Topik ATE Minggu Ini: Mengendalikan Kanser Payudara: dari Diagnosis Ke Pemulihan

✌🏻 Anda boleh ajukan soalan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris Pakar yang akan berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Dr. Ooi Kai Yun, Consultant in Clinical Oncology, Director of Icon Women’s Cancer Program 📰 Topik: Mengendalikan Kanser Payudara: dari Diagnosis Ke Pemulihan 🗓️ Tarikh: 18 Oktober 2024 | 5PM - 6PM Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. 📌 Sila elakkan daripada berkongsi butiran peribadi atau sejarah perubatan, ini bukan sesi konsultasi rasmi.

Topik ATE Minggu Ini: Mengendalikan Kanser Payudara: dari Diagnosis Ke Pemulihan
16 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Good day doctor! Boleh saya tahu sama ada semua ketulan di bahagian payudara adalah tanda -tanda awal kanser? Macam mana nak bezakan breast lumps tu kanser atau hanya sekadar ketulan biasa?

9mo trước

Hi Ketulan di payudara adalah salah satu tanda kanser, tetapi bukan semua ketulan adalah kanser. Ketulan payudara mungkin disebabkan faktor faktor yang berbeza, termasuk faktor bukan kanser - contoh breast cyst (sista) atau fibroadenoma. Doktor hanya dapat tentukan sama ada ketulan ini benign(bukan kanser) ataupun malignant (kanser), selepas menjalani ultrasound scan, mammogram atau MRI. Untuk ketulan yang berisiko diagnosis kanser payudara adalah seperti berikut : 1.Jika kesan ketulan baru di payusara atau ketiak 2.Bengkak pada bahagian payudara 3.Perubahan bentuk, size atau rupa payudara 4.Kemerahan pada puting atau kulit payudara 5.Nampak lekuk lekuk pada kulit payudara 6.Keluar cecair dari puting(selain breast milk) 7.Rasa sakit atau puting tenggelam Dr Ooi Kai Yun