Zincofer pil

Assalamualaikum kat sini sy nak bertanya ada tak mumy2 preggy boleh kasi tips hows nak telan ubat zincofer color merah tu. pleasee asyk muntahh, tk thu mcm mana cara lagi. Tak makan takut effect hb nti

117 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Saya awal² dulu pun takleh telan. Pernah laa termuntah 2-3 kali lepas telan, rasa dia perghhhhh, macam makan besi. Pastu bila dah lama² badan saya dah boleh terima ubat tu. Apa yang saya buat adalah: 1. Telan pada waktu yang sama setiap hari, kalau dah start telan waktu pagi tu teruskan je pagi. 2. Puasa 2 jam sebelum telan ubat dan setengah jam selepas telan ubat. Tapi kalau rutin telan pagi maksudnya jangan makan apa² dulu sebelum telan. Dah telan kena tunggu setengah jam dulu baru breakfast. Tapi saya selalu telan waktu malam sebelum tidur. 3. Gosok gigi sebelum telan ubat, ni bagi effect kebas sikit which is kita tak terasa pun yang kita telan ubat yang tak sedap tu. 4. Telan dengan air sunquick sejuk, limau kasturi atau air sejuk biasa. 5. Lebih baik telan sebelum tidur sebab otak takde masa nak fikir pasal ubat tu sebab lepas telan terus tidur. Semoga bermanfaat

Đọc thêm

Waalaikumussalam, Biasanya untuk mengurangkan masalah muntah ketika mengambil pil Zincofer yang berwarna merah, ibu hamil boleh cuba mengambil pil tersebut bersama-sama makanan atau sebaiknya sebelum tidur. Ini mungkin dapat membantu mengurangkan kesan muntah. Selain itu, pastikan untuk tidak mengambil pil dengan perut kosong kerana ini juga boleh menyebabkan masalah muntah. Jika masih mengalami masalah, ibu hamil boleh berbincang dengan doktor untuk mencari alternatif lain seperti pil Zincofer dalam bentuk cecair atau cara lain untuk meningkatkan paras hemoglobin tanpa mengakibatkan masalah muntah yang teruk. Semoga ibu hamil dapat menemui cara yang sesuai untuk mengambil pil Zincofer tanpa masalah muntah yang terlalu teruk. Teruskan usaha dan jaga kesihatan dengan baik. Semoga kehamilan ibu berjalan lancar dan sihat selalu. https://invl.io/cll6sd8

Đọc thêm

Hi, saya pun makan zincofer time pregnant ritu, awal awal makan memang rasa nak muntah and rasa besi, macam mcam saya buat untuk cuba makan juga ubat tu, alhamdulillah menjadi. - makan sebelum tidur (2 jam selepas makan) - letak belakang lidah - JANGAN SESEKALI FIKIR NAK MUNTAH, POSITIF - Pejam mata tutup hidung sambil telan ubat tu dngan air - try minum dgan air sunquick oren/suam oren tanpa gula - lepas makan duduk dulu kejap jangan terus baring - pastikan perut takpenuh dngan air sebelum makan ubat ni cara saya lah, yang penting jangan fikir NAK MUNTAH, sebab once kita fikir memang akan muntah lepastu, so better elakkan. Btw baby saya dah 3 bulan dah 😁

Đọc thêm

waalaikumussalam.. sy masih lg mkn zincoffer dr mula dpt tu smpai skrg sy da nk masuk 35mggu.. pernah bpe kali gak sblm ni mkn ubat tu muntah sbb salah timing mkn zincoffer.. sy mulanya ingat lepas mknn berat tu dlm 30mnt da oke kalo nk mkn zincoffer tp sy muntah teruk dgn bau hanyir ubat tu.. lepas tu farmasi ada pesan siap tulis cara mkn zincoffer 30mnt sblm nk mkn kena dgn perut betul² kosong x kesah nk mkn siang ke mlm janji perut kosong.. kalo nk lepas makanan berat kena jarak 2 jam ke atas selepas tu baru bole mkn ubat tu.. insyaAllah xde muntah 😁 sy mkn ubat dgn air kosong sejuk je.. alhamdulillah hb sy oke setakat ni..

Đọc thêm

masa 1st trim mula2 mkn zincofer Ada juga muntah. Sy Cuba makan zincofer waktu Malam sebelum tidur, 2 jam selepas makan Malam. Pastu sy try minum dgn air limau nipis/sunquick tanpa gula/ buah limau untuk hilangkan Rasa mual. vit c Bantu utk serap vit zinc lebih cepat. elakkan makan bersama makanan berunsurkan kalsium/susu. nanti tak berkesan untuk serap vit zinc tu. Lepas makan ubat Tu jgn tgk phone dan bersembang2 dh. rehat sekejap Dan terus tido. Itu tips yg sy buat. Alhamdulillah menjadi. tapi ikut jugak org. lain2 org lain2 caranya. serasi atau tidak 😉

Đọc thêm
8mo trước

sama dgn cara sy sis 😊 sy bg tips dkt sepupu sy pun alhamdulillah berkesan. maybe yg lain boleh cuba juga 🌹

saya awal2 makan iberet folic tapi, masa hb saya drob teruk, terus diorang tukar zincofer. cara makan sama je, makan waktu malam, makan dengan air oren. tapi buat memang time betul2 nak tidur. pastu tidurlah. dulu saya buat camtu je. masa awal2 bagi iberet, diorang tak bagitahu cara makan camner, saya bedal camtu je. mmg pedih ulu hati plus muntah kuning masam. erghh. tapi try cara tu je lah, saya tahu cara mkn pun tengok dekat apps asian parent ni juga. huhu. pengalaman org dekat sini juga. huhu.

Đọc thêm

saya dari dulu xpernah mkn ni. hb maintain je 12 atas. ni pregnant anak kedua. 5 bulan baru nk try makan zincofer yg misi bg. lambat makan sbb hb still tinggi 12 atas. baruni misi suh makan jugak. first telan tak Lama lepastu terus rasa loya then nk muntah. cek kk hb sy drop pula. tp misi still suruh mkn. sebab nk kena g klinik 2x dalam seminggu. padahal drop 11 lebih je still ok. penat kdg² . tadi paksa telan dgn air sunquick xda gula

Đọc thêm
Thành viên VIP

ikut pengalaman,anak 1st mkn zincofer..mmg akn muntah lepas mkn,nurse bgtau mkn sblom tido n mesti ad gap 2jam sebelum mkn ubat jgn mkn ape² dh..mkn ubt dgn air sunquick..bertahan la smpai due.. anak ke2,nurse bg zincofer jgak..tp HB turun,lepas tu baru nurse bg iberet..iberet mmg serasi n bila mkn mmg xde muntah² mcm mkn zincofer..klau xtahan sgt mnx je tukar ubat sis..jgn paksa mkn klau xleh mkn zincofer.

Đọc thêm

sy jenis susah nak makan apa2 pil, dulu 1biji pil 1 2 gelas air. bila dah pandai seteguk air je dah settle. cara saya, minum dulu air licinkan tekak, pastu nk mkn ubat tu kemam sikit air seteguk tp jgn telan air lagi, pastu dongak sikit, letak ubat dlm mulut jgn letak hujung lidah tp letak dalam2, pastu cepat2 telan la ubat dgn air td jgn lama2 nanti makin kuat rasa lekat kat mulut

Đọc thêm

saya makan zincofer mesti pening teruk. last2 tukar makan iberet beli di farmasi. tapi selalunya kalau bg tau nurse kat KK x boleh makan zincofer. nurse akan tukar ubat lain.. ada baca tips jgak. kalau makan ubat ni. nak cepat telan sekali dgn air Sunquick oren bancuh tanpa gula.

7mo trước

sy klu mkn siang..mmg akan rs nak muntah n kdg2 mmg muntah..so sy makan sblm masuk tido.... alhamdulillah ok je klu mkn time nk tido