Topik ATE Minggu Ini: Mengendalikan Kanser Payudara: dari Diagnosis Ke Pemulihan

✌🏻 Anda boleh ajukan soalan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris Pakar yang akan berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Dr. Ooi Kai Yun, Consultant in Clinical Oncology, Director of Icon Women’s Cancer Program 📰 Topik: Mengendalikan Kanser Payudara: dari Diagnosis Ke Pemulihan 🗓️ Tarikh: 18 Oktober 2024 | 5PM - 6PM Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. 📌 Sila elakkan daripada berkongsi butiran peribadi atau sejarah perubatan, ini bukan sesi konsultasi rasmi.

Topik ATE Minggu Ini: Mengendalikan Kanser Payudara: dari Diagnosis Ke Pemulihan
16 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

klau ank tiba² xnk bf tp susu msih ad cuma mmg x bnyk sbb tu dia rsa x cukup dn nngis bila bf dn sya mmilih bg susu formula...so mcm mna cra stop kn susu bf cara betul dn slmt...adakah stop scra tiba² risiko mndpt kanser payudara?mcm mna cara mngenal ada ketulan

9mo trước

Hi Strategi yang lebih senang untuk menghentikan breast feeding adalah kurangkan sesi penyusuan secara berkala selama beberapa minggu, supaya kurangkan produksi susu badan. Selain itu, ada ubat untuk menghentikan pengeluaran susu ibu dalam pasaran, tetapi saya sarankan Puan untuk mendapatkan preskripsi doktor dahulu. Risiko kanser payudara berkurangan jika anda menyusukan anak anda. Risiko kanser payudara kurang sebanyak 4.3% untuk setiap 12 bulan breast feeding. Tetapi tiada kajian yang membukti bahawa berhenti breast feeding secara tiba tiba akan meningkatkan risiko kanser payudara. Cara untuk mengesan ketulan termasuk pemeriksaan payudara (di rumah atau jumpa doktor), ataupun menjalani ujian pengimejan - contohnya ultrasound breast dan mammogram Dr Ooi Kai Yun