Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
mommy of 4
Baby kurang gerak
Now ramai yang rasa baby kurang gerak. Kalau kita rasa was2...better xyahla puasa. Check ank tu gerak atau x. Kalau lepas kita makan, rehat anak still xgerak, cepat2la g check ya. Katil sebelah saya ni baby da 34w da. Dia rasa bby kurang gerak dan perut mengeras pd malamnya. Tp dia abaikan ja dan g check esok. Sampai PAC...doc kata heartbeat dah xda. So kena paksa bersalin. Allah...sdihnya dgr dia cerita. Tapi alhamdulillah kuat mama ni...dia senyum ja. Semoga mama tersebut akan memperoleh rezeki yang lain. Aminn...
Ada susu vs Xda susu (sharing)
Last week sy admit wad sebab high contraction+sakit. So doc nk observe jela takot betul2 bersalin. Last2 contraction da makin kurang. Alhamdulillah boleh discharge. Tapi tu bukan apa yang sy nak share... Ceritanya gini...ada mummy tepi sy ni baru lepas bersalin. Anak no3. Tp katanya dia memang xda susu kalau awal2. So biasanya dia akan balik mengurut baru ada susu. Yang kesiannya si baby nangis xbrenti...sampai serak suara baby. ?? Nurse mmng xkan bg saja2 fm dan agak galakkan mummy utk try hard bf. Si emak pon try bf tp mmng baby xkan kenyang sbb xda...even a drop. Lastnya around 3am (baby nangis teruk dr 10pm)...sy cakapla try slow talk dgn nurse, sian baby nangis xbrenti. So lastnya nurse mai bawak susu utk baby dan finally baby tido kekenyangan. Alhamdulillah... Conclusion...for me, better bawak sikit susu fm kalau mmng pngalaman sblum2 ni xda susu. Ksian baby...sy mmng fully support bf. Tp dalam kes ni, ksian kat bby tu. Alhamdulillah sy jenis ada susu lepas deliver. Rezeki baby.. Mummy ada pengalaman gini ka? Jom share
34week 1day
Baby gerak tapi slow... Kebetulan harini ada checkup kk, so inform doc kk. Doc kk terus refer PAC. Buat ctg bby mcm tido ja...so, warded la kita. Harap esok boleh balik...Rindu ank2 kt rumah. Plus ibu mami x sedia lagi nk bersalin. Mentally and physically... Ada yang 34w dah bersalin ka? Disebabkan PKP ni asben xboleh masuk pon kalau bersalin. Nak anta barang tadi pon mak guard yg anto kan..dengan sunyinya wad. scary pulak rasanya...
it is boy or gurl?
It is boy or gurl? Sapa gambar scan dia macam sy
MGTT (sharing)
KENAPA KENA MINUM AIR GULA? TAK MENGANDUNG PUN KENA MINUM? Ramai rupanya yang salah faham tentang kenapa kena minum air gula atau disebut sebagai Glucose Test Tolerances. Masa mengandung disebut MGTT (Modified Glucose Test Tolerance). Ada yang ingat disebabkan kena minum air gula tu lah yang kena kencing manis tu sebab airnya manis bebenor. Nope! Salah sama sekali. Tidak tepat. Anda perlu faham yang nak kena kencing manis tahap dua atau semasa mengandung ni mengambil masa bertahun tahun lamanya untuk terjadi. Ini berlaku akibat organ pankreas tidak dapat lagi menghasilkan insulin yang cukup untuk memproses paras gula dalam badan. Sebab itu kalau minum air gula tu tak adanya terus dapat kencing manis, melainkan sudah ada kencing manis tapi tak tahu? Kencing manis jenis satu pula boleh terus tahu semasa kecil lagi kerana organ bernama pankreas memang sudah ada masalah untuk proses insulin. Jadi, paras insulin memang lahir lahir saja dah rendah. Ok, boleh faham, kan?? Jadi kenapa kena ada ujian minum air gula yang bluwerkkk tak sedap ni? Untuk menguji organ pankreas kita. Kenapa kena uji? Untuk pastikan yang kita memang tak ada kencing manis. Kenapa nak kena tahu sangat ada kencing manis atau tak ni? Sebab pentinglah untuk kesihatan anda. Jika mengandung, lebih penting kerana ianya melibatkan janin di dalam rahim anda juga. Masa mengandung, jika ada kencing manis, risiko untuk bayi meninggal, bayi terlalu besar, bayi tidak sihat, bayi pramatang, risiko bayi mendapat kencing manis selepas dilahirkan, ibu menjadi hipoglisemia dan risiko ibu mendapat darah tinggi atau eclampsia semasa dan selepas mengandung. Sebab itu, bila umur sudah lebih 25 tahun, ada sejarah keluarga terdekat yang ada kencing manis, pernah kena kencing manis untuk kandungan sebelum itu, berat naik banyak perlu minum air gula untuk kita pantau kesihatan ibu tadi. Kasihan janin untuk ibu yang ada kencing manis sebab organ pankreas dia sendiri juga diperlukan untuk membantu menurunkan paras gula dalam darah ibu dia. Akibatnya organ pankreas janin itu yang terjejas akibat ‘overwork’. Ok, mari kita fahamkan apa berlaku bila minum air gula. Sama sahaja konsep samada mengandung atau tidak. Kita akan disuruh puasa sekurang kurangnya 8 jam sebelum itu. Datang klinik, ambil darah semasa puasa. Kemudian terus minum air gula. Misi akan bancuh air gula berkepekatan 75g. Habiskan dan rehat. Lepas dua jam, darah akan diambil sekali lagi. Kenapa dua jam? Kerana jika organ pankreas anda masih normal, sepatutnya ianya boleh menghasilkan insulin untuk memastikan paras gula dalam darah anda kekal normal. Semasa puasa, patutnya kena kurang 5.1 g/dl. Lepas dua jam, patutnya tidak lebih 7.8 g/dl. Ni untuk ibu mengandung. Untuk yang tak mengandung, Semasa puasa, patutnya kena kurang dari 6.0 g/dl. Lepas dua jam, patutnya tidak lebih 8.0 g/dl. Jika keputusan anda lebih dari yang disebut, anda sudah dikira ada kencing manis. Ada satu ujian lagi yang disebut sebagai hba1c akan dilakukan. Ujian ini adalah sebagai kawalan paras gula dalam badan selama 3 bulan. Jika lebih dari 6.5 g/dl bermakna kencing manis anda memang tidak terkawal. Haaa gitchewww? Jadi, boleh faham kan kenapa kena minum air gula untuk uji kencing manis? InshaAllah boleh dah kan? Ada yang kutuk, ‘Bengong doktor, nak uji orang ada kencing manis tapi suruh minum air gula. Mestilah jadi kencing manis. Saja nak juai ubat dia lettew’ Begitulah kata kata individu yang malas menggali ilmu tapi cuma tahu menghentam saja✌? Jangan begitu, setiap apa yang anda tidak tahu atau tidak faham, bertanyalah dahulu pada ahlinya ya. Nanti sendiri yang malu? Ok, marilah pergi cari breakfast. Jangan skip makan ok sebab bila skip, nanti akan makan lebih untuk next meal dan meninggikan risiko dapat gastrik kelak. Pstt : Dari takut air gula, lebih baik risau pengambilan gula seharian dalam makanan dan minuman. Hari hari tu? C&P Dr. Erna Nadia
26w 1day
Sakit mengeras aka brintox hicks Kadang2 risau takut terbesalin awal. Baru [email protected] perut da makin ke bawah. Dengan kerap mengerasnya. Harap2la baby keluar bila sampai masanya. Bila orang tanya bila nk meletup...nmpak sarat. Lagi la kita risau...xcukup bulan baby nk keluar lg. Pastu boss2 pon mula la risau takut kita bersalin awal, soh cepat2 settle paper work semua sebelum terberanak. Huhu...sorry panjang berjela. Keep positif agar baby keluar bila cukup bulan. ??
Pengalaman anak pertama
Bila kita preggy dgn 1st baby...mesti macam2 kan perasaan kita. Lagi2 dekat nak due...terfikir sakit tu mcm mna, boleh ka bersalin normal, sakit x jahit, ni tanda nak bersalin ka, etc. Rasanya semua ibu akan fikir dan rasa benda sama kan...sebab sy gitu ? Now anak 1st da 6yr da. Nak dpt yg no 4 pulak insya allah mei ni.. My 1st experience... Masa perut 37w+, sy admit wad sbb baby kurang gerak+mild contraction. Bukaan 1cm. Doc suggest untuk induce sbb da cukup bulan. Tapi saya yang xnak dan sanggup sain surat utk tanggung risiko sbb xnak bersalin di pulau. Nak balik alor star jugak. Pg discharge, tgh hari naik feri balik darat dan serah diri kat hsb. Tp hsb kata xperlu admit sebab xda sakit yg kuat even bukaan da 2cm dan ada discharge darah. Doc kata kalau sakit, pecah ketuban baru dtg balik. Ok ja...balik kg sambung jalan2 cari mkn. Seminggu kat kg tanpa sakit yg teruk atau pecah ketuban ( 38w+). Malam tu sakit pinggang yg amat2 sbb siangnya p tolong kenduri rumah tok. Admit tp bukaan masih 2cm. Esok paginya x sakit da. Hahaha...siap boleh tolong jaga baby jiran kiri kanan. Hari kedua admit doc kata esoknya boleh discharge kalau xda sakit yg kuat atau pecah ketuban. Malam tu sembang2 ngan suruh baby keluar sbb esoknya asben kena balik pulau kalau xbersalin jugak. Cuti kebajikan 3hari ja. Asben pon pujuk2 baby. Pkul 12.30 mlm sy terjaga sbb mcm terkejut mcm ada bnda meletup. Dahla dduk bilik sorang...seram pulak tiba2. Bila nk g tndas baru perasan kain basah dan ada darah banyak. Baru terfikir agaknya ketuban pecah kot. Jalan slow2 p kaunter inform dkat nurse n nurse inform doc. Boleh doc tu kata awatla jadi time sy on duty. Geram ja rasa..? Doc check n sahkan mmng air ketuban. So dia suruh balik bilik, kalau sakit makin kuat inform balik. Pkul 3pg sy xboleh nk tdo sbb sakit sgt. Doc suruh nurse ccuk ubat thn sakit kt montot. Terus sy boleh tido. Lali xsedaq apa. Esok pagi asben mai bawak bfast dan tolong mandikan sbb sy lali kesan ubat. Asben balik, sy tido lg. Sedar2 tgk doc pakar mai round suruh bawak g labour room sbb bukaan da 4cm. Dan sy masih lg lali dgn ubat. Haha... Masuk lr pkul 1.30. Sempat jumpa mak ayah tapi xboleh nk cakap apa2...masih lali x rasa sakit. Pkul 2 mcm tu baru sedar dan rasa sakit sgt2...siap mntak doc czer sbb xtahan sakit (mmng jns xtahan sakit). Pkul 4.30ptg sy rasa nk meneran. Doc xbg lg teran sbb xfull lg. Tp sbb xtahan rasa nk meneran tu...sy teran ja. Last2 doc check semula da full dia kata ok da boleh teran. 4.45 mcm tu baby boy sy lahir. Alhamdulillah...Masa tu serik rasa nk bersalin lg. Last2 dia 8m, da lekat anak kedua.huhu??
Share tips
Hye mums... Baru2 ni ada sorang kawan yang baru ja deliver baby yang super duper comel... Anak kelima. Tapi yang bestnya dari anak ketiga dia bersalin xkoyak dan xjahit. Anak 1st dan 2nd koyak jugak. Dia kata masa nak bersalin ank ketiga ni...ada nurse ni ajar masa nak teran tu asben ampu belakang badan kita. So tiap kali bersalin asben dia akan buat gitu. Bukan ampu sikit2...memang asben dia akan naik katil tu ampu belakang. Baby dia semua besar2 gak...pling besar no4 4kg. Kot nak try tip ni, try la ?
Masa dalam Labour Room asben sempat teman ke x?
Saya 3kali bersalin, anak 1st ja asben teman. Yang 2nd &3rd xsempat teman. Masa anak 2nd, nurse nk tolak dlm lb, kol asben byk kali xdpt. Yg smpat inform mak ayah ja. Padahal dia ada ja kat hospital tu. Msk lb xsmpai 15mnt, sy da bersalin. Dia masuk p iqamat ja kat baby. Baby 3rd pon sama. Kita da sakit tunggu turn p lb, dia boleh p kedai nk beli kurma katanya. Sy msk lb terus bersalin. Dia msk iqamat jugak. Kita plan nak dia teman, tapi Allah plan cantik lg. No 4 mi xtaula camana pulak ?
Berpantang sendiri...my experience
Last year sy berpantang anak ketiga sendri dengan suami. Anak 1st &2nd pantang rumah mak sendiri. Sebabnya...suami nak try jaga sendri. Lagipun dah anak ketiga...so kita ok jela kan. Amaran, sharing ni panjang ? My rutin: Pagi -bangun awal sebelum baby bangun dan mandi. Kalau masa kita bangun baby jaga, susukan siap2. Baby awal2 ni selalu bangun sbb lapar ja. Pakai siap2 segala produk pantang yg kita dah beli tu (rugi xguna). - Bfast siap2 jangan biar perut masuk angin. Biasa pg sy bfast biskut dgn air kopi/milo. Smbil kita bfast tu, suami siap2kan anak 1st,2nd,3rd (anak jarak rapat2, so mmang kena urus). Then angkut semua g kk utk check kuning and check kita. Tgh/hari - lunch makan nasi, suami masak lauk yg sama kita dgn dia. Pastikan makan nasi panas2 bukan yg dah sejuk. Sambil tunggu dia masak, mak2 sila lah bertungku. Anak2 suami yg urus. Kita jaga baby ja (mmng suami kena take over utk bg time kita rehat). Petang - sy akan makan sebelum maghrib, smbil tunggu suami masak, kita mandi and mandi baby jugak. - Baju asben akan letak dalam mesin sebelum g klinik pagi tu. Lepas blik klinik dia akan sidai. Lipat sy buat smbil duduk. Rumah sepah kita kena pejam mata ja. Asben pon kdg2 xsempat nk buat semua. Kemas2 sikit sy buat, menyapu awal pantang sy xbuat. Kena banyak give and take. Kdg2 asben mandikan anak, kita siapkan anak. Penat tp selesa lg pantang sendri ? Tu pengalaman sy...kalau ada pertanyaan/sharing, just drop dekat bawah. Good luck mummy...selamat berpantang P/s: Next year baby no 4th is coming, insya allah pantang sendri jugak