FIRST PRIMIGRAVIDA MOM BUKA BUKU PINK 💖

27/04/2026 (ISNIN) First time buka buku pink… ingatkan ikut nombor giliran je 😭 Rupanya lepas isi semua, kena letak buku pink dalam bakul ikut bilik… masalahnya TAK ADA SIAPA BAGITAHU 🥲 Saya tunggu 2–3 jam, hampir nak pengsan… last sekali nurse cakap “dah panggil banyak kali, kenapa tak datang?” 😭 Baru tahu rupanya kena pergi klinik sebelah. Saya pula tunggu di klinik ibu dan anak… memanglah tak dengar kalau nurse panggil dari sana 😭 Serius, first time mom macam saya memang blur dengan flow KK… rasa fed up pun ada, sedih pun ada. Tapi syukur Alhamdulillah, semua check up ok buat masa ni 🤍 Harap untuk appointment seterusnya pun berjalan lancar, supaya tak terlalu stress nak datang check up lagi. Btw, seumur hidup saya tak pernah pergi KK atau hospital kerajaan… ini memang pengalaman pertama saya 🥺 Ada tak mommies yang boleh share flow sebenar dekat KK macam mana? Supaya saya lebih faham. Atau memang kena selalu tanya nurse? Saya risau nak ganggu sebab nampak mereka busy dengan patient lain… jadi tadi saya cuma tunggu je dipanggil 🥲 #sesicurhat #maafmommies #sayastress

22 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Kena bertanya sis. Dtg daftar tu terus bgthu, "lepas ni saya kena ke mana ya?" Cth dia kata pi letak buku kat bakul bahagian ibu dan anak, nak letak buku tu tanya dulu, "di mana ya saya kena letak buku? Lepas letak buku ni saya perlu duduk ya? Duduk depan ni ke?" Kalau nurse kata pi ambik darah dulu, tanya terus "ambil darah di mana ya?" Lepas ambil darah tanya juga "ni sampel darah nak hantar ke makmal ye? Saya kene tunggu result keluar ke" Dan sampai bila-bila kena tanya. Pergi KK mmg macam tu sis. Depa tak sempat nak melayan kita, tunjuk satu-satu tanpa kita tanya. Mmg kita yg kena tanya.

Đọc thêm
4mo trước

Faham .. terima kasih byk dear 🙏🏻 penyampaian yg jelas senang nk paham.. betul.. lepas ni sy x malu2 dah nk tanya .. In Shaa Allah.. 😬