Takdir tak seiring kehendak

Assalamualaikum mommies.. aku cuma nak nasihat korang yang mungkin ada ustazah yang lebih alim daripada aku kat sini.. aku dah kawin dua orang anak alhamdulillah.. before anak kedua lahir aku diberhentikan sebab selalu mc alahan.. Kekadang orang selalu cakap apa yang tuhan amek dia akan gantikan dengan yang lebih baik.. ya.. alhamdulillah ada anak dua ni besar nikmatnya.. aku kehilangan kerja walhal yang tu yang terlalu aku impikan.. yela.. mengharapkan gaji suami tak mampu aku nak hulur dekat kedua mak ayah aku.. aku duduk jauh dengan mak ayah aku.. sampai mengharapkan gaji suami kekadang aku hanya mampu balik setahun mungkin sekali paling minimum.. ada la dua tiga kali jugak before ada anak ni.. dah balik segan lagi sebab tak de duit nak hulur dekat mak ayah.. gaji suami hanya cukup makan.. kekadang bab solat bila ada anak kecik lagi la.. terkejar kejar.. tak macam aku kerja dulu.. sempat nak berdoa ke apa.. ni asal solat je.. aku tak nampak mana yang baik nya lepas aku hilang kerja.. jangan cakap aku tak mencari ya.. disebabkan gap nak tunggu beranak ni payah betul aku nak dapat keje.. aku memang tak de soul buat bisnes... Aku sedang cuba mencari hikmah kehilang keje aku ni.. dan mungkin ada yang lebih nampak dari aku.. boleh la bagi pendapat kalian

10 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

waalaikumussalam.. awak..berbaik sangka pada Allah..cerita awak lebih kurang mcm saya jgk..meh saya cerita..lepas kawen 10y Saya tidak kerja n tak buat apa² yg menjana pendapatan..hanya suami je kerja yang betul² cukup makan..anak² saya 3 orang (beza mereka hanya 2y)..balik kmpg pun mcm awak lah.. setahun sekali.. hidup memang struggle sampailah anak no3 6y..baru saya berkerja..tapi tak sampai setahun saya kerja saya mengandung no4(beza anak no3 dgn no4 7y.. time Tu saya stress sgt..tapi berbalik pada Allah..saya anggap Allah nak bagi rezeki lagi besar..dan Tarik saya dekat pada DIA balik sbb kat luar sana lagi banyak ujian.. waktu kerja memang boleh solat tapi boleh ke duduk di sejadah berzikir lama² n setiap hari mengaji..itu yang saya tanya pada diri saya waktu tu.. sekarang baby saya baru 2 bulan.. walaupun sekarang agak terkejar² buat semua perkara..Alhamdulillah Allah gandakan rezeki saya..anggap la apa yang kita kerjakan sekarang "ladang pahala" in Sha Allah semuanya akan terasa manis..Saya doakan semoga dimudahkan segalanya dan semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran pada awak😊

Đọc thêm
2mo trước

✅ Suka perkongsian ni.

Waalaikummussalam... Saya pun pernah berfikir seperti sis. Tapi masa tu mungkin sbb situasi agak terlalu memberi tekanan kepada emosi saya, dan anak saya perlukan perhatian dari saya lebih dari diri saya. Tipu lah saya tak rasa burn out, saya tak rasa kosong. Hidup terkejar sana sini macam takde henti. Tercari-cari apa yg kita nak buat, tetapi tersepit di tengah jalan. Masa tu saya tak sedar, saya tak bersyukur dgn apa yg saya ada masa tu. Hikmah disebaliknya. Walaupun hidup saya agak huru hara, saya masih ada satu satunya zuriat saya dan keluarga saya yg selalu ada saat saya jatuh bangun. Allah masih berikan kesempatan utk saya bernafas setiap hari. Hilang kerjaya, hilang suami, hilang keluarga mertua, hilang kawan bukan lah penamat hidup saya. Saya dapatkan rawatan pakar sbb emosi saya agak tak stabil. Apa yg doktor saya sampaikan, saya cuba amalkan setiap hari dalam hidup saya. Maaf sis, takde apa nasihat yg boleh saya beri. Saya mampu share pengalaman saya. Semoga Allah permudahkan urusan sis. Berdoa lah pada Nya, In shaa Allah sis jumpa jawapannya nanti cepat atau lambat. ♥️

Đọc thêm
Influencer của TAP

Allah bagi apa yang terbaik pada mata Dia, bukan mata kita. mata Allah nampak jauh ke depan, jauh dalam hati setiap orang. jadi bila kita dah usaha nak ikut kehendak kita, tapi Allah dah susun sebaliknya macam tu, just put your trust in Him. sentiasa percaya yang ada kebaikan dalam kehendak Dia dan ada ganjaran untuk kita yang redha dengan kehendak Allah. cuma kita nampak atau tak, rasa sekarang atau nanti. tu je bezanya. kalau nak kami list-kan kat sini apa hikmah apa yang jadi tu untuk awak, memang takkan boleh sebab kami takkan tahu apa sebenarnya yang terbaik untuk awak. ya nampak macam cakap kosong kan. tapi ni lah namanya hikmah. anak saya meninggal 2 tahun lepas, sejam lepas dilahirkan. ikut logik akal kita, apa hikmahnya bagi kita rasa pregnant 9 bulan, bagi rasa sayang anak tu cuma untuk kita pegang dia sejam je then tahan rindu dan sedih sampai mati? tapi ada hikmahnya, inshaAllah Allah tahu yang terbaik setiap percaturan Dia.

Đọc thêm

Saya bukan sape2. Sempurna jauh sekali. Tapi bila ckp "asal solat je". Dah dapat tangkap salah kita di mana. Takpa, saya pun kadang macamtu. Nak cepat, kadang terlepas waktu solat, kadang solat hujung waktu. Hidup tara itu jugak. Walaupun tau salah saya tu bab solat. Saya culas. So, saya bahagi masa. Timing ikut masa anak tgh free tu. If anak dah besar. Minta tolong anak jaga si kecik tu. Duduk je dalam bilik sekali dgn kita. Apa2 yang berbahaya, jauhkan. Extension plug, iron or else. If gadjet boleh senyapkan dia sekejap dgn abang/kakak dia. Gunakan. Supaya awak boleh solat tanpa tergesa2. Kita usaha je. Try tukar jadual harian awak seritma dgn waktu solat tu. Cuba dulu ya. Saya faham awak stress bab kewangan tapi ni salah satu solution utk awak dalam bab solat yang saya boleh fikirkan. Selebihnya, awak ngadulah pada DIA. DIA dengar keluh kesah awak. Moga hari kedepannya awak akan dapat keje yang awak impikan. Aamiin *send virtual hug🫂

Đọc thêm

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216). Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? AR Rahman : 13 Semua yang Allah s.w.t anugerahkan nikmat kepada kita ini adalah semata-mata ihsan & belas kasihan dari Allah s.w.t!

Đọc thêm
2mo trước

Love perkongsian ni ❤️

Doa bkn setakat hnye d sejadah..Tiada batas tempat pn kite nk mintak doa.apa y kite sdg lakukan masa tu pn kite tetap blh berdoa..d mulut d hati..y penting kite benar2 menyerahkan 💯 hati..jiwa kite kerana Allah.Hikmah tu plak satu y misteri y mmg kita xkan pernah tau d sebaliknya..tp percayalh walau kita xnmpk sekarang tp satu masa nnt.sbb hikmah ni adalah perkara paling terbaik dari Allah.satu je awk kena pgg bersangka baik dgn Allah..redha..ikhlas dgn perancangan Dia

Đọc thêm

Sy faham sgt keadaan awk..sy pn tkt kalau sy berhenti kje sbb tkt xde duit sendiri kt tgn.suami bg pn bkn bnyk jadi kalau ada dt sendiri sng nk bt apa2.bab keje ni mmg pyh dh nk cari kje terutama kalau yg dh berkahwin&ada ank..company kebanyakan nya nk yg single sbb xnk ada masalah bab cuti

"ni asal solat je" ingat dapat apa2 dlm dunia ni bkn hanya sbb usaha kita, tapi sebab kehendak Allah yg memberi. nak apa2 mintak dgn tuan dia. tu pun kalau tuan dia bg. usaha mcm mana pun kita kena kembali pd Allah.

mana boleh diberhentikan kerja ketika pregnant. awak boleh fight dekat jpp dan dpt ganti rugi

bersangka baik la dgn Allah