Saya buntu sangat dah

Hai ada sapa2 tak ada cara nak berhenti menyusu anak saya dah 2 tahun 1 bulan dah and saya nk bersalin 16/6 NH saya dah try letak asam jawa dekat puting tak jadi and anak saya menagis memang teruk masa saya letak asam jawa tu. Ada tak petua lain saya dah buntu sangt da..

9 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

note : tak kecam ye.. nak wean off patut dari early pregnancy lagi dah mula.bukan minggu dpan nak bersalin,minggu ni baru mula. nak stop kena slowly sampai la ank rela hati stop. klau tak,esk2 dia tgk adik menyusu, dia pun nak.klau awk xbg maka mula la mcm2 drama & lg teruk dia akn dendam dgn adknya pulak. ikutkan bulan first kurangkan aktiviti penyusuan, klau susah sgt bleh tukar dgn botol. dlm hal ni mak&bapak kena ada kerjasama. dua2 kena explain slowly knpa dia perlu stop susu, alih perhatian dgn aktiviti lain. yg paling Penting mak&bapak tahan telinga bila dia nangis & tak mudah kesian. klau yg tu gagal,nanti awk sndri yg bakal stress. suami kisah apa, dia kluar p keje setel la masalah dia.

Đọc thêm

Pengalaman saya, anak 1st mmg sy ckp dr dia umur setahun lg kata nnt ckup 2 tahun dah xboleh minum,kena minum dekat botol. ulang setiap kali dia nak dan minum. kebetulan nk jd cerita sy mengandung dlm 2 bulan lps tu. jd sy terus zikir mcm tu sambil kurangkan kadar penyusuan dan bgi dia mknn lain kenyang². dia makin faham, dkt² nak bersalin sy cuba letak benda yg dia xsuka dan keraskan hati utk xbg dia minum sblm tdo. time ni dh ckup 2 tahun dh, bila kita nyakat dia mmg malu dh nk minum tp nak juga. bg botol susu, akhirnya saya berjaya bila sy bersalin dok hsptl 2 hari lbh. lps tu dia xmintak dh. support pasangan pun penting,klu x larat kita sorg nk kawal emosi kita lg,nk ingtkan dia lg,diri kita lg.

Đọc thêm

nak putus susu bukan harini buat harini berjaya. 1st puan kena pujuk dulu sebenarnya. ckp kt dia yg dia dah besar & tak boleh susu lg. jgn bg alasan adik nanti nk susu sbb dia akan fikir adik rampas susu dari dia. 2nd, mmg kena tahan hati & jgn bagi walau mcm mana dia minta pun. letak la asam jawa ke kunyit tu cuma sekali je. rasa tu dah hilang, dia akan mintak lg. & kena tegas jgn bg. kalau puan mengalah, dia akan rasa puan tak serius. 3rd, ulang letak benda tak sedap kt puting tu sampai dia mengalah & stop sendiri. puan tak byk masa dah. kena cepat2. sepatutnya puan try slowly stop susu masa awal mengandung lg supaya dia faham yg puan mengandung = kena stop susu.

Đọc thêm
2y trước

itu la dia botol susu tak nk terus saya cuma ajar dia minum dlm kotak. dia jarang sangat isap tapi time dia nk tidur sahaja dia cari

Nk wean off makan masa.. sy pun hritu start tahu pregnant mmg trus wean off sbb letih rasa.. sy letak Nescafé pekat2 sbbnya letak asam jawa lah limau lah tak jalan.. smnggu jugak bru tak mngempeng.. tp smnggu dua nk tdo Tu mmg akan mngamuk sbb x dapat tetek.. skrg dh okay just mintak hug je waktu nk tdo.. sy pun due bln 6 jgak.. Sbbnya dh cuba cara explain baik2 tak blh.. taknak terima jgak, so last solution letak Nescafé tu Ada jgak yg cakap letak getah batang bakawali.. pahit2 kelat gitu rasa dia.. kakak ipar sy pakai yg Tu je tp pyh cari

Đọc thêm

Pertama, hati ibu kena kental. Kedua, kurang jumlah penyusuan. Kalau biasanya menyusu 3 - 4 kali sehari, susukan anak sebelum tidur malam sahaja. Ketiga, minta suami tidurkan anak. Ibu tidur di bilik lain. Keempat, slow talk dengan anak hari2, setiap masa. Explain yang anak xboleh menyusu badan lagi. Ulang slow talk sampai anak berhenti menyusu badan. Ni cara sayalah.

Đọc thêm
2y trước

saya pernah juga try letak benda yg dia tak suka tp bertahan kejap je. end up dia cari juga. saya rasa yg paling berkesan puan tidur asing,biar dia tidur dgn ayah nya sambil ayah pujuk dan explain baik baik pd anak

cuba letak kopi atau garam. jiran2 bagi petua, tapi puan kena banyak komunikasi dengan anak dari hati ke hati. dan sepatutnya puan kena start awal masa first trimister lagi. memang anak akan meragam tapi lama lama dia sendiri akan sedar dan faham. hari hari kena pujuk dan letak macam2 untuk elak dia menyusu.

Đọc thêm
1y trước

terima kasih tips... anak saya dah tak menyusu dan

anak sy 29/5 ni dh 2 tahun. due date sy 16/8, sama jugak masih susu bdn. tapi susu bdn sy dh tk keluar. so apa nak jadi, jadi la 😂 dh penat try, tapi masih sama. anak pun kuat minum air putih, so tk risau sangat. yg risau, kalau mencari tu nnti 😂🤦cuba try letak peria, kot kot jadi

sepatutnya dah tahu pregnant,time tu la ajar dia putus susu..bukan dah nak bersalin baru nak ajar.jangan nak salah kan anak.salahkan diri sendiri sbb xnk gali ilmu

ade orng ltk myk cap kapak

1y trước

jgn merepeklah.. tau x bhan apa ada dlm myk cap kapak tu? ada kes kematian kanak2 melibatkan myk cap kapak. apa yg kita cadang kita kena bertanggungjawab, klau x nnti jenuh nak menunggu dkt akhirat.