Topik ATE Minggu Ini: Mengendalikan Kanser Payudara: dari Diagnosis Ke Pemulihan

✌🏻 Anda boleh ajukan soalan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris Pakar yang akan berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Dr. Ooi Kai Yun, Consultant in Clinical Oncology, Director of Icon Women’s Cancer Program 📰 Topik: Mengendalikan Kanser Payudara: dari Diagnosis Ke Pemulihan 🗓️ Tarikh: 18 Oktober 2024 | 5PM - 6PM Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. 📌 Sila elakkan daripada berkongsi butiran peribadi atau sejarah perubatan, ini bukan sesi konsultasi rasmi.

Topik ATE Minggu Ini: Mengendalikan Kanser Payudara: dari Diagnosis Ke Pemulihan
16 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Hi Dr. Kalau di diagnosed breast cancer tahap 1 (jenis jinak), during pregnancy, after give birth memang tak boleh menyusukan baby ke?

9mo trước

Hi Kebanyakan ibu yang pernah menjalani pembedahan payudara(bukan mastectomy) boleh mengeluarkan sedikit susu, walaupun tidak dapat menghasilkan bekalan susu penuh, ibu masih boleh menyusu. Kalau ketulan jinak, biasanya tidak perlu rawatan lain, jadi ibu boleh breastfeed. Manakala, kalau ini kanser payudara tahap 1, kemungkinan puan telah/sedang menerima rawatan radiasi, atau menjalani rawatan kemoterapi/target terapi/hormon terapi. Breastfeeding adalah tidak sesuai dalam keadaan ini. Puan boleh bincang dengan doktor kalau tidak pasti. Dr Ooi Kai Yun