Barang berpantang untuk ibu

Boleh listkan tak barang2 yang kene ade mase berpantang selain dari kain batik ? Saye first mom jadi tak berape tahu sangat ape yang perlu ade mase berpantang nanti.

11 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Jujur pengalaman saya. Kena fokus barang ibu daripada barang anak sebab ibu tu yang sakit. Benda yang kena ada.. 1. Maternity pad like 3-5 pek, (pad brand autumnz ok jugak selesa utk yg ada jahit bawah) // saya tunggu 3 minggu baru pakai pad biasa kotex. Mesti tukar baru setiap kali lepas kencing / buang air. Jgn tak tukar!!! 2. disposable panties (brand autumnz jugak sbb nipis longgar and selesa). Tkyah pakai ketat2 biar udara masuk gak cepat kering luka. 3. Stokin bola/futsal. Tapi saya pakai atas buku lali je, tak koserr nak tunduk n renyah2 4. Kain yg ada getah siap2 kt pinggang (xde pun tkpa) tapi trust me pakai kain batik paling mudah. Lepas 3 minggu boleh la pakai seluar tidur kiut balik. 5. Tisuuuuu tisu tisu dan tisuuuu lembut brand kleenex banyak9. Sebab kita nak dab dab slow2 bahagian bawah lepas buang air n mandi. Nak make sure betul2 kering. 6. Kena ada kipas, senang nak kangkang n keringkan luka. Serious cepat sgt baik. 7. SITZ BATH. SEMUA MUMMY YG lepas BERSALIN PLIS buat sitz bath. Memang lega sangat. Rendam faraj dlm air garam n herbs.. Cepat baik n luka cantikk!! Saya bengkak terukkkk + berjahit. Tak sakit pun. Rendam 20 minit dlm toilet rasa tenang sgt.. 8. Botol air, jangan dengar org ckp jgn minum air bnyk. Minum atleast 3L utk susu bnyk. 9. Minyak nona roguy.. (saya langsung tk beli pun set pantang) saya cuma pakai minyak dia ja. Dah cukup ok dah 10. Cari tukang urut / bidan. harini beranak esok turut urut, jgn tangguh. Urut tu minta dia urut bagi susu keluar sekali. Sbb kita beranak ni teran segala urat bersimpul. 11. Bra tu.. kalau jenis badan kurus tak beli pun.. N in fact tak pakai pun bra kat rumah. Senang nak selak anak nangis haha. Mostly duk rumah je time pantang n kalau gi klinik pun.. pakai tudung sarung kan. Tkyah maternity bra. ((tapi kalau badan besar n selesa pakai, cari lah 1)) 12. Ubat cair najis. Sembelit ni boleh sampai hari ke 60 tau. Saya mcmni!! Sabar jela. 13. Ubat cuci luka ke apa, TAKYAH. Cuci dgn mandian air paip biasa je. Saya langsung tak apply apapa ubat. Just jaga makesure kering, bersih and always tukar pad. Kejap je baik.. Ok tu je my tips. Goodluck!

Đọc thêm
2y trước

Nona roguy warna hijau, loose je. Saya tak beli set pantang pun. Bengkung pun saya pakai brand jelita kotak biru tu je rm30 something. Tungku pun kena ada yang sesuai dgn berat badan. Kadang2 kalau breast keras sbb susu letak tungku kat tepi nyaman 😍

Influencer của TAP

Kalau tempat selepas bersalin panas, t-shirt yg sesuai, bf friendly. Saya czer, pakai seluar je. Guna seluar yg tak tebal . Stokin pinjam stokin suami 😅 cari stokin yg selesa. Sbb 2 minggu pertama di rumah mertua, mertua tegur saya x pakai stokin. 😅 Kadang saya pakai skin sock sbb stokin yg saya sediakan tak selesa. Balik rumah sendiri baru jumpa stokin sesuai. Tak pakai stokin, pakai selipar gebu dlm rumah. Milk collector. Senang tadah susu keluar semasa susukan anak sebelah. Tak lencun baju. Gel mandian bidara + paper mint+ madu kelulut brand Syifa. Tak nak susahkan org lain. Dah ckp kt mertua guna gel, dia gi ambil banyak daun pandan air pandan. Takde siapa nak buatkan. Masing-masing busy. Lotion mustajab hijau untuk postnatal tp sy rasa sejuk menggunakannya. 😅 Tukang urut 3 hari. Tudung sesuai. Maternity bra. Mama panties. Skirt. Saya prefer skirt drpd kain batik. Czer, guna pad biasa pun ok. Sbb darah tak bnyk keluar. beli day pad. Minuman, biskut, buah yg senang nak makan kudap2 sesuai utk postnatal. Saya minum milo , susu , biskut oat, biskut cracker, oren, betik, pisang, anggur hitam. Botol air. Pastikan minum air kosong secukupnya. Tisu yg tak tinggalkan bulu2 utk dap2 keringkan luka czer. Cekak rambut, getah rambut. Slow walk bagus untuk pemulihan luka bersalin. 10 minit je. Ambil sinar matahari sikit. Mp3 bacaan al Quran

Đọc thêm

sebab ramai dah listkan barang barang pantang, apa kata awak beli barang barang untuk breastfeeding. masa awal pantang ni, bengkak susu paling sakit kalau kena, so better awak beli 1.lactation massager, senang kalau ada benda ni, kalau takk, penat awak nak urut breast tu 2.breast thermal pad, untuk tuam breast 3.nipple cream, untuk elak nipple luka 4. silicone milk collector, untuk tadah susu 5.epsom salt, berguna untuk rendam breast time bengkak, boleh legakan clogged duct. 6.ice pack, senang nak tuam sejuk bila breast bengkak 7.nipple shield, kalau puting luka tapi anak nak susu 8.disposable breast pad atau jenis washable,kalau jenis yang susu keluar je,boleh basah baju kalau tak pakai breast pad 9.stool softener syrup, untuk lembutkan najis so that awak tak sembelit 10.donut pillow, kalau bersalin normal, bila duduk tu rasa selesa sikit btw, awak boleh tengok cerita Birthcare Centre kat Netflix, so that awak boleh dapat bayangan awak pantang nanti macam mana. semoga semua urusan dipermudahkan tauuu

Đọc thêm
2y trước

terbaik👍🏻❤️. ini selalu org terlepas pandang. rasa benda ni remeh dn xsedia kan

ibu2 zaman now ramai dah yv tak amalkan pakai bekung rata2 dlm comment pun tak ramai suggest kat awak bekung. saya ibu 3 anak. umur sy pun baru 30 thun ni. saya pun bukan duduk di kampung jadi saya ni ibu moden la juga ya. tapi sy suka recommend dkt org2 yg bersalin dalam pantang pakai la bekung. ikut la keselesaan u bila u nak start. mcm saya bersalin normal jadi hari 3/4 sy dah start pakai. kenapa sy suka pakai? pertama saya ni badan kurus bila pregnant perut kita ni strech sehabisnya bila baby keluar tggl la kulit selebet. jadi nak dapat kan perut asal tu pakai la bekung. perut saya alhamdulilah mcm ank dara tade selulit. dah pgg saya saiz 24 inc. lagi satu kenapa saya suka pakai bekung sbb dia support tulang belakang dan perbetulkan posture badan . jadi puan kadang2 kita ni modern tapi berpantang ikut cara tradisional ni best juga dan ada baiknya salah satu pemakaian bekung. ☺️

Đọc thêm
9mo trước

*saya pun memang asal kurus, tak berbengkung sbb tak selesa. Perut kempis rata, pinggang dah terbentuk kurang 2 minggu selepas bersalin. Pinggang kain dan seluar semua kena alter. Panties dari L (sblm hamil tukar ke saiz M)

lepas 4 kali bersalin.. ni perkara yg betul² penting bagi saya 1. pad (1 pack overnight pad, 3 pack pad biasa) 2. bengkung.. ikut keselesaan nak pkai cmna.. saya suka cangkuk je 3. minyak panas untuk sapu badan dan perut.. saya suka minyak nona roguy 4. stokin 5. maternity bra 6. phytonatal nona roguy (favourite saya) makan lawas, tak sembelit.. badan kuat. 7. tisu (utk lap luka lepas mandi dan toilet, lepas tu kering depan kipas) luka cepat baik 8. makcik urut

Đọc thêm
2y trước

phtonatal tu elok mkn brpa biji sehari?

awak prepare yg betul2 awak nak pakai je. takut nnt beli tak pakai dh membazir awak. sy xbeli set berpantang ke apa. kalau air mandian sy pakai daun pandan dgn serai wangi je kutip belakang rumah. stokin pon xpakai. kain batik pakai hari 1st and 2nd masa dkt rumah je. lepas tu pakai seluar. atau skirt. awak boleh follow page fb doctor imelda balchin pakar o&g. doctor byk share ilmu utk ibu2 hamil, berpantang semua.

Đọc thêm
2y trước

betul2 perlu sedia ✔️maternity bra ✔️maternity pad/overnight pad ✔️incase sembelit boleh beli ubat cair najis dkt farmasi ✔️kalau nak cuci luka jahitan boleh beli air garam/dettol dan ubat kuning beli dekat farmasi

Bra butang depan tuk bf, breast pad , maternity pad sependa cawat tinggi (kalau czer) stokin nonaroguy punya set tuk lawas berak/duphalac ini yg saya guna , lain2 awk boleh search kat dlm apps ni mna tau ada yg share lagi ..

Đọc thêm

stokin. lain2 sye x beli pon. x kuaseee aihh. bukan berpakai pon nanti. cl sye pon xde bgi pakai pilis ke param ke ape ke. die urut, lulur, tuam, sauna je.

-stokin ketat dan panjang -maternity bra -pad besar -minyak panas utk buang angin -tungku bantu kuar darah cepat n kecutkan rahim

Đọc thêm

sis google. taip je barang2 prsediaan bersalin. kat situ nnt akan dpt gambaran apa yg perlu apa yg x