Over supply susu dan kesan pump susu
Hai mommy , boleh share x akibat over supply susus badan. Dan kesan pump susu dri anak lahir sehingga besar ( mksud sy x pernah direct feeding) Bagi kesan dkat payudara ka ? Boleh share x mommy
boleh baca penerangan dr lactation counselor puan nadmasrom ni. OVERSUPPLY Soalan ni banyak ditanya akhir-akhir ni. Dalam masa ada ibu-ibu yang risau susu sedikit, ada juga ibu yang tak selesa dengan oversupply. Apa itu oversupply? Satu keadaan di mana penghasilan susu melebihi keperluan bayi. Biasanya berlaku bila ibu sudah mula memerah secara berlebihan dalam pantang dan ibu tak pasti hala tuju 'memerah' itu sendiri. Biasanya oversupply ni untuk mengurangkannya sebaiknya dapatkan kaunseling bersama kaunselor dahulu. Bukan apa, kerana ada ibu yang main guna sahaja tips nak kurangkan masalah oversupply, end up merana pula dengan masalah blocked duct yang terus sampai ada yang perlu menghadap mastitis. Sisi gelap oversupply ni ramai orang tak cerita ya. Yang pernah menanggung sahaja tahu bagaimana rasanya. Tips ni tidak terpakai kepada semua orang kerana ada ibu yang oversupply dan ada blocked duct juga. Namun ada beberapa langkah yang ibu boleh lakukan untuk mengurangkan masalah oversupply ini dengan selamat. 1. Teknik marmet Jika ibu masih dalam pantang dan memerah susu, cuba gantikan sesi perahan menggunakan pam dengan perahan tangan (marmet). Lakukan sehingga breast rasa lembut. Kenapa tak perlu guna pam? Sebab bila pam biasanya akan ambil masa yang lama dan akan menghasilkan permintaan yang tinggi pada penghasilan susu. 2. Pendekkan masa memerah Jika ibu tak mahir memerah dengan tangan dan sudah terbiasa pam susu, pendekkan masa memerah secara berkala. Contoh selalunya memerah 30 minit, pendekkan kepada 20 minit. Lepas dah selesa, pendekkan kepada 15 minit sehinggalah ibu rasa dah tak perlu perah lagi. Buat secara berkala ya, jangan drastik sangat. Sampai ibu rasa berbeza sedikit dari sebelumnya. Mungkin ambil masa 1-2 hari. 3. Kurangkan sesi memerah. Sebaiknya buat teknik pendekkan masa secara berkala itu dulu. Baru kurangkan sesi memerah dalam sehari. 4. Block feeding Teknik ini sebaiknya dilakukan dengan bimbingan kaunselor kerana bimbang jika ibu alami saluran susu tersumbat. Teknik ini dilakukn dengan menyusukan bayi menggunakan breast yang sama untuk 2-3 sesi penyusuan. Kemudian barulah ditukar dan diulang semula kepada payudara sebelah lagi. Tujuannya adalah untuk meningkatkan hormon penghalang susu (feedback inhibitor lactation hormone) pada payudara dan mengurangkan penghasilan susu. 5. Tuam sejuk payudara Tuam sejuk bila ibu rasa tak selesa dan cuba marmet sehingga lega bila payudara terasa cepat penuh. Semoga bermanfaat. Nad Masrom Kaunselor Laktasi
Đọc thêm