Topik ATE Minggu Ini: Mengendalikan Kanser Payudara: dari Diagnosis Ke Pemulihan

✌🏻 Anda boleh ajukan soalan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris Pakar yang akan berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Dr. Ooi Kai Yun, Consultant in Clinical Oncology, Director of Icon Women’s Cancer Program 📰 Topik: Mengendalikan Kanser Payudara: dari Diagnosis Ke Pemulihan 🗓️ Tarikh: 18 Oktober 2024 | 5PM - 6PM Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. 📌 Sila elakkan daripada berkongsi butiran peribadi atau sejarah perubatan, ini bukan sesi konsultasi rasmi.

Topik ATE Minggu Ini: Mengendalikan Kanser Payudara: dari Diagnosis Ke Pemulihan
16 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Hello Dr.Ooi. Ada tak possibility anak perempuan dewasa, let say usia bawah 15 tahun boleh dpaat kanser payudara tanpa ada family history?

9mo trước

Hi Di Malaysia, tiada kes direkodkan kanak-kanak perempuan bawah 15 tahun menghidap kanser payudara dari 2012 hingga 2021. Namun, dari 2017 hingga 2021, terdapat 0.1 kadar kejadian perempuan berumur 15-19 tahun didiagnosis kanser payudara. Tiada statistik pada masa ini untuk mengaitkan sejarah keluarga untuk kumpulan umur ini (15 – 19 tahun). Hanya 5-10% kes kanser payudara mempunyai sejarah keluarga kanser payudara. Seseorang yang mempunyai mutasi Gen BRCA akan berisiko lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara. Konklusinya, kanser payudara boleh berlaku tanpa sejarah keluarga (family history). Dr Ooi Kai Yun