Anak main hp

Assalamualaikum mama mau tanya anak 3y ada ka yg menangis mau hp. Semenjak bgaul dgn kazen2 dia dkg. Hp x boleh da pisah dari dia bgun tido cari hp tidur pun cari hp 😭 sy jenis x suka anak main hp siap belikan tab kanak2 tpi dia suka tgok utube juga. Mcm mana nak elak ni ambil masa berapa lama.

9 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

puan, tiada beza sama ada memberi hp atau tab. Mujur umur baru 3 years. Boleh jauhkan terus dahulu. Tiap kali anak mengamuk nak gadgets, ajak dia buat aktiviti selain menonton tv. 3 tahun mudah nak redakan. Ibarat macam nak wean off, dalam 3 hari kalau dah off terus penggunaan gadgets, insyaALLAH anak dah tak cari langsung. i have 4 kids (now nak masuk 5). Semuanya saya x pernah expose mereka dgn gadgets even yg besar now dah primary school. Even utube pun atau tonton tv, ada channel yg sy tentukan dan screening time ada tempoh. Tak boleh lenjan berjam2 atau straight sampai ke malam. Apa yg seronok sgt dgn gadgets? Waktu kecil adalah waktu keemasan. Otak mereka bagaikan span. Anak2 memerlukan lebih dari sekadar menonton. Perlu dedahkan mereka kepada aktiviti melibatkan fizikal. Sebagai contoh, seawal usia 1-2 thn, boleh bagi tisu, kertas utk mereka koyak²kan (asah psychomotor skill). Biarkan mereka mengupas kulit bawang, ajar renyuk2 kertas, ajar masukkan mainan dlm bakul, bagi pegang pensel utk conteng2 kertas and whatever yg sesuai utk mereka. Lekatkan selotep pada meja, biarkan mereka cuba tanggalkan, bagi main blocks, sometimes ajak diorg buat painting, dan saya juga suka buat experiment dgn anak2. Bila dah besar sikit ni, bawa diorg masuk dapur utk ajar baking, kuih dll. Anak sy umur 8 thn dh boleh masak nasi sendiri. 7 thn dah boleh bantu sy potong2 bawang, sayur in case saya memerlukan pertolongan seperti baru² ni, jari2 tgn saya alami contact dermatitis dan anak2 membantu sy di dapur. Memberi gadgets hanya merosakkan mata, meningkatkan tantrum, mendidik diorg utk tidak mempeduli dunia luar, kurang daya fokus, etc.

Đọc thêm

anak sye dlu pun pernah mcm ni, xbg fone tantrum teruk dia. ade la jgk smnggu lebih. sye biarkan je dia nangis nnt penat dia snyap sendiri. time tu nnt bru kite pujuk n explain dkt dia kenapa xblh sgt tgk fone. kalau utube sye lbh suke bg youtube kids, blh setkan profile n blh control/blok channel apa yg kite nak. skrg anak sye dh 4y, kdg2 je bg fone lps balik sekolah skjap je smpai maghrib. atau pas makan malam bg dlm 1h30m atau 2jam. kalau cuaca ok, kdg2 sye bwk g taman xpun main basikal dkt bawah rumah. sis nk bg blh je tp limitkan la mybe weekend je ke?pstu ada 1 apps family link, dkt sni sis blh set time brapa lama anak blh tgk, nnt dia auto lock bila dh habis timer.

Đọc thêm

Beli mainan dan ajak dia main sama2. 3yr dah boleh mewarna dan menulis, beli buku2 warna, kertas lukisan, water color. Eco banyak. Boleh cari dan beli. Mak pun jangan tengok handphone depan dia. Create persekitaran yang seronok untuk dia main. Rumah memang akan sepah. Tapi untuk kebaikan mak kena bertahanlah ya.

Đọc thêm
2mo trước

tapi kalau di rumah mertua . serba salah nk buat sepah . tu yg kdg2 tk buat pon aktiviti ug agkessy mcm main watercolor . main mud.

Tapblet pon Gajet jugak …. Umur 3 thun masih Kecik dan boleh kawal …. Jgn bgi langsung Tap ke segala apa gajet dekat dia … biar lah dia nak menangis mengamok sekali pon … cegah dripd skrg sblom terlambat bila dia dh besar nanti Berani melawan memberontak

ank2 saya dari baby x merasa pegang fon ,sekrng dorang dh besar hari2 saya explain psl budak2 tk bagus main fon,, dorang paham je bile saya terangkn , si abg umur 5 thn kakak umur 3 thn tapi dh faham bile orang cakap

kena tegas & hati kena kuat untuk stop kan anak dengan gadjet.. boleh focus pada aktiviti perkembangan motor skills anak seperti mewarna, menconteng ,membina blok/Lego dan sebagainya

Influencer của TAP

Silap; beli tab utk anak2. Tab pun ada screen kan. Buat ni dulu; Parents kena sorokkan hp di hadapan anak.

simpan tab simpan fon, fon puan pun simpan, duduk dgn anak

belikan mainan yg kita bole join sekali