Luah-luahan

Entahlah. Sy benci betul bila suami terlalu banggakan adik dia, pastu bandingkan sy dgn adik dia. Adik dia introvert, sy pun introvert. Dia pernah ckp kenapa adik dia boleh maju, kenapa sy tak boleh. Adik dia ada kereta, kerja mystep. Dulu pun sy kerja, tapi lepas kahwin ada anak, sy tak kerja. Kadang bila teringat ayat dia tu, rasa menyesal pula kahwin. Rasa lebih baik single ada kerja, ada duit sendiri, ada kereta sendiri, fokus majukan diri sendiri. Kadang tu juga rasa mcm sy ni tak dpt buat dia bangga dgn sy. Lepastu sy balas ckp dia, yala bangga sgt kau dgn adik kau sampai bandingkan dia dgn sy. Pastu dia ckp bukan dia bangga, tu dia bagi contoh. 😂. Manipulative. Dia ingat sy budak tadika kot. ☺️. Lagi satu nak luah, sy time pregnant takda rehat, lepas bersalin pun takda rehat. Bersalin ceaser. Bila dia p kerja, sy jaga baby & diri sendiri. Sampailah skrg baby dh 10bln, sy jaga sendiri. Badan sy sakit2, pergelangan sakit. Kdg bila seharian penat jaga baby, rumah tak terurus, masak tak sempat. Dia selalu ckp takpe, sy fhm. Tapi haritu gaduh, dia ckp, "Mungkin kau nak semua terhidang, kau tinggal makan je." dia nak ckp sy pemalas tak masak. 😂. Pastu sy cakap, "Kau nak sy hidang kau apa? Sy makan tgh hari pun takda, isi peti ais pun takda. Kdg sy tahan lapar, baby tidur, sy join tidur sbb tahan lapar." 🙂. Yup. Peti ais kmi selalu kosong. Makan pun bercatu. Kalau ada telur sebiji, daripada sy makan, lebih baik sy masak utk baby. Pastu dia ckp,"sy nak keluar buat grab part time pun kau larang." padahal dia yg malas keluar. Fyi, dia ada kerja tetap, grab dia buat part time. Tp tulah, dia kdg malas. Pastu nt dia ckp sy yg larang dia buat grab. Ada masa sy terlalu penat, dia balik rumah, dia nampak sy ada marah baby, pastu dia marah sy, ckp perangai sy teruk. 😂. Ada masa baby meragam teruk seharian, setiap kali masak, sambil dukung. Baby tak nak berenggang. Letak dlm walker nangis, masak sambil dukung. Kdg mmg tk sempat masak, badan dah 0% tenaga. Kdg sampai termarah baby, ibu nak masak, kalau ibu tk masak nt abah ckp ibu malas, ckp dgn baby sambil nangis2. Potong sayur, bawang, etc, sambil dukung baby. Dgn skrg dah sebulan lebih mesin basuh rosak, sy kena basuh kain guna tgn, bila baby tidur, sy curi2 masa basuh baju, bila dia terbangun, terpaksa letak dlm walker, biar dia nangis sambil sy laju2 siapkan kerja. G tandas pun kena buka pintu, sbb baby nangis cari sy. Mandi pun time dia tidur, kalau dia tak tidur, tak mandi lah sy. Cerita ketiga, haritu g rumah kak ipar, kt situ ada mil, time tu ada tetamu. Dia nampak mak dia penat, so dia nak stay situ lama sikit. Sy bgtahu sy dah tak selesa, nak balik rumah, dia ignore. Penat mak dia, dia nampak. Penat bini langsung tak nampak. Dahlah kalau family dia ckp buruk pasal sy dia tak pernah nak backup, alasan dia, dia bukan pemarah. 😂. Sy pernah ckp dgn dia, "Sy cakap kat mak ayah sy, kalau diorg ada benda yg tak puas hati, cakap dgn sy je, takyah cakap dgn suami sy. Takkan kau tak boleh buat mcm tu juga kat sy, sy boleh backup kau, kau tk blh backup sy." Pastu dia ckp apa kat sy? "Sy pun ada ckp dgn mak ayah sy kalau diorg ada benda terasa hati, ckp dgn sy je, takyah ckp kat isteri sy, tulah awak, selalu judge benda yg awk tak nampak." HAHAHAHHA, manipulative. Dia ingat sy bodoh. Sy cakap mcm tu, baru member nak ikut ckp mcm tu. Tu je lah nak cerita pun. Tq sudi baca. 🙂

9 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Hye sis…saya pernah lalui sama macam sis. Czer Jaga anak sorang2. Suami balik asyik nak rehat penat kerja katanya. Satu hari tu saya geram saya burn out rasa takleh control emosi saya tendang pintu sampi pecah pintu tuu… Saya mesej suami saya luah semua cakap saya takleh tanggung lagi semua ni sorang2, cakap kawen nak hidup sama2 tapi rasa macam hidup sorang2 rasa macam hamba orang gaji pon hujung bulan dapat gaji. Saya cakap saya nak balik kampung bawak anak2 nak balik rehat dikampung.. Petang tu suami balik kerja boleh pulak ada pulak masa untuk dia layan anak2 main dengan anak2, boleh ja lepas makan dia basuh pinggan sendiri, boleh ja dia lapkan meja, sapu sampah, mop lantai … Lepas2 tu dia bagi saya me time Panggil orang mengurut di rumah. P buat facial di spa. Bagi duit p shopping sendiri sementara anak p sekolah. Bagi duit beli baju dalam seluar dalam baru. Bawak makan kt restoran berputar masa bday saya.. Pernah dia ambik cuti bawak saya tengok wayang. Sekarang alhamdulillah dah okay nampak la sangat2 tanggungjawab seorang suami n ayah tuu… Alhamdulillah mungkin Allah dengar doa saya sama… Kita ibu ni kuat sebab anak2 jaa.. Fighting for your self sis… u deserves it!!!

Đọc thêm
9mo trước

Yeah.. Kuasa doa

sy pon penah gaduh mcm ni....suami selalu ckp Kau nak ape saja semua Kau dpt..Aku penat Cari duit Kau kat umah mengangkang je...sy penah mengamok skali..Kalo Rasa sy ni menyusahkan knp setuju kahwin dgn sy???knp setuju nak melamar sy?knp setuju nak lafaz Aku terima nikahnya Nama sy??knp?? sblm kahwin sy dah ckp sy ni xda harta xda duit xda apa² Pon knp awk setuju nak jadikan sy isteri??Di diam je masa tu..sy teresak2 dah masa Tu memg dah luar kawalan sy sungguhla..kdg² sy xmtk apa² Pon...xpenah mtk..tapi tula bila dia bg dia ungkit sakit hati sungguhla...😂tapi skrg dia dh okay la mgkn selalu sy DOA semoga allah lembutkan hati suami selalu.... Alhamdulillah skrg xda dah gaduh mcm selalu..apa² xpuas hati sy memg Terus terang...ckp depan² Terus...masa Tu jugak Dia Akan mtk maaf or terlepas pandang ke or apa² saja...sy doakan semoga Allah permudahkan segala urusan sis Dan anak sis...sis sorg ibu yg kuat and hebat..🥰🥰😊

Đọc thêm
9mo trước

Setuju... DOA ❤️

hmm cmna ya nk sedarkan suami cmni 🤔 tp alasan by alasan dia mmg nmpk disitu kurang bertanggungjawab, xtau priority (anak isteri dulu baru ibu), mengabaikan nafkah isteri. Berdosa besar tu. Cubalah share video2 ustaz ke apa kasi kat dia bio sedar skit. Ingat tau, tngjwb lelaki sgt besar. Ingat senang nk masuk syurga? pompuan ni ckup jaga 4 benda settle lah. x kerja lg bagus senang fokus anak suami dan rumah je. Ikhtilat pun terjaga. Bergunung2 lg pahala jaga anak bagai. Tngjwb nafkah patutnya dia. Kita nk kerja ke x kerja hak kita x dosa pun.

Đọc thêm

suami saya selalu jugak bebel2 katanya duduk rumah tak buat apa , habis tu kain baju , makanan semua tu gerak sendiri agaknya . selalu anak main sepah2 , kadang 5 minit sebelum dia sampai rumah dah kemas tapi anak pun laju buat kerja sepahkan balik . bila kita dok marah2 anak dia cakap kita tak sayang anak tapi bila dia kat rumah pun kadang anak nak perhatian dia bukan dilayan , asyik hadap hp je . selalu bising sebab tak kerja , tak membantu dia . kadang stress jugak

Đọc thêm

sory to say sis. klu dpt suami n fmiy in law toxic. sy mmg x layan. nk ajak balik ke ape sy xlayan.. lagi2 dpt adik beradik terpaling over pastu kite ni dibanding2 kn .. pastu ckp good2. mmg semua level bawa tapak kaki je la sy ltk.. nk jg hati org??hati mereka?? hati sy siapa nk jga klu bukan sy sndri

Đọc thêm

crik pengasuh sis..lps tu g keje..crik duit sndiri..sediakan payung sblm hujan..Kalau dia da main banding2kan tu..phm sndiri je sis.kalau jenis mcm suami sis ni kalau kita nk mtk rm50 beli skin care pon boleh jadi gaduh.

sy fhm apa yg sis rasa. sbb sy pun melaluinya juga. n skrg pun tgh mengandung. selalu sgt stress smpai rasa x nk teruskan hidup. stress sgt2. tp 1 je nk ckp hanya mampu bedoa. doa byk2 sis. doa yg baik2. insyaAllah.

9mo trước

Ya, doa..

Influencer của TAP

couple counselling.

9mo trước

Ini tindakan sewajarnya

pergi kaunseling

9mo trước

Ya betul.