Aku Dah Tak Sayang Suami Aku

Hi.. aku tak mengharapkan kecaman.. cuma tolong bagi nasihat yang terbaik untuk aku sebagai isteri.. Fast forward aku baru melahirkan anak kedua dan anak pertama aku baru dua tahun.. lately ni aku banyak terasa dengan suami aku sampai aku rasa aku fed up dengan dia.. aku tak tau sama ada ni postpartum lepas bersalin atau apa tapi aku dah tak de rasa nak tengok muka dia.. Anak aku yang first banyak nak diberi perhatian.. makan pun masih bersuap.. oh ya.. aku ni suri rumah yang tak menghasilkan duit apa apa.. yang menjadi bebankan suami.. so disebabkan aku ni boleh buat semua jadi suami makin selesa beri aku terkapai kapai untuk buat semua.. Aku kekadang kesian dengan anak aku yang first sebab dia dah ada adik dalam keadaan dia masih kecik lagi.. memang aku tak banyak masa dengan dia hanya mampu uruskan keperluan harian dia je.. mandi bagi makan.. selebihnya aku uruskan adik dia.. kekadang aku teman dia main.. bila suami aku ada lebih melayan fon dari layan anak anak.. pernah la aku suruh dia main dengan anak first aku.. masa tu dia tengah ngan fon.. dia buat tak tahu je.. aku start makan hati kat situ.. aku sedar anak pertama aku ni tengah fasa melasak.. dan kekadang gurauan dia tu menyakitkan.. tapi tiap kali dia nak bermain dengan ayah dia masa ayah dia balik ditolak tolak.. aku kesian dengan anak first aku.. Sebegitu juga bila bagi makan.. aku pernah suruh suami bagi anak first makan.. dia cakap dah bagi.. bagi kuih.. aku macam bengang kejap.. dengan anak aku tengah melasak tu panggil la makan betul betul.. last last aku yang bagi makan sendiri.. Aku dah tak mengharap apa apa dari suami aku.. dia nak tolong dia tolong.. kalau tak nak sudah.. daripada aku stress mengharapkan dia tolong tapi sampai ke sudah akhirnya aku buat sendiri.. Tolong bantu aku.. ni postpartum ke? Aku ni terlalu perfectionist ke.. aku cuma kekadang burn out.. sekarang aku banyak berdiam dan termenung.. suami aku ada tanya aku.. tapi aku malas nak bergaduh.. just makan diri yang pada akhirnya merosakkan perasaan aku kat dia.. aku kekadang rindu kehidupan aku sebelum kawen.. jangan la kecam aku.. nasihat la aku.. sebab aku rindu nak meluahkan cuma tiada telinga untuk berkongsi..

17 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

cari masa yg sesuai,slow talk bersama pasangan sbb klu awak diam,awak pendam saja,lama² awak akan kemurungan dn boleh lempiaskn kemarahan pada ank² dengan memukul @ mengamuk pada ank tak tentu pasal,ini yg bnyk kes trjadi skrg...Jangan trlalu bertangguh utk slow talk sama pasangan,boleh memudaratkn kesihatan mental dan emosi awak...

Đọc thêm

Yes sis tgh burnt out.. fasa2 anak kecik, gap dkt2, pastu suami x mnolong memg stress jd nye.. nak bg nsihat pun sbb keadaan kte x sme.. prangai lain2.. tp sye jnis klu da bengang tu memg sye luahkn je kt suami.. klu pendam2 nant sye stress sendri & anak jd mgsa kne marah.. sye syg anak sye jd biarlah suami yg jd mangsa marah sye tu..

Đọc thêm

Dulu suami Aku pon macam ni 24 jam dgn Fone main game … Tapi lepas aku maki dia and berlagak macam org bujang dekat media sosial baru dia ada otak utk berubah .. Sekarang xyh ckp mmg auto dia yg akan kemas rumah & jaga anak lepas balik kerja … kadang kita kena berkasar baru otak dorg berfungsi

Ni pendapat sy lah sis. Sy rasa sis tengah dlm fasa burn out. Sis berdoa banyak2 supaya dilembutkan hati suami utk sama2 bertanggungjawab menjaga kedua2 anak. Sis teruskan kuat demi anak2 ye. Kalau sis masih ada keluarga terdekat, boleh je minta bantuan ke ataupun kongsi masalah yg ada skrg.

sma lah, kami just first baby blm setahun lg....tak ada hargai istri...sy lg siap2 tuk ceraikan dy...dah skit hati sngat, tiap hari nangis je dy buat...so shake the dust off

maybe sis burn out... dan suami sis tu setakat bagi benih buat apa.. tolong la jaga kejap..

4mo trước

😂

Influencer của TAP

Tengah burnt out. Bila burnt out, fikiran pun tak tenang. Pulihkan burnt out tu dulu.