelamatkan kandungan.

Đọc thêm
1y trước

most wc🥰. saya suka baca posting dr page fb doctor imelda. bnyk ilmu doctor share yg boleh buka mata kita😁

saya mula2 pun nak merancang sendiri sbb husband tak setuju saya amik pil atau apa2. tapi saya refer ibu mertua dan dia pun amik pil perancang. saya tanya nurse kesan sampingan utk semua perancang yg ada. saya bincang dgn husband & dia izinkan saya utk buat keputusan nak amik atau tak. saya kuat utk amik pil sbb saya takut nak inject 3 bulan sekali kat bontot 😅 kalau sis yakin nak merancang sendiri boleh je. mcm saya ni, masih ngeri mengingatkan pengalaman bersalin haritu. maklumlah baru first time 😆 so kalau boleh mmg nak kuatkan diri, pulihkan badan betul2 untuk second pregnancy.

Đọc thêm
1y trước

makan pil okay je sis, cuma kena konsisten makan hari2 tak boleh miss. mcm saya set alarm jadi hari2 pada waktu sama sebelum tidur saya makan pil. so far alhamdulillah okay je and saya dah period after sebulan bersalin.

maybe nurse dah tepu dah kot nak explain 🤭🤭 penah dgr dkat wad doc pakar tanya ibu sorang tu nak rancang mcm mna, dia jwb rancang sendiri. lepas tu doc tu cakap, "okey tapi make sure sy xnampak muka awk dlm tempoh 2 tahun ni " ibu ni muda lg,lepas tu koyak teruk. rancang sendiri bkn sekadar buang luar. si isteri kena paham bab cycle period & hari2 subur, si suami pun sama kena belajar & kena tau wlaupun lepas luar benih tetap boleh terkeluar awl sebelum air mani kluar. pendek kata rancang sendiri kena ada ilmu. tu belum lg suami yg bg janji pelesu 🤭🤭

Đọc thêm

Apa yg awak expect nurse akan ckp? nk suruh merayu untuk ambik perancang lain ke? nnt kalau nurse tu suruh ambik perancang lain ckp pula nurse tu mcm paksa2 pula ambik perancang padahal tuan badan dah ckp nk merancang sendiri.. ckp nurse x faham pula... mmg mcm tu je lah sbb awak pun dah decide kn nk merancang sendiri. awak aware yg awak sendiri nk merancang sendiri... tu yg nurse senyap je lpas tu.

Đọc thêm
1y trước

Misyah K nurse yg jaga awak, die akan sebelum kita bersalin mesti die ada terangkan dulu lpas bersalin nk pakai perancang apa... nurse awak ada terangkan x? even sebelum discharge pun doktor di hospital ada tanya juga pasal perancang keluarga nie...

nk merancang sndri blh.. tp perlu kerjasama yg sgt kuat antara awak dan suami..buat double protection spt pancut luar atau kondom tp itu pun x menjamin jgk x lekat sbb ada jgk kes lekat.. dan awak waktu sedap jgn diam je tny terus suami dh nk buang ke dh buang belum.. lpstu track hari subur awak guna opk.. misi x blh pksa tp itu atas badan masing2..mereka hanya nasihat shj sbb risau kesihatan dan mental ibu..

Đọc thêm
1y trước

btul sis ckp ni

ye sye pun mcm tu.. kt umah pnye la rsau klu nurse marah ke ape.. tp xde la.. cuma nye ble da bgtw nk mrancg sendri tu, nurse cuma nasihatkn utk rancg btol2, gap skurg-kurg nye 2 thn utk dalaman btol2 pulih.. mcm tu je la

awak kalau nak tau pasal kaedah merancang ni. awak follow fb doctor imelda balchin pakar o&g. doctor ada share info utk follower dia. cuma jgn pergi tanya dkt page doctor je. dia xrawat patient dia secara maya☺️

Nurse akan senyaplah sbb tuan badan sendiri kata nk merancang sendiri. Atau pun awak cuba tanya nurse, selain merancang sendiri apa kaedah yg selamat boleh menjarakkan hamil. Nanti dia akan terang satu persatu

Nurse takkan cakap apa dah kalau nk rancang sendiri, tapi sy bila jumpa doc dia explain nak rancang sendiri macam mna, pkai condom jenis nipis tebal 🤭explain jugak perancang pil semua tu..

Ok je nak merancang sendiri pun.. kakak ipar ngn akak sy pun merancang sendiri takde nya nak amik2 ape perancang.. elok je ni dah bertahun tak pregnant pun lagi😅😅 Amik perancang pun belom tentu…

1y trước

tu sbb dorang cakna ttg merancang sendiri. bersama luar waktu subur/pakai kondom/buang luar. kita ni taktau lg. sbb tu wujudnya alat merancang. sekurang2 nya kita dah usaha, tp andai Allah mmg nk bg, pakai la alat apa pun mmg akan ada juga. bezanya kita ada ikhtiar/tak.