20 Các câu trả lời
ya allah kdg2 sya sedih apabila org yg dh pegnant tapi x nk plk ank dlm kndungan tu...tapi sya masih menantikn zuriat dh bakal hmpir 2 taun😭😭😭sya x kata kt awak sis...tapi kak biras sya pun sama baby dya baru usia 5 bulan tapi skrg dya pegnant dya ckp mcm x nk ank dlm kndungan tu sbb dya beranak czer takot luka dlaman belum sembuh sepenuhnya...tapi nk buat cmna kn...kdg2 sya rasa knpa lh bukan sya yg pegnant adek biras semua pakat beranak...sya cuma mampu maen ank depa jaa...dlm hati cuma Allah ja yg fhm betapa sedihnya hati...semoga satu hari nanti Allah izinkn saya jadi seorang ibu seperti sis semua...kdg cuba sibukkn diri sbb x nk fikir tapi bila dduk sorang jdi sedih tringat knpa masih tak mngandung sya suri rumah jadi sunyi jee...hanya mampu redha atas ketentuan Allah dan berharap Allah akn berikan yg terbaek...mungkin Allah bgi lmbat skit🤲🤲🤲Amin inshaallah doakn utk sya sis2 semua supaya ALLAH izinkn sya mengandung
Allah dah bagi rezeki tu bersyukurlah puan , dekat kg saya doc sendiri yang tak bagi anak tu dilahirkan sebab ada masalah katanya tapikan naluri seorang ibu ni kuat , ibu dia tetap pilih nak teruskan kandungan tu .. alhamdullillah , baby tu lahir cukup sifat dan sihat sampailah sekarang umur dia dah masuk 3/4tahun macam tu .. apa yang saya nak cakap kat sini mak dia tau walau ada risiko nak teruskan kandungan tu sama ada pada diri sendiri ataupun baby tetap dia memilih untuk teruskan sebab dia cakap tak sanggup nak gugurkan , pregnant dan lahirkan lah baby tu puan selagi Allah bagi nikmat pada kita untuk ada zuriat .. lain kali kalau puan rasa2 nak merancang lama makan lah perancang sekarang ni banyak kaedah perancangan yang disediakan ..
Bertanya dalam platform ni sis tidak akn dpt jawapan yg diinginkan sebab akan trigger ramai ibu2 dan yg sdg ttc kat sini. Apa pun sebab kamu utk tidak teruskan kandungan ini, in the end it is still your choice dan kamu bertanggungjawab utk hadap consequences yg bakal dihadapi sama ada dari segi emosi, penyesalan ke, rasa bersalah ke, hadap tuhan ke. Dan kamu juga akan kehilangan potensi kebahagiaan/rezeki yg anak tu akan membawa pada kamu di masa hadapan nanti. Bincang dulu dengan suami jalan yg terbaik. Kalau tak nak tambah anak lagi, suami kena beri kerjasama juga.
setuju
Jadi.. dh hamil, apa perancangan sis? Nk gugurkan? Lebih bersedia menempuh hukuman ALLAH daripada tenangkan hati, bersangka baik dgn ALLAH dan bersedia menerima anak? Kita ni byk dosa. Jgn tambah lg. Anak2 adalah ladang pahala dan saham akhirat buat kita. Kita bukan Tuhan. Ikhtiar, tawakal, merancang dgn sebab kukuh mmg hak kita. Tp jgn lupa ALLAH pun dh sedia merancang dan aturkan segala utk SETIAP hambanya. Kena yaqin, apa yg ALLAH tentukan semuanya anugerah dan penuh kebaikan utk kita.
maaf sis, tp sepatutnya kalau masih tak bersedia, kena RANCANG awal. makan pil, pakai kondom & mcm2 lg cara lain. ni skrg dah terlambat. gugurkan kandungan bila tiada sebab yg dibolehkan dlm Islam adalah haram & berdosa besar ya. mesti sis tahu kan? fikirlah sebaiknya. jgn ikutkan perasaan sgt. anak tu tak minta ada pun kt dunia ni, kita yg buat dia. so kena ambil tanggungjawab tu. sbb tulah ada org ckp, bila kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal.
Xbuang dalam xbrmkna xde sperm yg msok kdg² ade pre ejakulasi yg mna ada sperm yg msk sblm ejakulasi sepenuh nya dri suami. ☺️
jangan lah mcm tu ibu, setiap anak ada rezeki yg Allah dah tentukan, dan Allah beri pada hambaNya yg mampu. saya pun anak baru 8bln, dah ada isi 3bln, (anak ke4) mmg pada awal x bersedia langsung tp suami mmg main peranan sangat, selalu bagi semangat, Alhamdulillah, kita kena percaya semua yg jadi ketentuan Allah, rancang lah power pakai apa sekalipun, Kun fa ya Kun, ttp jadi juga.. berlapang dada ya ibu, semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan ketenangan hati. Aamiin. 🥰
kalau xda masalah kesihatan, teruskan je sis. ada org pakai perancang bertahun pun still X ready nk Hamil, but bila ALLAH kata jadi, pakai perancang pun tetap jugak jadi. mula2 Rasa xready mental, kewangan, keadaan semasa, tapi yakin je boleh jadi anak inilah Yang bawa rezeki melimpah ruah untuk Kita nanti. Kita Tumpang rezeki anak ja. fikir masak2 sis, istighfar banyak2. moga ALLAH berikan jalan Yang terbaik buat sis.
belum bersedia tu mgkn dr segi tekanan,emosi,kewangan yer..HARAM disisi islam gugurkan kandungan..mntk sokongan moral dr org sekeliling.. bykkan bergantung pd ketentuan Allah, kita merancang tp Allah sebaik2 perancang..sis merancang atau tak tu benda dah lepas..xperlu menyesal atau salahkan diri sendiri/suami..fokus cara nak sayang diri dan ank dlm kandungan..jaga kesihatan dan emosi..
jgn laa mcm tu, klau tau x ready, patutnyaa dari dulu lagi pikir kaedah2 utk not pregnant.. jgnlaaaa buang anak tu, dy x mintak pun hidup. dy x mintak pun dijadikan. pikir pnjg laa skit. ni lah akibat drpd silap u both x merancang dgn baik, tanggunglah. anak tu tangungjawab. ramai org ttc, ada yg kawen smpai 20tahun x dpt2. tp ikutlah, apa2 pun awak yg kena tanggung.
mengandung n besalin kan anak tu lps tu bgi dkt org yg nak ank. tpi bila ank tu dh besar jgn nak amek balik pulak, fikir kn perasaan mak ayah angkat tu jugak. jgn gugur kn anak tu. berdosa besar awk bunuh anak tu. lps tu pg pakai perancang. kk murah je. jgn merancang sendiri. nnti jadi kes yg sama mcm ni lgi.
Anonymous