Harini pam 3oz sebelah dan rasa nak pengsan dah
Haritu pam 2.5oz baby mengamuk macam tak cukup kenyang, harini lepas sahur saya pam 3oz pun sama baby mengamuk macam nak lagi susu.. Tapi saya taknak dah pam lebih daripada tu sebab tu je paling banyak breast saya hasilkan huhu Jadi saya tenangkan baby gitu je sampai dia tertidur Jadi lepas ni kena letak 3oz la dalam botol 😭😭 fuh pengsan mengepam lepas ni hhhaha Kena hasilkan at least 20oz la ni sehari.. ya rabbi 😭😵💫
Baby saya pun umur 2 bulan. Saya belum start pump hanya DF setiap 2 jam. Tapi just nak sharing, saya pernah letak milk collector jenis sarung dlm bra tu kat breast yg keluar banyak susu. Bila saya breastfeed sebelah , susu yang keluar dari breast yg saya sarungkan milk collector boleh cecah 2/3oz secara natural tanpa kena pump manual/elektrik. Saya amalkan makan Oats, Barley, Kurma, Delima, buah-buahan 3-6 jenis setiap hari mcm kurma, pisang, oren, mangga, delima, tembikai. Sayur-sayuran pun saya selalu ambil kangkung dan bayam. Saya xpernah ambil tablet atau supplemen milk booster. Hanya real food. Sis boleh baca di Google how to increase milk production. Ada banyak cara. Semoga dapat ilmu yang bermanfaat dan membantu sis.
Đọc thêmBaby umur berapa? Sis kena check banyak faktor. Mungkin baby tengah mental leap/ growth spurt. Biasanya baby akan minum berapa oz? Kalau baby mengamuk lepas susu / kaki tendang2 mungkin dia mintak nak disendawakan. Kalau mengamuk lagi, mungkin nak susu atau dia mintak ditidurkan. Max baby berjaga utk baby 2m 90minit. Kalau dah lebih timing tu memang dia akan mengamuk bagi la susu ke apa ke dia nak mintak tido je sebenarnya. Sis epmom ke? susukan baby guna botol? Bagi susu guna botol dengan cara paced feeding baru baby akan menyusu dengan lebih lama dan kenyang. Sis follow ig/tiktok nadmasrom, bestnyamenyusu, nyusoo insyaAllah sis akan dapat ilmu2 penyusuan kat situ. InsyaAllah semua ok sis
Đọc thêmBetul awak. Sebab bila kita df, otak kita dah send signal dekat breast berapa banyak baby menyusu, so amount yang awak pump tu adalah normal kalau dapat total dua2 belah 2-3oz per pumping session. Sebab banyak tu je baby awak perlukan susu. InsyaAllah baby awak boleh minum kat taska nnti. Paling lambat, 2weeks sebelum masuk kerja train baby minum botol. Start sehari skli botol, pastu df. Pastu next day kerapkan bagi botol utk biasakan dia. Boleh cuba send taska seminggu awal sblm awak masuk keje utk biasakan baby dgn tmpat baru. Boleh try send halfday dulu tengok baby slowly terima. InsyaAllah sis. Semoga dipermudahkan ya ❤️ jgn stress2 boleh jadi punca susu drop
Makan kekacang sis.. Kacang, sayur, susu, oat, tu semua milk booster. Sy makan kacang memang banyak susu keluar, lepastu air kosong jdkan air kegemaran lg la banyak, bila menyusu ni air memang kena banyak minum, lg satu banyakkan direct feed dengan baby, kadang dia nagis bukan sebab lapar sangat, sebab dia nak mengempeng dengan ibu ja, anak sulung sy pun macam tu juga dulu, masa pantang tu nak ibu dakap ja, bukan sebab lapar, sebab baby dah biasa duduk dalam rahim kita yg sempit, jadi dia ambil masa untuk biasakan diri dengan dunia luar rahim yg luas.
Đọc thêmSaya mmg df.. cuma lepas raya ni saya akan masuk kerja dan tengah train dia guna botol.. mula-mula ok je guna botol tapi tiba-tiba seminggu dua ni dia dah kenal puting botol dia takmau hisap 😅 Bila dapat guna botol saya bagi slow2 mula2 1oz, 2oz sebab nak tengok dia ok ke tak.. 3oz pun dia mengamuk jugak.. tapi saya tak df dah saya terus peluk dia nak burp dan dia pun tertidur macam tu..
u kena ubah mindset . kena trust and yakin u mampu feed ank u. yakin susu u banyak and boleh follow demand baby. untung tau ur baby pandai latch . ada setengah ibu susu kering baby tak pandai isap and mcm2 lagi masalah nk susukan anak. 1st time saya baca kisah mcm ni. pendapat sy la kan sis pikir balik dalam2 sis sbenarnya ok ke tak ok bf anak klu tak ok maybe sis pertimbangkan jela formula. normal bg sy baby 2month feeding 3oz.
Đọc thêmSaya ada niat nak guna formula untuk jadi bekalan ke taska just in case saya tak dapat pump 18oz 😢 Dia pernah minum formula masa dia kena kuning.. kerap juga saya bagi sebab dia ok je minum botol masa tu..
sis bley cri blek post lme2.. kt situ rmi share cara nk bykkn susu bdn & kaedah pnyusuan yg btol..
banyakkan minum air. ibu perlu nutrien yang cukup juga
Tq sis.. maybe sebab puasa kot saya jadi extra penat pula bila pam 😩
confirmkan nangis tu betul ke nak susu lagi?
🤭🤭 yeke.. patutla baby menguis baju haha tapi saya tak bagi la tadi.. saya abaikan amukan tu terus tepuk2 bagi burp, sampai dia tertidur 😅 Kalau saya kerap pam siang hari memang rasa tak larat dan mengantuk sepanjang hari huhu
Ada hand expressed ke lepas pam?
Ada byk sebab tu sis. Mungkin sebab dia nak mengempeng bukan sebab tak kenyang. Tapi mungkin juga dia demand tinggi tapi awk tak pam frequently buat susu cukup2 makan je. Ni kalau exclussive pumping lah. Try powerpumping sehari sekali ikut masa convenient awk, tgk ada changes tak k. Jgn stress2 ya. And hand expressed setiap kali pam ya.
umur baby?
2 bulan sis
Usia baby?
2 bulan sis