luka jahitan
Hai mommy .. Kita baru masuk hari ke 3 berpantang .. Nak tanya , kenapa jahitan berdenyut ye ? Jahitan ok tp berdenyut tu tak boleh bawak bincang . Lepas tu sakit berdenyut kat rahim mcm contractions jugak tp kejap je .. Rasanya sakit rahim nak mengecut .. Ni pun harap makan ubat tahan sakit hosp bagi je ni .. Ada x cara lain nak kurangkan denyut . Sy cuma makan roti kering , air kosong , nasik dan daging goreng kunyit je ..
Kalau sakit mcm senggugut tu org kedah kata rengat. Normal...rajin tungku nnti ok la. Kalau sy xtahan sgt, sy mkn ubat tahan skit yg hospital bg tu. Tp kalau boleh tahan lg...sy xmkn ubat. Berdenyut kat tmpat jahit tu sy xpnh rasa. Tp kdg2 rasa xselesa, mak sy kata isi nk cantum. Asalkan jga baik2..insya allah ok.
Đọc thêmCuba sis stop makan daging, slalunya org2 dulu kalau pantang, dorang makan nasi panas2, ikan panggang . Daging/ayam lepas 3,4 minggu baru sentuh. Utk rahim pulak, selalu bertungku sis, start dari bahagian paha naik ke atas. Tapak kaki pon bertungku jugak utk elak angin masuk. Sejuk.
Luka jahitan tu normal rasa sakit awal2. Just makan panadol doktor bagi utk tahan sakit. Untuk elak jangkitan kuman, basuh luka dengan air garam and letak ubat kuning. Make sure luka kering baru pakai panty.
Kalau kita menyusu anak..memang lg terasa rahim tu mengecut..tempat luka tu baik basuh ngan air suam..lap kering n letak ubt luka warna kuning tu..n jaga kebersihan diri..insyaallah akan makin sembuh nanti
Minum kopi dapat membantu proses pengecutan rahmi. Mungkin daging tu buat puan sakit. Cuba makan benda lain. Dulu saya makan ikan blis, sawi dgn nasi je dlu. Dah 4 minggu baru ayam daging
Rahim nk mengecut tu sis.sy penah hadap jugakk sakit tu...xboleh bawa bincang sakit nye bile dtg.lg2 bile tgh BF kan baby susu..adoiiii
Rahim nak mengecut... tuam sentiasa bg lancarkan darah kotor
Mkn oren byk2 + jus oren sunquick utk cepat luka baik
Masa rahim nak mengecut memang rasa berdenyut?
Bersalin normal ke czer?