anak 2 tahun 10 bulan belum boleh bercakap
assalamualaikum, hari ini anak saya brusia 2 tahun 10 bulan . namun anak saya masih belum pandai bertutur. cuma anak saya sudah mulai mengenal nama setiap planet, mengira 1-10 dlm bahasa inggeris, abc, alif ba ta & warna dlm bahasa inggeris tetapi dlam bahasa yg msih belum jelas tapi boleh difahami . persoalannya, adakah ia normal? kerana ada sesetengah pihak berkata bahawa ianya tidak normal memandangkan ada kanak-kanak lain yg muda dari usia anak saya sudah pandai bertutur . sebagai ibu, saya risau dengan perkembangan anak saya . adakah saya perlu merujuk perkara ini ke doktor pakar ?