Ada tak anak korang kat sini mcm anak saya?

Burnt out sgt eh saya. Anak dah masuk 4m, Supposedly dalam usia ni diorang akan rarely bangun kan utk susu, but not for my child. Anak saya kerap sgt bangun tpi bukan utk susu. Dia akan garu muka dia mcm tanda tak selesa tu then merengek. Saya dah cuba apply minyak angin kat perut jd dia tak kembung, lap2 sikit dgn air kat badan dia so dia tak panas, dodoikan dia utk dia tido balik tapi dia still mcmtu. Paling kerap dia akan bangun dalam kul 5 pagi. Masatu every 20 mins dia akan bangun tido bangun tido sampailah timing dia yg dia patut bangun dalam kul 7. Burnt out teruk eh. Dah beberapa kali saya terlepas marah kt dia sbb benda ni. Tapi marah pun takde guna sbb dia tak faham lagi. Dahlah malam je saya dpt rest. Siang saya kena urus dia 24jam sbb dia siang tido kejap2 tak sampai setengah jam.

24 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Tgh nak beralih bulan sis, sebelum2 ni okay tetiba jd fussy, keep crying. Semua serba tak kena. Ank sy 8 bulan tgh hadap jugak. Rabak mata pg2 bgn si kakak pulak sekolah. Lps 2 minggu baru si kecik tu okay. Jd sepanjang mood sy tak okay tu sy reward dgn mknn yg sy suka.

2mo trước

Ha'ah mmg pki buai. klo x mmg penat sbb dia tido kjp2 je. Insyaallah x lme tuu. Nnt dah okay, sis peratikn baby nak pandai apa? Ank sy lps hbs 2 minggu, dia dh sibukk nk meniti 😂.

sy pun tengah lalui fasa ni. anak nak masuk 4m punya la susah nak tido siang.. kena dukung almost 1 hour utk dia tido. sampai cramp kaki maknya.. tp bila tido setengah jam je.. pastu dia bangun. letih maknya xhilang lagi dia bangun dh. penat sgt pass bagi suami 😂

2mo trước

penatnya tu. hmm lepasni taknak merungut dah. ingat saya sorang je kena mcmtu

Influencer của TAP

Growth spurt. Saya pun sama, anak 4 bulan ke atas, memang struggle.. Set in mind, sementara je hadapi fasa ni.. Tapi tumbesaran anak ada fasa-fasanyanya sehingga dia dah kahwin nanti dan ada ujian tersendiri. Hadap lah dgn syukur, sabar... Gitulah seorang ibu bapa..

2mo trước

Sementara tu rasa lama yA Allahh tapi Insya Allah sis. terima kasih atas nasihatnya 🥺🥺🥺

Ank sy setahun 9bln pn masih bgn minta susu..penat tu mmg penat sbb sblm ni xpenah ada ank kn n tido pn aman.mula2 mmg mcm nk meroyan sbb xcukup rest n pg nk kne bgn g kje pula.tp lama2 sy sendiri akn bgn kejut ank sy bg susu&tkr pampers dia setiap 4jam

Ya sabar ya.. nak beralih bulan mmg akan mcm2 ragam.. sye pun hampir burnout masa anak first tu.. sbb sye besarkan dia sesorg.. tapi bila fikir balik.. renung balik muka c kecik tu.. menngis sbb tu lah amanah Allah bagi.. yg penting awak kena byk sgt bersabar

2mo trước

Betul. saya selalu marah dia bila dia buat perangai masa malam tapi bila dia dah tido. rasa sebersalah kesian. mula lah salahkan diri aendiri knp tak boleh jd ibu yg terbaik

sis kalau tak tutup lampu Cuba ttp lampu semasa tidur, lepastu kalau DIA X boleh tidur Cuba Cari whitenose atau pasang YouTube whitenose mungkin boleh membantu DIA utk tidur Lena , atau pasang ayat alquran surah Al baqarah ke .

2mo trước

saya dah tutup lampu, pasang surah buat dah semua tu. Mmg benda wajib dah sis semua tu. tapi dia tetap sama.

sy pun dh mcm panda rupa mcm tak terurus. dari umor masok 3m kerap bgn sbb baby ekzema. gatal 1 bdn. mmg x lena tdo dibuatnya. pg dh la kena trn keja.. sbb tu kat opis mmg selalu mengntok..

sabar ye mommy. anak pun tgh 'bergelut' dgn perkembangan diri sdri tu. bkn kita je yg struggle. nak anak sihat kan begitu la kita kena hadap.. pass baton, bincang elok2 dgn husband.

2mo trước

tkpe la kita pun manusia kan ada limit sabar.. bila ada ilmu baru la kita jd waras kan nak buat tindakan kita.. rasa marah tu normal, tindakan kita utk menggambar kita marah tu berbeza

Anak sy dh 16 bulan pun masih berjaga utk susu or sebab puting tercabut. Yup am still not getting enough sleep 🫡

anak panas kot sis ? time siang try tidokan dalam buai, tp sis pantau2 sama time buat kerja tu.

2mo trước

nak cakap panas tak jugak sbb ni masa tido malam. saya dah letak kipas keliling dia kalau dia bangun pun saya lap2 dgn air bagi sejuk skit badan dia. pastu pukul 5 pagi tu lah paling sejuk tapi dia still mcmtu.