Selamat Bersalin 23 Okt 2019
Alhamdulillah saya dah selamat bersalin baby girl 2.9kg secara normal di 39w 2d. Sakit contraction tak konsisten start jam 6 pagi. Kira guna contraction timer. Siap-siap mandi, konfius lagi nak pi hospital ke tak sebab tanda cuma sakit memulas je. Tapi memikirkan jarak rumah dengan hospital agak jauh jugak, so kita jalan slow-slow naik kereta. Pi sarapan kat KFC dekat dengan hospital. Tunggu sampai jam 10, sekejap sakit sekejap tak sakit. Walau anak dah 2 mommy still confuse ? Last-last jam 11 kita relax-relax dulu pi tengok wayang ? Pilih mall yang terdekat dengan hospital jugak. Plan lepas tengok wayang kalau sakit still x konsisten kita balik rumah la dulu. 2 jam lebih dalam panggung cuma beberapa kali je sakit menyerang. Tapi melangkah keluar je jalan sikit dah sakit. Suami cakap jom la pi hospital, tapi mommy nak pi solat dulu. Sebabnya kalau dah sampai hospital dah susah nak solat nanti. Nasib baik masa solat x sakit sangat. Turun je dari mall sakit makin kuat. Cepat-cepat pi hospital. Jam 2 sampai hospital, banyak procedure pulak. Cek itu ini kat PAC. Masa tu sakit sangat rasa nak meneran je. Pastu kena hantar pulak kat tingkat atas, tunggu doc panggil. Masa doc panggil dah x larat nak bangun. Sakit giler. Mampu angkat tangan je. Bila doc dah tengok mommy dah sakit sangat doc cepat-cepat bawak 1 bilik untuk cek bukaan. Bila doc seluk je, muka doc dah cuak. "Puan, dah 9 cm dah nie. Puan jangan teran dulu ya please please." Comel je doc tu ? Pastu doc jerit gtau dah 9cm, nurse pun datang, terus tolak dalam labour room. Pastu nurse cek bukaan dah full 10 cm tapi tunggu pulak sakit contraction lambat nak datang padahal kepala baby dah nampak. Nasib baik x lama sangat. Jam 3.12pm mommy dah bersalin. Alhamdulillah. Normal but lepas tu uri melekat. Tunggu-tunggu pun xnak keluar. So last-last masuk OT buat MRP untuk keluarkan uri. Tiga-tiga anak semua uri lekat ? Apapun alhamdulillah mommy bersyukur sangat sebab first dapat baby girl selepas dua anak sebelum nie boy. Kedua, bersyukur sebab proses bersalin dipermudahkan dan dipercepatkan. Ketiga, bersyukur sebab dari PAC ke labour room sampai OT yang urus semuanya doc dan nurse perempuan. Alhamdulillah. Sekian perkongsian kisah bersalin anak ke 3. Gud luck mommy-to-be yang lain. ?