Direct breastfeeding..
Baby kurang sebulan, biasanya direct bf berapa lama ye? Baby kenyang ke kalau dlm 15 minit gitu? Dan mcm mne nk tahu baby mmg dapat susu tu? Sebab kita tak tahu dan tak nampak kan mmg dia dapat susu kita ke tak 😩 patut ke sy pam then masukkan je ke dlm botol utk memudahkan tahu berapa oz yg dia minum? -sy setakat ni gilir² bf dgn fm. Ibu suruh kerapkan bf, tapi selalu saje risau baby x kenyang sebab x tahu dia dapat ke x susu kita 🥹
bukan ke bila kita mnyusu,kita dpt rasa air susu tu turun. lagi2 untuk bby yg sbulan 2 ni.. mcm sy umur bby sbulan dua dulu. mmg rasa sgt2 susu tu turun kt breast. n full. rasa mcm kebas2. dan bila bby hisap tu,nampk dia mnelan bunyi2. kalau susu tak turun boleh tengok pipi dia. nyonyot2 gitu. kerapkan bf je sis. yakin susu kita cukup disamping ada rasa tanda2 tu. mcm skrg anak sy dah 6 bulan lebih. masih dpt rasa air susu tu fullkan breast. tp rasa tu dah tak sekebas mcm dulu mula2 dia umur sbulan 2 tu.. kalau dia kerap hisap lama. boleh rasa susu tu turun,then kosonh,then rasa kebas lagi.. perhatikan kencing berak dia. . kalau penuh full, berak tak kisah la kalau shari skali tp full pampers,inshaAllah cukup la tu..
Đọc thêmbetulla tu ur mom ckp kena kerapkan bf. klo tak confident, setiap kali sblm bf bby. picit sikit nipple tu tgk keluar tak susu. nak bby kenyang menyusu: 1. jaga feeding time setiap 2 jam atau ikut demand bby. 2. paling sekejap 15min. paling lama df 20-30min. ikut 2 tips di atas ni pon inshaAllah bby dapat minum dari foremilk (susu yg sedikit cair tapi menghilangkan dahaga bby) ke hindmilk (susu yg lebih berlemak & mengenyangkan). tanda bby cukup susu kerap tukar pampers. sis risau lagi monitor la pampers bby. air kencing kuning jernih. tahi warna kuning mustard. ni pon ada chart stools bby. 👇 https://siraplimau.com/warna-najis-bayi/
Đọc thêmnak tau baby kenyang ke tak tgok najis dia, lepas tuh dia tidur lena tak, kalau tuh mmg okay je. lagipun NB tak minum byk sgt pun, paling lama 30minit n selebihnya saja nak nyotnyot tapi kkdg ada je kejap, janji dia tidur lena, berak okay, berat naik. kalau awak mmg niat nak bf ,takyah bagi susu fm or pam ,bagi kt baby je. nak byk kan susu pun kena kerap bagi baby myusu tiap 2jam. sbb bila pam ,tak byk mana pun dpt. lagipun susu kita ni cukup utk dia ,jgn risau okay.
Đọc thêmbila baby directfeeding. baby akan lepas sendiri bila dia dh kenyang. xperlu risau. dn jgn kerap tukar breast semasa baby menyusu. if awak kerap tukar breast baby xkn dpt susu akhir iaitu hindmilk. nak tahu baby dpt susu yg cukup atau x. melalui kencing dn berak baby. baby tido nyenyak. tona kulit baby awk. ada peningkatan berat badan setiap kali checkup
Đọc thêmNasihat saya dri pengalaman, dfkan anak lama sikit dlm 20 minit insyallah bby kenyang berat anak naik sbb dpt hindmilk(susu pekat yg kluar hujung2)
@mama aydan kalau jenis hisap sekejap2 mummy boleh ulang balik side breast yg sama, baru la breast betul2 kosong, btw susu yg blkg2 tu la hindmilk yg kaya lemak.. sbb tu kita nak breast tu kosong betul.. cth anak hisap sblh kiri 10 minit, nanti dia nak lagi ulang balik sebelah kiri, selepas tu nak lagi baru bagi sebelah kanan.. dulu saya buat camtu la juga Alhamdulillah berat anak naik elok.
Tgok pd bby jg,kalau dia kenyang akn lepas sdri.kalau tangan genggam dia lapar,kalau tangan dia xgenggam tu tnda nya dia dah kenyang😁😁
baby tido ok,.xmeragam, pampers sntiasa basah stiap kali tukar, berak pon ok. kenyang la tu.
Tengok najisnya. Ada kencing dan tahi, kenyang lah tu.
mindset baby tak kenyang tu kena ubah.
depends pd najis
seorang isteri & seorang ibu