Bersalin swasta or gov ?
Assalamualaikum, boleh share pengalaman masing2 bersalin kat swasta & kerajaan ? Kalau swasta, KPJ or pantai hospital better? Thanks ❤️❤️❤️
Jika ada bajet lebih, dan tiada komplikasi yg perlu rujuk ke pakar hospital kerajaan, boleh je pilih swasta yg lebih selesa. Pilih hospital rakan bayi jika dah set in mind nak susukan anak dgn susu ibu sepenuhnya. Ambik juga kelas antenatal. Mcm saya, pilih hospital kerajaan sbb banyak lg keperluan lain yg kami belanjakan. Hospital yg kami pilih pun dah diiktiraf sbg hospital rakan bayi dan kepakarannya pelbagai bidang. Ada GDM, memanglah kami pilih hospital kerajaan yg details bab penjagaan BSP ni. Kelas antenatal pun saya daftar di hospital yg sama. Nurse laktasi dari hospital tu yg bg ceramah penyusuan susu ibu di hospital swasta berdekatan. Masa di kelas antenatal ketua wad bersalin dah sebut awal, waktu saya bersalin nanti bukan musim orang bersalin. Baru tau ada musim bersalin. 😅 Wad penuh tu sebab musim orang bersalin la tu. Dan betul, tak ramai yg bersalin waktu tu. Saya stay di wad 6 hari 5 malam sbb induce dan baby kena pantau di wad SCN dlm tempoh 24 jam sbb saya ibu GDM on medication. Wad kelas 3 ada 6 katil kongsi bilik air. 1 katil 1 kipas, selesa bagi saya, ada kerusi dan locker dan meja berlaci. Sister wad nak pindahkan sy ke kelas 2 ada air cond sy tolak dgn alasan saya ada sinus, alahan dgn air cond. Jiran katil pun ok baik hati, kerjasama dan bantu saya yg 1st mom. Ada teman borak. Nurse & guard pun ok tolong bawa kan beg, nurse pimpin saya ke bilik air, buangkan pad, teman hingga saya selesai dlm bilik air selepas bersalin. Nurse pun ajar cara PENYUSUAN & uruskan bayi dgn betul. Makanan OK. Saya plan dgn husband, bila doktor bg signal sy ke LR, sy akan call dia, dan dia mula cuti hari tu sbb sy nak dia cuti lama teman saya semasa postnatal. Sbb saya bersalin selepas 20 hari endamik, prosedur suami teman di LR ketat. Kena buat C19 test dan keluar masuk LR 3 kali shj. So, rancanglah masa suami nak makan solat bagai. Gitulah.. Nak discaj, dapatlah 2 goodies bag drpd hospital. Pengalaman di HTJS. 🥰
Đọc thêmPrivate all the way for me. Saya nk husband ade dgn saya 24/7 and saya nk make sure saya selesa dekat hospital. Dekat private we can choose our gynae also… so that’s another important factor for me. Time saya pergi hospital sbb dh start rasa contraction, that time single room ward actually tgh penuh so saya terus masuk labor room tunggu kt sana. So basically saya ade kt labor room dari awal sampai la bersalin. Dalam labor room dari awal sampai kesudah husband ade dgn saya sampaila saya ditransfer masuk ward. Nurse, and Dr semua baik. Directly after labor nurse siap record to make a short video and masuk dlm pendrive bagi dekat parents as kenangan. Segala baju, pad and everything hospital sediakan. Sitz bath semua nurse sediakan. Anak I nurse akan bawak masuk bilik waktu feeding je.. and after dh sudah, we can call nurse untuk ambil balik bawak ke nursery. I rasa ini important jugak sbb I ade terbaca dekat sini yg at gov hospital baby akan ditinggalkan dgn kita immediately after birth? I terkejut sbb pada I after bersalin tu ibu kena dptkan rehat sepenuhnya. Kalau terus kena jaga baby, I akan stress gila… but that’s just me. But anyway, I stay sana 2 hari. Actually I can discharge the next day tapi sbb I nk dptkan rehat sepenuhnya and I feel dekat hospital akan ade nurse yg tolong serba serbi, I requested to stay 2 days in hospital. Hospital also terus assign paediatrician for my son.. and she’s such a good Dr. Now evey meet up akan jumpa dr yg sama. Overall I kena charge 8k which I think is very reasonable. I beranak Sunway Medical Centre.
Đọc thêmHi. Sy nak share juga. pengalaman bersalin anak pertama zaman PKP covid thn 2020. Bersalin di hospital Serdang (gov). So far Alhamdulillah ok je. Tak dinafikan manusia sentiasa ramai di sana sbb gov kan tp sy rasa nurse dan doktor2 sana servis agak bagus dan amat caring dgn pesakit meskipun sibuk. Kemudian sy xduk dlm bilik khas. bilik mcm open gitu ada 8 pesakit semuanya tp rakan katil sebelah sgt baik dan amat membantu. Jgn expect dpt layanan 24jam ok mcm swasta of course x bgitu so dlm keadaan sakit czer, nurse ok utk assist cuma masalahnya nk panggil tu susah jauh mereka xdgr dan mereka sentiasa sibuk kehulu hilir jd Alhamdulillah jiran katil sebelah baik dan byk membantu sy ketika itu. Xde pengalaman dpt ditemani husband but walaupun ada la sorg dua nurse yg quite garang masa nk bersalin but still sy rasa just ok overall. Dr juga ada call husband yg berada di luar bilik utk keizinan pembedahan caeseran dan utk panggil azankan anak. Lps bersalin nurse dtg tukar lampin semua lps tu dpt goodies bag. Anak masuk NICU cuma worse part bila nk nyusu terpaksa gerak sendiri kesana ditolak dgn wheelchair. tp nk masuk wad NICU kne jalan kaki sendiri tanpa ditemani sesiapa sbb time tu covid. Ini cerita utk yg x berduit but kalau ada extra by all means I think mungkin swasta pasti lg better
Đọc thêmSaya bersalin kat swasta, tapi bukan kpj atau pantai hospital. Bagi saya swasta best kalau ambik bilik sorang. Aurat terjaga dan suami boleh 24hours. Family nk dtg melawat pun seronok. Tak kacau org lain. Dan bila lepas bersalin tu, nurse akan jaga baby dalam bilik nursery. Malam2 diorg jaga. So parents boleh rehat secukupnya. Cuma kene pastikan sediakan duit secukupnya. Sy haritu kene dalam 10k sbb induce dan emergency czer. Kalau confirm czer, pakej dia rm8k camtu je, normal rm3k lebih. Tapi sbb sy dah induce and then baru czer, so total dalam 10k camtu. Dari segi layanan nurse and doktor semua okay je. Cuma sy ada tak puas hati sikit sbb dah remind awal2 sy taknak doktor lelaki. Tapi last2 ada jugak doktor bius lelaki. Cuma lepas dr lelaki tu bius, dia akan keluar sewaktu pembedahan dan masuk bila perlu je. Pastu ada pulak dr. Pakar diorg yg lelaki tetiba masuk bilik pembedahan untuk pantau. Padahal sy dah remind taknak ada org lelaki. So agak dissapointed la kat situ. Next baby taknak dah bersalin kat hospital tu huhu.
Đọc thêmPendapat sy, klau nk bersalin swasta. Pastikan tempat tu ade in house blood bank dan jugak dr kanak2. In case apa2 yg berlaku, tak terlambat. Mmg kadang2 kite ibu yg tiada apa2 masalah kesihatan tp mcm2 blh berlaku. Sy bersalin hosp gov 2020. Time pkp yg ketat tu. 1st time mom juga. Tiada org blh teman. Sy bersalin pukul 6 lbh pg. Alhamdulillah tiada apa2 masalah. Mse mengandung pun tiada masalah kesihatan. Tapi pukul 2ptg, nurse bgtau blh pindah ward dr labour room, sy pergi ke tandas. Sy rse ok je sbb mmg da sedar dan x sakit, takde apa. Tp mungkin naluri ibu cleaner dkt situ. Dia nk teman sy jugak. Tibe2 sy pengsan dlm toilet. Dr ckp dlm 10min jugak la. Sy sedar mamai, ramai org dkt situ. Drpd dr pelatih hingga ke pakar dan consultant. Dr sakit puan dr bius semua ade. Code red pun activated. Dorg takut saya tumpah darah. Dan semua action mmg immediate. Sy kene transfuse darah dan di monitor dkt labour room lg. Jd bersalin swasta ke gov ke ade pro n cons. Tp yg terbaik ade lah keselamatan ibu n dan bayi.
Đọc thêmBased on my family’s experience, i rasa KPJ better la kot in term of facilities but this applies only to new KPJ la. Cos my mom pernah warded di pantai hospital many times semuanya okay (swasta kan) cuma most of pantai hospitals ni bangunan dah lama & my mom duduk single bedded dia pun tak semodern bilik2 KPJ. Even double bedded KPJ pun look new & contemporary. Kalau i bersalin di hosp Columbia, room & facilities pun sama baru & cantik like KPJ. But nowadays banyak juga gov hospital yg dah baru & facilities pun terbaik. Cuma area i di Johor sorry to say masih menyedihkan lah that’s why even pantai hospitals yg buildings dah lama pun 10x better than any gov hospitals here 😂 I taktau lah your area tp ni based on my experience visit orang di hospital. Layanan you jgn tanya lah, swasta 100x better. Layanan gov ada juga yg baik tp ikut nasib.
Đọc thêmWaalaikumsalam. Nak cakap mana hospital lagi better, rasa ikut tempt juga kot. Nak cakap kpj better, tak semua kpj ok. Pantai better, pun tak semua pantai sama. Kadang ikut juga pada layanan staff, kepakaran dr, keselesaan. Waktu menunggu. Kalau sis ada aim mana2 hospital, terus survey ke sana je terus 😃 Lagi satu kalau swasta dengan gov. Memang boleh dikatakan swasta jauh lagi ok. Saya bersalin swasta, dalam masa sama ada cousin bersalin gov. Memang banyak beza dari semua segi. So pada saya kalau ada bajet lebih, takde apa2 komplikasi masa pregnant, better pilih swasta. Kalau ada yang cakap swasta ke kerajaan sakit beranak sama jeee, tak berbaloi lah apa. Percaya la cakap saya. Jangan dengar. Sakit beranak sama tapi mental fizikal tu yang lain bila kat swasta & gov 😉
Đọc thêmKalau sis MAMPU dan nak keselesaan memang kena pegi Swasta, mana² hosp Swasta memang selesa. Saya pun bersalin hosp swasta, bersalin normal, 2 hari 1 malam kos dalam 3500+ . Tapi layanan semua superb. Nurse yg banyak uruskan baby time baru lahir, kalau kita first time mom mmg rekomen sgt sbb takdela terkial-kial nak buat itu ini sendiri, baru lepas bersalin kut. Tenaga pun zero.. Bilik selesa, senang husb teman kan, boleh mintak tolong itu ini dgn husb, kalau ward ramai sesak2 kurang la selesa kalau nak husband tolong pape. Pape pun sis standby 5k kalau normal takde komplikasi sgt.
Đọc thêmsaya bersalin gov je sbb mmg nak save duit. pemikiran saya simple. nak beranak sehari dua sahaja (kebanyakan orang). tak perlu bazirkan duit. duit boleh simpan utk kegunaan lain. pakar2 pon ramai di hosp gov jadi lebih selamat. saya personally x kesahkan keselesaan. yg penting saya dan anak selamat. first time beranak kat hosp klang haritu alhamdulillah semua ok. selesa pon selesa dah bagi saya. kalau ada rezeki dpt baby lagi, saya still akan ke hosp gov. tapi yelah kalau mampu, ok je ke hosp swasta. ada kawan2 saya yg 1st baby hosp swasta then anak2 seterusnya hosp gov. ok jugak mcm tu.
Đọc thêmSetuju lepas bersalin banyak nk pakai duit. Ada mommy dia sanggup berkorban takpa dia kurang selesa asalkan duit tu dia boleh spend utk benda lain. Ada mommies lain rezeki dia berkemampuan jadi dia boleh fokus utk nk selesa walau sehari 2, impact nya seumur hidup. Peranan laki bini utk buat kira2 financial rumah tangga 🥰
Waalaikumsalam. Saya bersalin swasta. Stay 3 hari 2 malam. Nothing to comment. Memang selesa dan sangat berpuas hati. Saya check in senang hati, check out pun senang hati. Tak stress langsung. Husband sentiasa ada di sisi. Daripada dalam labour room sampai la masuk wad lepas bersalin. Gynae dan nurses semua membantu. Lepas bersalin, baby duduk dalam nursery. Nak bagi ibu berehat. Nurse akan bawa ke ibu bila waktu menyusu sahaja. Ini pengalaman saya. Maaf, saya tiada pengalaman untuk KPJ atau Pantai. Saya bersalin hospital swasta selain itu.
Đọc thêm
21 weeks now