FIRST PRIMIGRAVIDA MOM BUKA BUKU PINK 💖
27/04/2026 (ISNIN) First time buka buku pink… ingatkan ikut nombor giliran je 😭 Rupanya lepas isi semua, kena letak buku pink dalam bakul ikut bilik… masalahnya TAK ADA SIAPA BAGITAHU 🥲 Saya tunggu 2–3 jam, hampir nak pengsan… last sekali nurse cakap “dah panggil banyak kali, kenapa tak datang?” 😭 Baru tahu rupanya kena pergi klinik sebelah. Saya pula tunggu di klinik ibu dan anak… memanglah tak dengar kalau nurse panggil dari sana 😭 Serius, first time mom macam saya memang blur dengan flow KK… rasa fed up pun ada, sedih pun ada. Tapi syukur Alhamdulillah, semua check up ok buat masa ni 🤍 Harap untuk appointment seterusnya pun berjalan lancar, supaya tak terlalu stress nak datang check up lagi. Btw, seumur hidup saya tak pernah pergi KK atau hospital kerajaan… ini memang pengalaman pertama saya 🥺 Ada tak mommies yang boleh share flow sebenar dekat KK macam mana? Supaya saya lebih faham. Atau memang kena selalu tanya nurse? Saya risau nak ganggu sebab nampak mereka busy dengan patient lain… jadi tadi saya cuma tunggu je dipanggil 🥲 #sesicurhat #maafmommies #sayastress

Mmm sama la. Saya pun macam tu kali pertama buka buku pink. Tak tau kena letak dalam bakul. Utk check up baby lepas lahir pun saya menunggu mcm nak pengsan. Rupanya dah panggil nombor, tapi saya tengah menyusu baby kat nursing room. Lepas tu dia dah tak panggil nama, tak tekan nombor. Mana la saya tau nombor dah panggil. Tanya nurse, dia kata memang kena tunggu lama utk check up. Lepas tu, tunggu macam bodoh lagi. Akhirnya, saya tanya nurse lain, nasib nurse ni baik tolong check kan. Baru tau nama dah kena panggil. Lepas tu kan, dia bagi saya cawan suruh kencing. Saya dtg sorang. Mana la datang tangan angkat bag, buka seluar, pegang baby, pegang cawan utk kencing. So paling bagus, jangan pegi sorang2, mesti berteman. Kalau berteman, boleh tolong tengok nombor dah kena panggil ke tak. Tapi nurse KK kadang2 akan halau suami atau orang lain yg meneman kalau byk orang. Maybe jangan pegi bilik menyusu la, menyusu kat tempat menunggu tu dgn nursing cover.
Đọc thêmSaya faham perasaan awak. Yg bagi respon supaya "rajin bertanya" tu tak salah tapi saya nak tambah memang salah bila NURSE SENDIRI TAK JELASKAN PROCEDURE SECARA TERANG-TERANGAN. Sebagai contoh saya dulu, nurse beritahu 'esok awak jumpa doktor' tapi rupa-rupanya sebelum jumpa doktor kena ambil urine dan darah 🤣. Itu belum lagi kena dengan nurse yang saling misscomunication, kita yang jadi mangsa! Jadi ya, awak kena rajin bertanya dan lepas nurse tulis siap2 dalam buku awak tanya ini apa itu apa. Saya punya result gula apa semua diaorg tak tulis selagi saya tak questioning. KKM pun satu hal procedure banyak gila sampai membebankan petugas.
Đọc thêmKena bertanya sis. Dtg daftar tu terus bgthu, "lepas ni saya kena ke mana ya?" Cth dia kata pi letak buku kat bakul bahagian ibu dan anak, nak letak buku tu tanya dulu, "di mana ya saya kena letak buku? Lepas letak buku ni saya perlu duduk ya? Duduk depan ni ke?" Kalau nurse kata pi ambik darah dulu, tanya terus "ambil darah di mana ya?" Lepas ambil darah tanya juga "ni sampel darah nak hantar ke makmal ye? Saya kene tunggu result keluar ke" Dan sampai bila-bila kena tanya. Pergi KK mmg macam tu sis. Depa tak sempat nak melayan kita, tunjuk satu-satu tanpa kita tanya. Mmg kita yg kena tanya.
Đọc thêmFaham .. terima kasih byk dear 🙏🏻 penyampaian yg jelas senang nk paham.. betul.. lepas ni sy x malu2 dah nk tanya .. In Shaa Allah.. 😬
kena ringan mulut dan tebalkan muka bertanya sis. dan 1lg, kena alert dengan persekitaran. cthnya, kalau sis dgr kk jenis panggil2 nama dan ada yg paggil nombor, tanya terus lepas ni panggil ikut nama ke nombor ya? saya takut tak dengar. buku letak kat mana, saya tunggu kat mana.. saya boleh makan minum tak? ada sesetengah kk yang terus buat ujian air gula pada hari pertama buka buku. saya kena buat apa lepas ni? takpe, pengalaman pertama.. nurse baik2.. diorg ok je kita byk tny
Đọc thêmharap semua baik2 untuk kita ya.. no worries..
lain tempat, lain pengurusannya. saya dulu pun masa first time buat buku pink, itula juga first time ke klinik kerajaan dan mmg xpernah ke hospital kerajaan mahupun swasta waktu tu.. kena tanya dgn staff situ, kalau staff bz, tanya dgn patient lain dkt situ.. usually diorg akan bantu, kecuali diorg pun patient yg first time mcm puan.. tak pa, jadikan sebagai pengalaman..lepas ni dah tahu.. semoga dipermudahkn ya sis
Đọc thêmTerima kasih kongsi pengalaman puan 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 lepas ni sy xleh introvert lagi
kena banyak bertanya sis.. first time buka buku pink pun sy blur tapi semua kaunter sy tanya.kedua kali review pun masih blur,tapi sy tetap tanya.kdg2 bilik dekat menunggu tu pun boleh tanya2 nurse. nurse KKM tak semua garang,dari pengalaman sy yg pertama kali buat buku pink ni ,sy tak pernah di marah lagi.mana2 kaunter yg boleh tanya sy tanya,kalu tak tahu sy masuk bilik rawatan tanya nurse.
Đọc thêmPaham.. baik.. terima kasih sudi kongsi pengalaman.. lepas ni sy dah tahu.. hope diaorg x marah kalau sy bertanya ..
saya pun macam tu juga mula².. tapi saya tanya dan terus ckp "saya first time mengandung, mmg tak tahu pape, nak letak buku ni kat mana ye?".. terus nurse akan bagitahu letak buku kat mana, tunggu nama dipanggil, kena daftar keluarkan ic dan kad nikah apa semua, timbang berat dan check tekanan darah.. mmg terus dia bagitahu satu2.. sebab dah ckp awal2 first time mengandung dan tak tahu pape haha
Đọc thêmPaham.. detail dia bagitahu.. Alhamdulillah rezeki puan senang urusan.. xpe , mommies lain ada ckp dah.. jgn malu bertanya je.. In Shaa Allah sy cuba terbaik lepas ni..
saya pun sama .. first time .. pastu pergi kk yang selama ni tak pernah jejak pun kat situ .. jadi blur .. semua benda taktahu .. taktahu kena tunggu bagai . kena pergi mana bagai .. haha .. tanya je nurse banyak kali pun.. cakap je first time.. drpd kita taktahu pape kan .. nanti lama2 okay laa .. dah tahu steps yang sama tiap kali pergi checkup ..mula2 je camtu ..
Đọc thêmseperti kata mommies lain.. memang kena rajin bertanya..saya sendiri yang setiap kali buka buku memang akan bertanya..sebabnya setiap setiap zon kawasan masing² ada bilik & nurse yang incharge.. mula² memang susah sikit sebab kita tak tau tapi lepas 2-3 kali checkup akan biasa & faham prosedur mereka. jangan serik ye puan, jadikan ini pengalaman 😊
Đọc thêmBetull.. ramai mommies ckp benda yg sama.. just kene rajin bertanya.. sbb tu ade pepatah mengatakan “malu bertanya sesat jalan” 🤣.. sy la tu .. kan da sesat .. introvert sgt.. dah jadi mommies ni nk kne hilang prangai introvert 🫠
tak dapat nak share flow sebenar dekat kk, sbb lain kk lain sop lain situasi. paling baik adalah puan kena bertanya proses di kk mcmna. biasanya kk sibuk so setiap nurse tak sempat nak brief setiap pengunjung yang datang. so puan kena ambil inisiatif sendiri untuk bertanya, so next check up puan tak terkebil2 sendiri menunggu. all the best!
Đọc thêm
Dreaming of becoming a parent