FIRST PRIMIGRAVIDA MOM BUKA BUKU PINK 💖

27/04/2026 (ISNIN) First time buka buku pink… ingatkan ikut nombor giliran je 😭 Rupanya lepas isi semua, kena letak buku pink dalam bakul ikut bilik… masalahnya TAK ADA SIAPA BAGITAHU 🥲 Saya tunggu 2–3 jam, hampir nak pengsan… last sekali nurse cakap “dah panggil banyak kali, kenapa tak datang?” 😭 Baru tahu rupanya kena pergi klinik sebelah. Saya pula tunggu di klinik ibu dan anak… memanglah tak dengar kalau nurse panggil dari sana 😭 Serius, first time mom macam saya memang blur dengan flow KK… rasa fed up pun ada, sedih pun ada. Tapi syukur Alhamdulillah, semua check up ok buat masa ni 🤍 Harap untuk appointment seterusnya pun berjalan lancar, supaya tak terlalu stress nak datang check up lagi. Btw, seumur hidup saya tak pernah pergi KK atau hospital kerajaan… ini memang pengalaman pertama saya 🥺 Ada tak mommies yang boleh share flow sebenar dekat KK macam mana? Supaya saya lebih faham. Atau memang kena selalu tanya nurse? Saya risau nak ganggu sebab nampak mereka busy dengan patient lain… jadi tadi saya cuma tunggu je dipanggil 🥲 #sesicurhat #maafmommies #sayastress

22 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Mmm sama la. Saya pun macam tu kali pertama buka buku pink. Tak tau kena letak dalam bakul. Utk check up baby lepas lahir pun saya menunggu mcm nak pengsan. Rupanya dah panggil nombor, tapi saya tengah menyusu baby kat nursing room. Lepas tu dia dah tak panggil nama, tak tekan nombor. Mana la saya tau nombor dah panggil. Tanya nurse, dia kata memang kena tunggu lama utk check up. Lepas tu, tunggu macam bodoh lagi. Akhirnya, saya tanya nurse lain, nasib nurse ni baik tolong check kan. Baru tau nama dah kena panggil. Lepas tu kan, dia bagi saya cawan suruh kencing. Saya dtg sorang. Mana la datang tangan angkat bag, buka seluar, pegang baby, pegang cawan utk kencing. So paling bagus, jangan pegi sorang2, mesti berteman. Kalau berteman, boleh tolong tengok nombor dah kena panggil ke tak. Tapi nurse KK kadang2 akan halau suami atau orang lain yg meneman kalau byk orang. Maybe jangan pegi bilik menyusu la, menyusu kat tempat menunggu tu dgn nursing cover.

Đọc thêm
4mo trước

Ye betul .. sy setuju klau berteman sbb masa sy 1st buka buku tu sy nk gi shishi x tahan sbb lama sgt x panggil2 nombo.. nasib husband ade die tolong dengarkn no .. 🤣 tpi mcm segan gak mula tu sbb org lain perut lgi besar pergi sorg2 relax je😅