Anak susah tidur dalam kereta

Hai mommies, anak saya susah tidur dalam kereta. Dah sleep train tidur bawah pun mengamuk. Nak berbuai jugak. Dulu okay la juga pagi-pagi tidur bawah. Frust betul la ada anak susah tidur ni. Seronok tengok anak orang lain berdukung pun boleh tidur. Anak saya berdodoi x nak, berpeluk, tepuk-tepuk pun x nak bila tidur. Dalam kereta x nak tidur sampai stress la kami suami isteri dengar dia melalak 🥲. Agak-agak umur berapa baru okay ye? Nak jugak bercuti macam orang lain 😅. Baby dah 7 bulan. Ni bercuti lagi serabut jadinya dengar dia mengamuk.

12 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

sabar ye ibu, proses jadi ibu mcm ni lah, bukan mudah, sbb tu Allah letakkan syurga tu di telapak kaki ibu, bygkan besar mana rahmat tu sampaikan syurga bawah telepak kaki ibu, ibu stress baby lg stress, masuj group kt fb baby language situ ade pakar yg boleh explain cara nk ajar sleep training, ajar cara mcm mana nak pisah kan baby dgn buai etc, mcm ibu baby dah 7month memang dah ptot sgt pisah buai, patot dr umur 4month lg, bila makin besar baby ni makin cerdik, makin pandai demand tau, sy anak yg sulung dlu xberbuai tp memang susahhh sgt nak tdo kan dia sejenis yg nak tdo tu suka berangan lama sampai ngamok, memang kuat tahan mata 😂, mujur sy follow sleep training masa dia 5month syukur boleh tdo but with bantuan, ade baby perlukan bantuan ade yg xperlu yg tu ibu kene tahu dlu anak jenis yg mana k, ank sy yg no 2 ni 4month tgh dlm fasa sleep training, syukur yg ni mudah ajar tido, kdg boleh tdo sendiri asalkan perut kenyang, pampers bersih n xover tired or over stimulate, tp bila nampak abah dia je meragam jugak sbb nk bermanje dgn abah dia, nk tdo sambil berdukung berjalan 🤣🤣, baby no 2 sy ni pulak dok dlm kete xmudah tdo xmcm yg sulung asal masuk kete je lena lama pulak tu, yg no 2 dah lama berjalan baru dia tdo tu pon xlama nt bgn lah dia, dok dlm carseat pon mcm tu 😅, setiap anak lain² kerenah nye, raikan oky ibu, jauhi sifat suka banding kan anak² xelok utk mental growth nt 😊

Đọc thêm

sis ada cuba letak dalam carseat tk? cuba sis letak dalam tu mana tahu dia okay. sbb carseat ni even nmpk mcm stable kalau bawa kereta pun still terasa bergoyang dia. permulaan cuba sisi bawa anak jalan naik kereta dalam kawasan perumahan dulu tgk dia macam mana. agak dh okay bawa jaub sikit ke shopping mall ke. or pantai ke atau balik kampung ke. inshaa allah mesti okay. bila nak naik kereta tu sis cuba berborak dengan anak bagitahu kita nak naik kereta buai tkde. ada carseat je. anak ibu jgn nangis2 ye nak berjalan nnt.. mana tahu bila sis ckp macam tu tiap kali nak kluar dia akam faham dn cuba adapt dengan suasan baru tu heheh. sbb ank sedara saya pun mcm tu juga tkleh nak tidur kalau tkde buai tpi kakak sedara saya biarkan je dia nangis smbil bgitahu kt kereta tkleh nk buai kena duduk kt carseat je.. kalau nak buai kena turun dulu. baru anak dia faham lelama okay dah.. heheh kit kena biasakn bagitahu apa yg kita nak buat kt ank ni bru dia boleh adapt

Đọc thêm

My baby mcam tu , masa newrborn smpai la 3 bulan lebih asyik nk tido berbuai je , klau bawak keluar dia nk tido jenuh ngamuk2 , dukung mcam mna pon tk mau lena , selalu jgak sya bandingkn2 dngn ank kawan2 saya , strunggle nya saya masa tu nk tidokan buai , sya smpai fikir knapa la ank sya tk senang mcam anak org lain , tpi bila dipikirkan balik sya tk bole nk bandingkn dengan anak kawan , semua baby tk sma. Saya cuba ajar dia tido bawah tpi masih struggle , hari2 saya ckp dngn ank sya walaupon dia tk pham, pujuk anak saya supaya jadi ank yg menyenangkn ibu ayah . Smpai ada la satu hari tu sya cuba bgi dia tido tnpa buai just tepuk2 mnja bontot dia Alhamdulillah senang je tido , sekarng bawak p mna pon senang , saya bawak dia g pasaraya boh dlam stroller tau2 lena ja , sabar ye mommy innsyaAllah anak tu bole diajar . Kita yg kena bersabar

Đọc thêm

Dah biasa tidur buai mmg cmtu sis. Saya tk pernah letak ank dlm buai. Mmg susah sikit mula2 tu sbb anak nk berdukung, nk tidur tk boleh tinggal anak… tp sampai umur dye 2 bln je… Dlm kereta kalau g dekat2 biasa saya dukung je kalau jauh baru masuk carseat. Alhamdulillah kalau masuk je carseat dye ngntuk dye akan tidur sendiri… mmg sakit telinga anak tak berhenti nangis sama lah mcm saya jgk tp nak ajar anak kecik ni mmg kena banyak sabar lg2 benda yg dye dh biasa kan… make sure sblm masuk carseat pampers bersih, kenyang, then ok. Kalau nangis try pujuk2 gitu je lah tkyh agkt. Bagi mainan ke utk tarik perhatian dye. Kena biasakan lah. Nnti penat dye tidur sndiri…

Đọc thêm

kita ni bila org dok banding anak kita dgn anak org, kita sentap kita terasa kita rasa mcm kita not a good mom. tp kita sendiri pun dok banding anak kita. anak ni berbeza2. ada yg jenis senang, ada jenis high demand. sis sendiri boleh bezakan & tgk anak sis yg mana. tak baik la awal2 mcmni dah merungut. lgpun baby 7 bulan nak pi bercuti tu kesian sama la kt baby. kena tgk situasi baru, kena adapt dgn tempat baru. baby punya sense bukan mcm kita. tunggu la anak besar sikit. anak dah reti berjalan, reti makan baru bawak jalan masa tu pun dia dah faham yg kita nak bawak dia jalan. dah ada anak ni mmg kita kena berkorban sikit. kejap je fasa ni pun haa

Đọc thêm
2y trước

sebab orang kata kena biasakan anak jalan-jalan dari kecik baru dia okay. tu yang saya nak cuba tapi dia jadi mengamuk pulak dah 😥.

Ni lah sbb sampai skrg saya tak bagi buai kt anak… mmg la org kata susah nk buat keje lah apa semua, tp susah masa memula je, lama2 bila dye boleh tidur sendiri tu kita lg senang sebenarnye. Nk g memana tak risau buai… ada tu dkt tktok saya tgk masuk wad pn mak2 terpaksa buat buai sndiri utk anak 🥹 apa2 pn puan kena start ajar anak slow2 lah. Kena biasakan dye naik kereta… weekend ajak dye jalan2 naik kereta. Lama2 dye biasa InshaaAllah. Anak saya pn bukan jenis mudah jgk, teriak jgk , tp kita kena sabar la layan kerenah dye time baby gini… bg masa ya puan

Đọc thêm

sama je mcm baby sy 7m now.. kuat ngempeng+buai.. tgh nk train tido tnpa buai, xde buai ok dah tp klau tido bwah mesti nak mngempeng.. lpastu kerap terjaga plak tu, kdg 6 kali bangun waktu mlm,. xtahulah salahnye tang mana, pdahal nap siang ckup je.. dah try 3 hari sleep train, x mahu lansung, pantang letak atas katil terus menangis.. siangnya melayan baby separation anxiety pulak.. hmmm kdg stress sgt, mujur husb faham, dy tlong tgok wktu mlm.

Đọc thêm
2y trước

allahu akbar, sy igt sy sorang je yg baby mcm tu.. kdg rasa burn out sgt.. sbb dah besar pun susah nk tidur mlm lg..

Sis biasa kan dia dgn buaian?? Kalau sy lebih suka tidur kan dia dalam baby cot ja sis🙂🙂jgn biasa kn dgn buaian sbb akn jd mcm ni,,pengalaman sy kan tiga org ank,,yg sukung mmng buai jelah,,ank kedua sy buai dn biasa kn juga tdur d bawah,ank no3 sekejap je tdur dalam buai sbb dia xmau heheh,,mmng xelok buai ni sbb akn menyusahkan diri sdri bila d tpt org atau kemana2 sbb bby akn cari

Đọc thêm
Influencer của TAP

Hai mommy. Kalau anak dah memanjang biasa dengan buaian tak kisah umur berapa pun memang ambil masa nak tidur bila takda buaian. Cuba mommy train anak tidur kat katil. Tapi mommy kena tidur sekali permulaan nya. Nanti lama² okay anak boleh tidur tanpa buaian. Tapi kena latih sedikit demi sedikit

kalau saya dh train ank dr umur 1bulan lagi , siang tidur buai bila malam tidur atas katil dia . Mula2 taknak mana juga tapi bila dh lama tu dh okay . sis cuba train slow2 , Insyaallah nanti lama2 mane tahu dia okay .