gantikan susu dengan sayo ?

ada tak ibu ibu yang gantikan susu dengan soya masa preggy ? time preggy ni saya tak terima semua jenis susu , cuma terima susu hl , soya dengan milo je , ada tak yang sama dengan saya hehehe 🫣

12 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Sama, tak boleh minum susu sejak trimester 2 sampai ke trimester 3 😅. Lepas minum je mesti termuntah & kena cirit birit. Risau badan tak cukup kalsium sbb baby pun kongsi zat sama dengan ibu dia. Jadi saya gantikan dengan makanan lain macam bawah ni. 1) Sayur-sayuran hijau (Bayam merah/hijau, sawi, kacang panjang, buncis, brokoli, peas, kangkung) 2) Soya (Tempe, tofu fa, tauhu, tauhu kering, air kacang soya yang 'no sugar', kerepek tempe homemade bakar guna air fryer) 3) Kekacang as snek sihat (Bubur kacang hijau/merah, barli, kacang tanah, kuaci, badam, hazelnut, makedemia, bijan, & lain2) 4) Makanan laut (ikan sardin fresh bukan tin, salmon, udang masak lama sikit bagi boleh makan dengan kulit dia) 5) Buah-buahan (Pisang, Epal hijau, jambu batu, & lain²)-makan dgb kulit² dia sekali. 6) Bersenam, berjalan & keluarkan peluh (bawah cahaya matahari before 9 pagi) -bagi tulang kita jadi kuat & baby aktif dalam perut, boleh elakkan kena bengkak kaki & mood jadi happy) 7) Keju ( cheese cheedar makan dengan roti wholemeal/buat sandwich) 8) Minum air masak secukupnya. Kalsium ni boleh juga dapat dalam ubat, tapi saya lebih prefer apa2 makanan yg ada dekat rumah yang semulajadi & sihat. Lepas makan ubat yang Dr bagi, jarakkan dalam 2 jam sebelum/selepas makan. Semoga Allah mudahkan urusan sis dekat sana. InsyaAllah amin 🤲❤

Đọc thêm
3mo trước

Yg susu soya tu macam dalam gambar ni

Post reply image

Antara makanan pengganti susu yang bagus untuk ibu hamil Yogurt – tinggi kalsium, lebih mudah dihadam berbanding susu, dan ada probiotik bagus untuk usus. Keju – jenis rendah garam seperti mozzarella atau cheddar boleh dimakan dalam kuantiti sederhana. Susu berasaskan tumbuhan yang diperkaya (contoh: susu badam, susu oat, susu soya) – pilih yang ada label “fortified with calcium & vitamin D”. Sayur berdaun hijau – bayam, kailan, brokoli. Tofu (tauhu) – terutama jenis yang diperkaya kalsium. Kacang badam – mengandungi kalsium dan lemak sihat.

Đọc thêm

Msa first trimester mmg xleh mnum susu lain2, soya je boleh mnum tp sbb tkut manis. Sy buat susu soya sendiri, blend & boil je biji soya xyah letak gula. Masuk second trimester baru dpt mnum susu lain2. Sblm tu mmg ada mkn mknan pengganti calcium tp sy x sesuai kot, perlu juga mnum susu, mmg nampak ada beza lpas amalkn mnum susu waktu pregnant. But every body & pregnancy is different.

Đọc thêm

Kalau tak boleh minum susu, boleh opt to calcium pill. But HL pun susu juga. So okay la awak boleh minum. Saya minum full cream milk, soy milk, and ada ambil calcium pill. Milo tak minum sebab kandungan gula tinggi dan ia minuman berkafein. Gynae saya advice untuk elakkan milo sebab saya ada GDM and mild anemia. Boleh discuss more dengan doctor in charge awak.

Đọc thêm

Saya pon anak first tak boleh terima susu lagi2 bila susu perisa asli memang tak leh minum.. saya boleh minum susu anmum materna perisa coklat je banco sejuk2 sedap bru lalu minum.. mommy boleh lah cuba amalkan pengambilan susu anmum materna sye suke susu ni sbb ada probiotics dan prebiotik yang boleh mengatasi masalah sembelit ketika mengandung..

Đọc thêm

Sy dulu pun tak boleh minum susu. Tapi kena minum juga sebab ada masalah hb and kandungan kecil. Byk susu dah try and error. Lastly cuma boleh consume susu anmum materna perisa coklat je. Tapi kena bancuh sejuk2, minum waktu pagi and malam. Alhamdulillah hb cantik, perkembangan janin pun ok

Saya ada terbaca NGL dari Doc Fasha. Ada orang tanya jugak of masa pregnant boleh minum soya ke tak. Dia kata soya punya kandungan not really good for pregnant mommy. Why not you tanya balik? Ig dia poliklinikfasha. Dia selalu buat ngl.

Sy x ambil susu langsung pun sepanjang pregnant. Susu tak wajib pun ye masa pregnant. Makan je semua makanan yang berkhasiat. Insyaallah semua ok je

sy pon trimester ke2 je mnum susu,lps tu dh xbole g ngn tekak ni😂sy lebih suka air oren ngn sanquick hmm

saya minum hl dan yogurt sahaja milo saya x minum sbb hb senang turun