Saya terlalu emotional ke?

Assalamualaikum, pertama sekali saya mohon maaf sekiranya penulisan saya sedikit panjang. Saya kenalkan diri saya sebagai R yang kini sedang mengandung anak pertama berusia 20 minggu. Dalam masa yang sama, cousin saya juga mengandung yang seusia dengan saya cuma babynya di luar perkahwinan tetapi dia telah pun berkahwin semasa sedang mengandung 2 bulan. Raya haritu saya ada berjumpa dengan dia tetapi dia asyik menegur saiz perut saya yang kecil & berkata saya cuma nampak gemuk tapi tak nampak mengandung macan dia. Siap dicompare yang dia dah keluar susu, kenapa saya belum. Jujurnya sekiranya saya di tempat dia, saya akan malu sebab perut dah membesar walaupun usia perkahwinan baru nak masuk 3 bulan tetapi ini terbalik pula, saya yang ditegur depan family sebab perut kecil. Ditambah pula ditegur ‘nanti anak kau mesti gelap kan, tak nak lah pegang’ sebab saya dan suami kulit dalam kategori medium tanned. Saya cuma diam je walaupun dalam hati tengah menahan sabar. Saya tak pernah sikit pun buka aib dia mengandung anak luar tetapi kenapa ya cara dia melayan saya macam itu…. Jadi soalan saya mommies, normal ke perut saya kecil? Saya risau baby iugr, dan apa tindakan saya perlu buat? Adakah saya perlu jauhkan diri dari cousin saya itu sebab saya rasa sedikit stress bila dipersoalkan macam tu

55 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Hi R! First of all, tahniah sebab dah masuk 20 weeks. You should be proud of your progress. Saya setuju dgn komen dari ibu2 lain berkenaan saiz perut. Janji awak tahu tahap kesihatan diri dan bayi setiap kali pergi check-up. Saya pun anak pertama, jadi mengandung ni pengalaman baru bagi saya. Jarang upload gambar di socmed, tapi bila sekali dua upload, ada saja yang bertanya gender. Bila saya kata, tunggu baby keluar, ada yang komen "perut nampak besar, mcm girl je", walhal saya pun pelik mcm mana dorang judge, sedangkan dalam gambar, ada faktor angle kamera. Ada yang kata perut saya dah turun lah, walhal banyak minggu lagi. haishhh..ada je. Risau jadinya kalau baby keluar awal. Lepas tu bila jumpa orang depan2, ada setengah komen perut saya kecil, ada setengah orang kata perut saya besar. Saya senyum dan bergantung pada komen: komen "perut kecil" , saya jawab "alhamdulillah, senang nak bawak perut" komen "perut besar", saya jawab "alhamdulillah baby membesar dgn baik". Ada masa2 tu terasa juga orang dok komen perut, mcm takde benda lain kau nak komen/borakkan. Tapi biasanya saya bercerita pada suami je. So far, kami akan gelakkan hal tersebut sama2. Dan ya, jauhkan diri dari cousin tu. Boleh bagitahu suami apa yang awak alami, supaya dia pun boleh faham keadaan awak. Hal warna kulit ni kita tak ada control. Allah sahaja yang tentukan. Jadi orang tu nak cakap apa, biarkan dia. Pujuk diri untuk berlapang dada, okay? Hugsss! All the best throughout your pregnancy journey.

Đọc thêm

Sis sy pun 1st pregnancy perut masih dikatakan kecil even now in my 3rd tri, lg dua bulan je nak due insyaAllah. Asalkan sis sihat tanpa sebarang komplikasi, itu sudah memadai. And don’t blame yourself sebab terlalu emosi ke apa, we’re preggy moms, mmg mudah beremosi. What I can say is, sis kurangkan berinteraksi dgn dia ni, sbb based on your story, her energy is off. Sometimes orang toxic mcm ni just nak validation from others, plus with her out of wedlock unborn child (bukan nak menghukum, nauzubillah) and they have their own issues. And plus, rezeki dimudahkan urusan pregnant and bersalin and post bersalin, only god knows later on macam mana nanti. Nanti kalau anak bakal dilahirkan kulit gelap ke apa takpa janji sihat takda sebarang penyakit serious, insyaAllah, sis doakan yang baik2 je, dan kurangkan berinteraksi, komunikasi bila perlu, kalau dia cuba nak buat topik, cuba alihkan or just diam…protect your energy at all costs sis 🤲🏻

Đọc thêm

Pngalaman sy baru2 ni bersalin baby iugr tp x lh kecil sgt 2.58kg.. semuanya ok pd mula until 38w tu baru dpt detect air ketuban kurg n diminta admit untuk deliver.. Bila sy pikir2 balik org slalu tegur baby bump dh nmpk n perut kecik etc. sy fikir2 balik, itu lah aib nya kandungan dan perut ni. Tp nk buat mcm mana kan, yg tegur2 tu pun dlm kalangan family sndr.. skg sy fikir balik, klu sy mengandung next time, better sy pakai baju besar2 je so orang x nampak perut sy kecik ke besar ke ataupn better sy jauh kn diri drpd org2 yg mcm2 tuu.. perut besar ke kecil je tetap sama org dok tegur jd bahan bersembang.. tp wlu mcm mana pn sy ok je baby sy lahir normal je, kecik2 comel, sihat n tampak cerdas. X perlu pun baby tembam2. Klu baby besar tembam tp x sihat sama je kan.. mana2 pun still org akan kata.. mulut org ni x leh tutup.. sis focus je jaga kandungan sis slgi ada masa ni sis.. inshaaAllah xde apa2..

Đọc thêm

Dulu anak 1st sy, time tu Sy sorg je tgh pregnant dlm company ni. comp ni besar mnc n byk pmpuan.. ada sorg kawan Sy ni, ari2 mmg akan Tanya, bila u scan, I lupa, brp kg anak u doc ckp? Dia bangga ckp dia lahir 4kg. I mmg stressss sgt hari2 dgr cerita Dan soalan sama Dr dia. I mkn byk sgt sbb takut baby kecik. I naik 18kg sampi 38 minggu, bersalin 3. 25kg. Anak sihat. Tetap kena ejek dgn pmpuan ni. Masih ingat lagi.. ni berlaku 13thn yg lalu... Bg puan, jgn dekati org2 mcm ni. mmg menambahkan stress kita. takut anak terkenan dgn dia. Dari cerita, nmpk mcm dia tak brp cerdik. Pasal TU mulut nya ckp mcm2 dpn semua org lagi. Dia dah lahir anak 2 Kali, msti la perut dia dah membesar kot... awak ni baru bb 1st.. Tapi, org mcm ni, betul,jgn bls, sbb kita takkan menang sbb dia tak cerdik. So,kita patut ckp sepatah je, senyum sinis je. Not worth it to ruin you n your baby happiness.. 💖

Đọc thêm

waalaikumussalam. sy jawab terus pertanyaan sis. perut xnampak masa 2nd trimester? its totally normal...pkara ni bgantung pd bdn masing2. mcm sy pun, perut xnampak smpai dh hujung2 nk bsalin. walaupun dikata "perut kecil" alhamdulillah ank sy lahir sihat 3.52kg, jaundice pun sekejap shj. so bab perut tu tak perlu nk dirisaukan...selagi tumbesaran kndungan selari dgn minggu kehamilan. bab warna kulit. sy kategori sawo matang, suami kategori mamak. tup2 ank lahir kulit cerah..smpai kami dua confuse kt wad 😂 tp bila dh besar sikit, kulit dia jd tanned sikit..tetap disayangi oleh atuk nenek pakcik makcik dan sedara mara. bg sy elok la sis jarakkan diri dgn cousin sis demi menjaga ketenangan diri. fokus saja dgn keluarga kecil sis.

Đọc thêm
2mo trước

kebiasaannya mcmtu la...dgn bahasa mudah "cari point utk bsembang". bila jd mcmtu, kita lapang dada, xyh layan.

jauhkn diri sis. mental health masa mengandung ni penting. dari emosi je memikirkan dia baik sis elak jumpa atau becakap dengan dia. saya pregnant kedua ni perut x naik. tapi pipi, tangan, punggung naik macam di pam pam. beza dgn anak first dlu. normal je sis. asalkn berat tu x naik mendadak. kulit cerah ke tan ke dua2 cantik je. kite je org melayu asal putih cantik. family husband bnyk bg tips mkn nak bagi baby putih. sy ye kan je. pada saya dah melayu kulit tan, nak expect anak keluar putih macam rusia ke. sis enjoy je sis pregnancy ni. jgn fikir buruk2. kalau ada something wrong dgn baby, percaya la kita akan dapat rasa. tapi jangan serabutkan otak dengan cakap2 org.

Đọc thêm

mulut org mmng kita tk dpt nk tutup,normal sbenarnya klau first pregnant perut kecik, depends bdan msing2,tak smua bdan kita sma dngan badan orng,dia compare psal kulit ni pun dia ada msalh agaknya,tak kisah kulit bby tu gelap ke,cerah ke,kuning langsat ke,jnji bby sihat2,Sy dngan husb pun sma boleh dikatakn kulit gelap tpi takleh gelap sngat,gelap pun kbnyakkn sunburn je,better sis jauhkn dri je dripda dia yng mulut toksik,biasa time kita pregnant lh bnyak dpt kecam2 man dri mulut org yng dengki,tak puas hti ,kita pula klau dngar panas tlinga sensitive,jwapan dia sis jauhkn diri je biar dia anggap kita sombong yng pnting tak bergaul dngan dia yg suka compare org

Đọc thêm

jangan risau sis,saya ank pertama boleh kata tak nampak,hujung nk bersalin baru nampak sbb dia dah kebawah takleh cover. Fact,pada saya org kata perut kecil ni adalah pujian utk saya hahaha saya lagi suka org kata perut kecil. berat saya naik sepanjang pregnant hanya 6-7kg je,baby keluar 39w 3.12kg,as long sepanjang pregnancy ni berat baby naik ikut estimate tu okay lah. Part warna kulit tu,kalau parent kulit biasa,normallah anak keluar pun kulit sama dgn gen makpak dia,nasihat saya,sis abaikan je org macam tu,kalau dah melampau baru balas,lagipun tgh pregnant ni kan kita jaga mulut je. yg penting bagitahu husb sis utk dia support sis. ada jugak peneman hehehe

Đọc thêm

awak. sy 7 bulan bru nmpk perut. smpai yg menegur pun terkejut sbb xnampak mcm ibu mengandung. tpi sy suka bile perut kecik. sbb senang xperlu beli baju baru, xperlu beli selipar baru. anak 1st sy pun perut kecik. tpi alhamdulillah sihat2 je. memang jenis keturunan perut kecik2. haha.. psl susu keluar tu, awk jgn risau sgt. lagi bagus bile susu pertama keluar lepas baby keluar. at least zat ibu utk susu pertama tu baby dpt merasa.. nak tahu kenapa dia bnyk perli2? sbb dia jeles. so awk jgn fikir bnyk2 tau. supaya nnti awk mudah melahirkan. senang nak jaga anak. semoga dipermudahkan urusan. awk jgn sedih2, jgn stress2 tau. senyum dan fokus pd baby je.

Đọc thêm
Influencer của TAP

Waalaikumussalam. Bagus tindakan puan sabar dan berdiam diri sbb orang macam tu bukan standard kita nak melayan org yg suka compare2 ni. Dan tahniah puan tak rasa insecure dgn kata2 begitu. Nak emosi tu normal lah... Ye lah kita hadapi kata2 orang yg tak sepatutnya dia kata begitu kan, depan orang lain pula. Deep breathing, tenang. Teruskan buat perkara - perkara baik. Allah akan tunjuk semuanya. Insya Allah. Perut kecil, normal asalkan keadaan puan dan tumbesaran kandungan ok. Ya, jauhkan diri drpd cousin tu. Kalau dia yg dtg kepada puan, puan diam dan buat tak tahu, melainkan dia soal, dan jawab sepatah sepatah je.

Đọc thêm