Kesan Braxton Hicks atau Betul Tanda Bersalin?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kandungan saya sudah mencecah 37 minggu. Empat hari lepas sudah turun tanda berbentuk darah & lendir namun tiada sebarang rasa sakit. Suami terus bawa ke hospital. Sampai sahaja di hospital, dr membuat pemeriksaan & cek bukaan baru 2 sentimeter dan ditahan wad semalaman. Hari kedua di hospital, Dr pakar pula membuat pemeriksaan dan bukaan masih sama 2 sentimeter. Disebabkan tiada sebarang faktor risiko sepanjang kehamilan, bacaan CTG jantung baby juga normal serta pergerakan baby aktif, Dr membenarkan saya untuk pulang ke rumah dan menasihatkan supaya melakukan senaman agar memudahkan bukaan jalan. Hingga hari ini iaitu termasuk hari keempat selepas turun darah, saya masih lagi di rumah dan menunggu datangnya sakit untuk melahirkan agar terus dapat bersegera ke hospital. Saya mula khuatir kerana masih belum ada sebarang kesakitan, melainkan tanda seperti keluar lendir berwarna coklat sesekali. Soalan saya, adakah dari kalangan ibu² di sini pernah mengalami situasi yang sama seperti saya? Adakah kebimbangan saya kerana bayi belum lahir wajar? Mohon sedikit pandangan dari ibu² sekalian. Terima kasih. Doakan saya dipermudahkan bersalin ?