Topik ATE Minggu Ini: Mengendalikan Kanser Payudara: dari Diagnosis Ke Pemulihan

✌🏻 Anda boleh ajukan soalan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris Pakar yang akan berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Dr. Ooi Kai Yun, Consultant in Clinical Oncology, Director of Icon Women’s Cancer Program 📰 Topik: Mengendalikan Kanser Payudara: dari Diagnosis Ke Pemulihan 🗓️ Tarikh: 18 Oktober 2024 | 5PM - 6PM Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. 📌 Sila elakkan daripada berkongsi butiran peribadi atau sejarah perubatan, ini bukan sesi konsultasi rasmi.

Topik ATE Minggu Ini: Mengendalikan Kanser Payudara: dari Diagnosis Ke Pemulihan
16 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

Hi Doctor, Apakah kesan sekiranya seseorang didapati mempunyai breast lump tetapi dia memilih untuk tidak membuangnya. Adakah lama kelamaan breast lump tersebut akan menjadi kanser?

9mo trước

Hi Walaupun bukan semua ketulan adalah kanser, saya menasihatkan puan untuk jumpa doktor untuk pemeriksaan. Jikalau ini ketulan bukan kanser, biasanya tidak perlu operasi untuk membuang ketulan tersebut, tetapi pemantauan dan pengimejan berkala tetap disyorkan untuk memastikan bahawa “lump” kekal jinak(benign). Sesetengah ketulan benign ada risiko menjadi kanser, demikian pemantauan berkala adalah sangat penting. Dr Ooi Kai Yun