Baby berat line kuning

Hai semua. Saya nak kongsi kesedihan saya hari ni. Baby saya 3bulan check up hari ni. Berat nya masih line kuning😥. Berat lahir - 2.7kg 1 bulan - 3.2kg 2 bulan - 3.8kg 3 bulan - 4.3kg. Baby pernah jaundice selama sebulan. Masa tu beratnya drop jadi 2.5kg. Baby DF, tak nak botol langsung. Dh cuba bagi tapi tak nak jugak. Then saya redho jela bagi je DF. Baby minum susu per sesi 7-8min. Pastu tido 2/3 jam baru bangun menyusu. Kadang saya pump dulu susu awalan (foremilk) tu buang, then baru bagi baby DF, dgn harapan dia hisap hind milk lebih supaya cepat naik berat. Tapi sekarang masih lagi masalah berat. Saya dah makan banyak, protein lebih, karbo pun lebih, sayur lebih. Mmg tak fikir nak diet ape lagi. Fikir nk bagi susu ni cukup zat je. Saya ada minum susu, air kurma merah + longan. Susu saya pekat je. Tapi sebab baby minum setakat tu je. Tak tahu nak bagi dia minum banyak macam mana lagi. Baby aktif. Ukuran fizikal normal. Berat je masalah. Ada tak ibu2 kat sini sama situasi macam saya? Saya cuma taknak stress fikir je sbb takut susu drop. Saya cuba positif fikir mungkin genetik nye jenis tubuh kecik. Sekarang saya cuba ikhtiar bagi vitamin appeton baby drops. Harapnya semua jadi normal laa.. Saya cuma malas dah nk banyak kali refer doc. Penat nak menunggu lama dekat klinik lagi. Doc kadang cakap benda sama je. Semoga baik baik sahaja utk next month check up... 🙂 #bantujawab #SeriusTanya #Sharing_dong_Bund #bantusharing

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

anak sy lahir 2.5kg, masa umur 3hari 2.39kg, kuning sebulan jgk. 1m 3.8kg, 2m 4.92kg, 3m 5.88kg fully direct bf takde pam2 buang2 pun dan anak minum tak pernah lebih 10min per sesi pn. pagi2 7am duk depan pintu rumah tengok langit, jaga jadual tidur jadual jaga, masa jaga kerapkan tummy time bg anak buat aktiviti, time tidur kat bilik tutup lampu

Đọc thêm
4mo trước

Baik.. Terima kasih.. Saya cuba buat rutin duk luar rumah pagi pagi... ❤️

Influencer của TAP

Jika direct feeding sepenuhnya, better tak perlu pam. Memang sekejap sangat ya baby df 7-8 minit? Masa jaga dia selang berapa jam menyusu? Kerapkan penyusuan susu ibu pada jam 9pm ke 4am sebab nutrien terbaik susu ibu pada waktu tu. Bawa anak jalan2 kena cahaya matahari pagi utk dapatkan Vitamin D daripada cahaya matahari.

Đọc thêm
4mo trước

Misi cakap perlu 10min ke atas utk dpt kan susu hind milk tu. Tapi berak baby setakat ni wane kuning je. Org kata kalau berak najis wane hijau tu maksudnya baby minum foremilk je. Jadi saya assume baby dapat je susu hind milk tu. Malam pun baby menyusu je cuma itu lah, sekadar 7-8min. Saya x tahu dah nk explain dekat misi macam mana bila cakap baby susu 7-8min je. Dah itu je yg baby nk minum. Takkan nak paksa lagi minum kan. Kalau dia dah kenyang, tido lena je. Aktif je. So kira okay jela kan. Hm entah laa.. Baik.. Saya cuba bawak baby keluar awal pagi utk dapatkan vitamin D tu. Terima kasih ❤️