Stresssssss

Tak suka lah nak balik rumah mentua. Stressss Ye , nak kata aku menantu toksik kata lah. Sebab dia aku jadi macam ni. Kadang aku nak lupakan sakit hati jadi aku berbual macam biasa. cakap je tentang anak aku, dia akan cakap tentang cucu kesayangan dia jugak. Cakap english lah. Dah aku cakap dengan cucu dia tu, haishh cakap alien rupanya..tang mana english??? Hahahaa. Dahtu cakap depan aku yang dia rasa suami aku cemburu kat anak dan menantu kesayangan dia yang beli rumah besar, beli kereta besar sebab suami aku tu tak pernah jejak kaki kat rumah besar tu (termasuk aku la tu) ..haisshhh apasal pulak nak jejak kaki kat rumah tu yang kosong masih belum complete dengan perabot semua..apasal nak melawat rumah tu pulak..macam tak pernah nampak rumah??padahal kerja goment je bukan jutawan. Loan je pun. ye la mentang2 aku ni tak kerja dan menantu kesayangan dia tu kerja. So dia anggap kita orang ni miskin sebab aku tak kerja. stressss. suami aku pun jenis anak mak. Anggap mak.tu segalanya walaupun dia di anggap cmtu. Untung nya jadi mak. Tapi akhirat nanti menjawab la ye makcik. Baru tau untung ke tak untung. Aku pun tak tahu sejak bila aku pandai membenci orang sampai macam ni. Tapi keadaan yang buat aku jadi macam ni. Dan aku stress terpaksa berhadapan semua ni. Suami aku memang paksa aku balik kampung dia ye. kalau tak perlu jumpa dorang mungkin aku tak stress sangat

11 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Entahlah, bukan niat saya nak bandingkan hidup saya dgn awak. Tapi saya pernah duduk serumah dgn mil selama lebih setahun. Satu kampung tahu mcm mana lancangnya mulut dia. Masa tu saya tgh sarat mengandung, dari 7 bulan sampai bersalin, berpantang, and jaga anak yg masih keci. semuanya saya hadap sendiri. Suami saya masa tu tak ada, dia dalam penjara selama setahun. Saya hadap semuanya seorang diri, kena maki, dihina, disindir, dibandingkan dengan menantu lain. Saya dikatakan menantu tak guna, tak tahu masak, tak tahu buat kerja rumah. Masa berpantang, saya pernah dikata bodoh sbb tak pandai jaga anak sendiri. Dan bila sekalisekala saya cuba pertahankan diri, bukan dgn cara biadap pun, dia tetap anggap saya kurang ajar. Dia tak boleh beza antara suara mempertahankan diri dengan kurang ajar. Tapi sepanjang duduk dengan dia, saya tetap cuba bersabar, saya anggap dia macam ibu sendiri, sebab saya dah tak ada ibu bapa. Saya tak ada tempat nak mengadu, tak ada tempat nak lari. Satu2nya harapan saya masa tu cuma nak tunggu suami keluar dan mula hidup baru semula sama2. Alhamdulillah, bila suami bebas, dia cuba berubah. Kami start rebuild hidip baru, and sekarang kami duduk berasingan from mil. Tapi luka yang saya dapat dulu tu, trauma tu, masih belum hilang sepenuhnya. Tapi saya belajar untuk berdamai dengan diri sendiri, untuk maafkan diri saya kerana terpaksa lalui semua tu dan maafkan mil yang pernah buat saya terkesan yg sangat dalam sampai sekarang. Jadi kalau awak rasa menyampah dengan mil awak only because dia tegur sikit atau komen ringan, mungkin awak boleh tarik nafas sekejap and tengok balik, adakah itu satu beban atau cuma ujian kecil yg boleh selesai dengan sabar dan komunikasi. Kadang2 kita rasa kita dah cukup susah, tapi orang lain pernah tempuh lebih teruk and masih cuba untuk jadi kuat tanpa menyakiti sesiapa. Janganlah rasa benci atau terasa sangat. Anggap dia tu cuma dah tua, yg tak pandai nak ambil hati orang lain. Atau anggap dia sebagai ibu sendiri kita supaya ayat dia tu tak terasa atau masuk sangat kedalam hati kita.

Đọc thêm
3mo trước

Jadi api dgn air pun boleh bakar rumahtangga sendiri…….

semoga sis tabah ,sy faham apa sis rasa... sbb sy pun hadap dgn mertua jenis mcmni, Tapi untuk saya skg dh 5tahun kawin, dh lalok dgn dia ckp , sbb sy cuba redha jee telinga ni, sb kita kalau tegur pun xjd apa.. Husband pun mmg sejenis yg akan defend org tuanya tapi tetap tak membelakang kan isteri..cuma dia akan defend suruh sy baik baik sahaja dhn mertua ..sbb sy faham..itu makbapa dia... Selagi dia xculas tanggungjawab as suami dkt sy..sy ok sahaja.. Bila kita terlalu fikir apa mertua ckp ,itulah yg buatkan kita sakit hati dn down.. Mcm sy, stiap kali mertua ckp.bukan bukan ke apa ,sy main telefon atau sembang dgn anak je.... Pekak je telinga.. Sy anggap org tua yang tak tau nak sembang apa sbb itulah dia ungkit banyak Kisah 😂 la nie sy dh tenang, balik kampung pun tenang sbb sy xlayan apa dia ckp, dia pun tahu sy xlayan 😂

Đọc thêm

Your feeling is valid. Just because ada org yg experience lebih dahsyat dari sis doesn’t mean sis tak boleh meluah. Sabar sis, anggap ini ujian. Selagi boleh stand for yourself in the most polite way, do it. Faham, setiap orang ada limit sabar dia. Kita bukan malaikat. For now kalau malas nk gaduh2 pekakkan je telinga. Saya pun skrg kadang diam je mcm x layan bila mil ckp tah pape sambil senyum sikit2 angkat kening gitu. Dia ckp sepatah, takde apa2 pun yg keluar dr mulut saya. Berbulan saya buat. Sampai mil plak tanya husb nape diam & mintak maap. Cos im at point in life where mil nak ckp 1+1=8 pun saya ok je

Đọc thêm

Seeloknya jgn tinggal serumah. Kalo terpaksa, sy pun kadang jahat duduk dlm bilik. Dulu saya selalu teman mil beborak kat ruangtamu tp bila tak tahan, saya memilih utk duduk dibilik. Biarlah nak kata menantu biadap, tp kalu sampai tahap mantel koyak and tersalah ckp baik i duduk bilik. Tapi takde lah sampai tak berborak lansung. Husband pun kena faham. Semoga sis kuat, bila mil mambebel masuk telinga kanan kluar telinga kiri, then cabut masuk bilik. Bagi alasan anak nak tido atau buat buat bz. Ahhahaha.

Đọc thêm

semoga tabah.. pada saya, dah elok sis tak serumah dgn mil.. selagi mana kita tak sebumbung, bila sesekali berjumpa, cuba hadap sebaik mungkin.. butakan mata, pekakkan telinga.. cuba tunjuk adab yg baik seboleh mgkn.. yg penting, bila balik rumah sdiri, kita dan suami bahagia.. rasa sakit hati yg sekejap tu, kita buang je bila kita dah balik rmh sdiri, jgn simpan2..

Đọc thêm

saya pun dulu mcmtu tambah ada cucu yg sama baya kan tp mertua xpilih kasih cuma selalu bg nasihat yada yada, biras pun sama duk banding2 kn anak dia n anak kita , padahai anak dia lahir awal thn anak kita lahir hujung thn mestila xsama pertumbuhan anak tuu , tp u masuk telinga kanan kuar kiri , jgn amek hati . nt u lg benci nk balik kg .

Đọc thêm

sy pun tngal dgn mil , dh hampir 5thun ... Sy pn ad masalah dgn mil dn adik ipar perempuan .. Sy nk bercerita takut terbuka aib.. tp Sy faham ap yg awk rasa.. semoga yg baik2 saja utk awk.. dn banyakan bersabar..

Hi sis. Semoga sis baik2 shj. Sy pun tak suka dgn kesalahan2 mentua sy gk. Semoga kesabaran kita ni dpt syurga nanti. Amin

mak tu puan, dah kahwin, selamanya jd mak, puan cerai dgn suami pun tetap la mentua tu mak ayah puan.. istighfar ya

Ujian masing2. Semoga Allah permudahkan segala urusan puan sekeluarga